Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Kawan Baik Bertunang. Tema Ala-Ala Kuch Kuch Hota Hai~

Tahniah, tahniah dan tahniah untuk sorang lagi kawan aku, Lyn yang telah bertunang pada hari Sabtu lepas. Makin berseri-seri mukanya. I'm so happy for you!

Yang paling aku teruja bila tengok semua gambar ni ialah, tema bertunang pun ala-ala Kuch Kuch Hota Hai. Almaklumlah, Lyn berasal dari Penang. Tengoklah, kenduri pun meriah. Ni tak tahu plak bila majlis perkahwinannya, mesti meriah sangat-sangat.

Apa-apa pun, Selamat Bertunang Lyn & Zia!






Kawan Baik Dah Kahwin!

Walawei, hari raya ketiga adalah hari bahagia kawan baik aku di USM. Tak sangka dah sampai jodohnya bersama yang tersayang. Tahniah Emy, Selamat Pengantin Baru! Semoga kekal bersama yang tersayang sehingga ke akhir hayat.

Rasa rugi sangat-sangat sebab tak dapat ke Kelantan untuk meraikan hari bahagia Emy ni. Mesti meriah kat sana. Tak pernah lagi merasa nasi minyak di Kelantan. Mesti rasa sedap kan?

Inilah gambar pada hari bahagia mereka~





Romantik kan? Sapelah yang tak jeles bila tengok gambar-gambar romantik dan sweet macam ni. 

Baru aku sedar, aku dan semakin tua. Ramai plak kawan-kawan dah kahwin ni. Aku bila lagi? Lambat lagi lorh~

Emy, cepat-cepatlah timang anak, tak sabar nak jadi makcik ni. Nak dukung anak-anak cute Emy^^

P/S : Awak kumpul duit dulu, saya tunggu awak k? Saya kena habis belajar dulu~

Kami Berhari Raya

Dah bersawang rasanya blog. Lama sangat tak update. Niat nak update tu ada, tapi tak tahu idea apa nak update. Jadi, sempena Hari Raya Aidilfitri, aku tempek gambar raya kami sekeluarga di Perak^^

Kami geng biru turqouise

Mak pun pandai posing comel dah

Keluarga tersayang

Ni semua datang beraya
Nak duit raya yek?

Bersama dengan anak sepupu, comel giler
Ada rupa jadi ibu tak?


Selamat tinggal Ramadhan, semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan

P/S : Korang dapat duit raya? Aku ingat aku dah tua ni pun dapat jugak. Tak sangka dapat RM50++. Boleh buat bekalan untuk smbung belajar nanti^^

Anda Semua Rindu Blog Ini Tak?


Tak larat dengan assignment yang berlambak

Lama gila aku tak jenguk blog ni. Blog pun dah bersawang. Aku pun dah lama tak ikut perkembangan terkini mengenai blog. Apa-apa cerita terkini, memang aku dah ketinggalan. Almaklumlah, walaupun aku bukanlah seorang pelajar yang aktif, tugasan yang banyak masih perlu dibuat. Jadi aku membuat keputusan untuk meninggalkan seketika dunia blog ni. Jika ada kelapangan, aku akan tulis entri.

Ok, aku nak buat survey. Sila jawab dengan jujur ye :
(a) Apakah topik yang korang suka tentang anime yang perlu dikupas?
(b) Apakah genre anime yang paling korang suka dan tak pernah aku kupas?
(c) Perubahan apa yang aku perlu buat pada blog ini?
(d) Rindu blog aku tak? (ok, soalan ini tak berkaitan. Hehehe)

Aku tak janji untuk mengemaskini entri terkini dalam blog ni. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk update dari masa ke semasa.

P/S : Korang boleh juga lawat blog Melankolik Hati.

Gathering Blogger Perak : Teluk Batik dan Kejutan Buat Aku

#Entri seminggu selepas gathering. Maaf lambat update.

Walawei, penat bukan main, baru balik ke rumah tak sampai seminggu, dah kena sertai gathering. Gara-gara Penyu nye pasal la ni. Katanya lama sangat tak jumpa. Aku pun ok jelah. Memang aku akui, sejak sambung belajar, aku tak ada masa untuk join gathering atau jumpa kawan-kawan blogger. Masa untuk berblogging pun tak ada. Sibuk memanjang dengan assignment dan kerja yang tidak pernah habis.

Ok, kita sambung cerita pasal gath ni...

23 Januari 2011
11.45 pagi

Walaupun aku penduduk Manjung, tapi aku antara yang paling lewat sampai. Risau je kena bebel dengan Penyu. Al maklumlah, aku ditugaskan membawa tikar dan tong air. Tak ada tong air, tak ada air untuk mereka. Minta maaf sangat-sangat sebab tiba lewat ke lokasi.

Jom kita layan gambar sepanjang gathering kali ni...

Mesti nampak aku dengan beg kuning kan?


Aku duk tersepit antara mereka^^

Blogger Girl yang hadir

Blogger Boy yang hadir (sikit je)

Walaupun kita dah lama tak jumpa, kemesraan masih dirasai antara kita. Blogger Perak memang yang terbaik! Sayang korang banyak-banyak.

Dan yang paling mengejutkan, mereka membuat video khas sempena hari lahir aku (23 Januari).



Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan! Aku memang terharu sangat-sangat. Menangis aku bila tonton video ni. Inilah hadiah hari lahir aku yang paling best. Korang memang terbaik!

P/S : Rasa kekok sebab lama tak berblogging. Harap masih ada yang masih membaca blog ini. InsyaAllah, aku akan update anime kalau sempat.

P/S/S : Rasa sudah tua. =.="

Alamak, Aku Memang Gemar Makan Sosej Pulut Ni! Tak Sangka Ada Gelatin Babi!

#Kenapa aku buat tajuk yang panjang? Mungkin sebab terlalu terkejut kot.



Bahaya! Bahaya! Bahaya! Tak sangka sosej pulut yang menjadi kegemaran aku semasa belajar kat Poli dulu telah disahkan HARAM oleh Jakim kerana mengandungi DNA babi. Oh tidakkkk!


ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini dan Perlis supaya menghentikan sementara pembelian sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual secara meluas termasuk di gerai tepi jalan dan pasar malam di kedua-dua negeri berkenaan.Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, lebih wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya akan jatuh kepada haram.

Perkara itu selaras dengan keputusan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis mengenai sosej ayam dicampur dengan pulut, selain produk kepingan ayam tanpa jenama, dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru, Perlis disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi
Justeru, katanya, Jakim akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kemasukan secara berleluasa produk sejuk beku dari Thailand dipercayai secara haram yang diragui status halalnya.

“Mengikut maklumat daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran termasuk untuk perhatian Bahagian Hab Halal Jakim.


“Justeru, kita menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini termasuk tidak mengetahui kandungan produk diambil dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya termasuk di bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam. 
Semalam akhbar ini melaporkan, sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan, di sini, dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi DNA babi.

Apa yang patut aku buat sekarang? Aku buntu. Takkan nak muntahkan semua yang pernah aku makan dahulu. Menakutkanlah berita ni. Tolong aku, aku dah cuak giler ni. Selama aku makan, memang aku tak tahu pun yang sosej pulut ni mengandungi DNA babi. Menangis dah ni....

Berusaha Harimau Malaya!


Harimau Malaya bakal mengaum lagi malam ini. Melawan Singa yang berpura-pura. Opps! Singapura kan guna pemain import. Bukannya betul-betul pemain negara dia. Haha. 

Harap-harap, semuanya berjalan lancar bagi skuad negara kita. Berusaha Harimau Malaya! Anda semua mampu lakukannya...Go Malaysia Go!!!

P/S : Bakal tak online malam ni. Nak tonton perlawanan ni walaupun tak dapat pergi Stadium Bukit Jalil.

Akukah Perempuan Yang Obses Dengan Anime??

Klik untuk besarkan imej

Aku dah gelak guling-guling bila tengok keyword kat Nuffnang aku paling tinggi adalah perempuan yang obses dengan anime. Akukah yang dimaksudkan itu? Kalau aku yang dimaksudkan, terima kasih banyak-banyak ye. Aku bukanlah terlalu obses, cuma menyampaikan apa yang aku tahu, apa anime yang aku dah tonton melalui blog ini. Aku juga bukanlah pengumpul barang, figura anime ni. (Sedih. Duit tak banyak lagi nak beli semua itu...)

Amanda Amani pun ada gak ke? Uishh, popular gak Amanda Amani ni yek? Najwa Latif pun ada. Padahal blog aku bukanlah blog tentang artis. Hehe, kelakar rasanya tengok keyword referral kali ni. 

Tapi memang tak boleh lawan keyword refferal yang dulu. Kalau nak tahu, sila baca SINI.

Anda Kategori Blogger Mana?


Aku pun tak tahu aku ni kategori blogger yang mana satu
Mungkinkah Anime Blogger? Atau Art & Design Blogger?

P/S : Korang plak kategori yang mana satu?

Review Anime : Kuragehime (Princess Jellyfish)


Sudah habis menonton anime ni 2 hari lepas, rasa malas nak buat review. Tapi hari ni kena rajin sikit. Haha. Anime ni aku dah muat turun lama dah, tapi tak berkesempatan nak tonton. Jom kita baca info mengenai anime Kuragehime.


Kuragehime (Princess Jellyfish)
Genre : Komedi, Romantik
Tema : Crossdressing, otaku
Episod : 11 episod
Tarikh Tayangan di Jepun : 14 Okt 2010 - 30 Dis 2010


Sinopsis
Amamizukan adalah sebuah apartment di mana lelaki dilarang sama sekali masuk ke dalamnya.  Yang uniknya, apartment ini didiami oleh wanita yang "otaku" dan "nerd". Kurashita Tsukimi, seorang ilustrator yang obses dengan obor-obor telah 3 bulan tinggal di apartment tersebut. Kehidupannya mulai berubah setelah berkenalan dengan seorang wanita yang sangat cantik. Wanita tersebut bermalam di apartment tersebut pada malam mereka berkenalan. Malangnya, wanita cantik tersebut adalah lelaki!


Review
Walaupun di rating sebagai Excellent dalam Anime News Network, bagi aku anime ni masih banyak kekurangannya. Jalan ceritanya memang mudah difahami dan sangat simple. Sesuai untuk semua peringkat umur. Anime yang sangat-sangat clean. Cuma, 11 episod yang ditayangkan seperti tidak mencukupi. Banyak persoalan dalam anime ini tidak terjawab. Aku pun ternganga, kenapa cerita ini tergantung di akhir cerita? Tak macam habis pun? Harap-harap semua persoalan tersebut akan terjawab kalau ada musim kedua.

Suka dengan "chemistry" antara semua watak. Bagaimana seorang perempuan yang "nerd" (Tsukimi) berkawan dengan seorang lelaki yang suka berpakaian seperti wanita (Kuronosuke). Abang tiri Kuronosuke, Shuu yang tegas, serius, pentingkan kerja terpikat dengan Tsukimi? Gabungan watak-watak memang sangat menjadi dan boleh dikatakan tak sabar nak tahu kisah mereka bertiga dalam setiap episod. (Kecuali beberapa watak yang aku rasakan amat annoying, tak suka sangat)

Rating untuk anime ini, 3.5 bintang. 

Trivia
Manga Kuragehime memenangi Kodansha Manga Award bagi kategori Manga Shojo Terbaik.

Soundtrack
1. Koko Dake no Hanashi - Chatmonchy (OP)
2. Kimi no Kirei ni Kizuiteokure - Sambomaster (ED)


Lagu ending anime ini. Sangat best!
Sesuai untuk ditujukan kepada wanita yang tersayang. Lirik memang bermakna
Kimi no Kirei ni Kizuiteokure - Sambomaster

Every girl grows up into a beautiful princess. Zutto!

Review Anime : Fullmetal Alchemist Brotherhood


Nak tahu tak? Dah lama aku mengidam nak tonton anime ni dari tahun lepas lagi. Akhirnya, dapat juga menonton anime ni. Macam dah tertunai hajat yang selama ini terpendam. Merata-rata aku bertanya kawan-kawan aku, manalah nak dapat anime ni. Tambahan pula sekarang, laman web banyak dah kena sekat menyebabkan aku makin malas nak muat turun anime sekarang. Jom kita baca info tentang Fullmetal Alchemist : Brotherhood.


Fullmetal Alchemist : Brotherhood
Genre : adventure, komedi, drama, fantasi, misteri, psychological
Episod : 64 episod
Tarikh tayangan : 5 April 2009 - 4 Julai 2010
Movie : Fullmetal Alchemist The Movie : The Sacred Star of Milos


Sinopsis
2 adik beradik. Edward dan Alphonse Elric kehilangan ibu mereka,Trisha kerana penyakit yang tidak boleh diubati. Dengan kuasa alkimia, mereka melanggar pantang dengan menghidupkan ibu mereka semula. Proses tersebut gagalm dan sebagai tolnya kerana melanggar pantang itu, Edward kehilangan kaki kirinya manakala Alphonse kehilangan seluruh badan. Untuk menyelamatkan Alphonse, Edward mengorbankan tangan kanannya dan meletakkan roh Alphonse pada 1 sut baju perisai. Dengan pertolongan keluarga Rockbell, Edward menerima tangan besi baru (automail). Akibat kejadian itu, Edward berjanji akan mencari Philosopher's Stone untuk mengembalikan badan Alphonse yang hilang. Kerana kegigihan dia belajar ilmu alkimia, dia dianugerahkan Alkimia Negeri (State Alchemy), iaitu seseorang yang menggunakan alkimia untuk tentera.


Review
Excellent! Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ni. Jalan cerita memang yang terbaik dan kompleks. Penuh dengan debaran, aksi dan ada psikologi. Sangat berbeza dengan siri yang sebelum ini. Hanya ada persamaan pada permulaan cerita. Banyak juga watak yang ditambah untuk anime ni. Bak kata kawan aku, siri ini mengikut jalan cerita dalam komik. Jadi, ramai peminat komik yang lebih puas hati bila melihat persamaan jalan cerita tersebut.

Yang penting, ada happy ending! Tak seperti siri pertama, perlu menonton movie untuk melihat pengakhiran cerita. Memang berbaloi-baloi untuk ditonton. Dan aku lebih suka anime ini berbanding siri yang sebelum ini. Nak tahu apa pengakhiran anime ni? Kenalah tonton anime ini!


Soundtrack
1.   Again - YUI (OP1)
2.   Hologram - NICO Touches the Walls (OP2)
3.   Golden Time Lover - Sukima Switch (OP3)
4.   Period - Chemistry (OP4)
5.   Rain - SID (OP5)
6.   Uso - SID (ED1)
7.   Let It Out - Miho Fukuhara - (ED2)
8.   Tsunai Da Te - Lil' B (ED3)
9.   Shunkan Sentimental - SCANDAL (ED4)
10. RAY OF LIGHT - Shoko Nakagawa (ED5)

Dalam banyak-banyak lagu dalam anime ni, lagu ini yang paling best!
Shunkan Sentimental - SCANDAL

A lesson without pain is meaningless. 
That's because you cannot gain something without sacrificing something else in return.
But, once you've withstood the pain and overcome it,
you will gain a heart that is stronger than everything else.
Yes, A Fullmetal heart.
- Edward Elric -

P/S : Aku menonton anime ni dalam masa 6 hari. Lega bila dapat tengok Alphonse dapat badan dia semula. Dan masa episod 63-64, aku asyik menangis je. Menghayati la katakan. Hehe...

Gathering Blogger di Burmese Pool, Taiping

Alhamdulillah selesai jugak gathering di Burmese Pool, Taiping semalam. Tak sangka gathering kali ini mengumpulkan lebih banyak blogger iaitu sebanyak 35 orang. Memang meriah. Tak silap aku, 5 buah kereta yang menyerang ke Taiping (macam hantar rombongan meminang pula).

Antara yang hadir :
Nordiyana Khairudin
Ros Anisza
Muhd Fadil
Amirul Hafiz
Bro Reez
Bro Framestone
Adired Adib
Bro Azqar
Jackie Koh
Touya
Amirul Abu
Faridzul
Syakir Rahman
Pisyek Kumar
Qusya Azmi
Ieyra
Amalina Yaacob
Nurhafizah
Nur Aziemah
Muna Rahimah
Raja Azlin
Ummu Khaulah
Afiqah Nu'aimi
Nurul 'Aqilah
Lai Akma
Aten Azhar
Nurul Atiqa
Nurhayati
Noraliaa Farhana
Ruzz Ezzanie
Reena Tan
Noor Hanisah
Angah

Ok, jom kita layan semua gambar-gambar sepanjang kami berada di sana.

Nampak tak aku yang pakai seluar senaman itu? 
Nampak benor tak sabo masuk air terjun

Sesi ice breaking. See? I'm wearing spec.

Sesi mandi manda bersama kawan-kawan

Lepas tu ada makan-makan
Ayam BBQ wajib ada. Sos pun ada kali ni

Bersama adik Muna Rahimah. Muna sangat cool dengan spek itu. Cun!
Nampak tak mata aku yang sangat fake itu. Lens punya pasal la ni.

Lepas selesai makan-makan dan bergembira di Burmese Pool, kami ke Taman Tasik Taiping
Sesi photoshoot! Semua lambai tangan.
Eh ada Bro Framestone la..
Muka aku terhalang dengan board Blogger Perak. Haha

Blogger wanita yang hadir

Blogger lelaki

Bersama Ummu Khaulah
Nampak tak pipi aku yang sangat tembam itu
Gemuklah pipi ni...

Muka aku sangat letih...Waaa

Kami dari Manjung mahu pulang, sempat lagi bergambar

Ruzz! I LIKE dis pic so much. Riang ria bersama Ruzz

Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan gathering kali ini. Credit untuk semua photographer yang menangkap gambar kami. Korang memang terbaiklah!

P/S : Ada seseorang tegur aku di gath, "Eh, kau ke Anime Freak tu?". Alhamdulillah, ada jugak yang kenal. ^^

Mari Sokong Amalina Athman


Siapa nak sokong, klik sini yek^^

Nanti jangan lupa review blog kak ye, Amalina
(tak wajib. Hehe)

Kenapa Cermin Mata Lebih Baik Daripada Kanta Lekap?


Aku selalu ditanya soalan seperti :

Orang akan pandang nasty je bila pakai spek ni.
Ala, biasalah tu.

Susah tengok orang yang pakai spek ni, bila nak makan makanan yang panas, automatik cermin mata akan berkabus.
Gosok je cermin mata ni, habis cerita

Awak cantik kalau tak pakai cermin mata.
Sebab tu, aku pakai cermin mata. Tak nak orang tertarik dengan mata aku. (Uweekkk, orang lain nak termuntah dengan jawapan ni. Kih kih kih)


Sejujurnya, aku amat menyukai cermin mata. Aku tak pernah kesal sejak diberitahu semasa darjah 6 yang aku perlukan cermin mata kerana aku rabun. Aku rasa cermin mata ini telah menjadi salah satu personaliti aku. Ia membolehkan orang lain ingat tentang aku. Aku tahu orang akan kenal aku melalui cermin mata. Contohnya, "Ko kenal tak Dyana? Ala yang pakai spek mata bingkai hitam?". Lihat? Dari situ, orang boleh ingat tentang aku.

Ini antara sebab yang aku rasa cermin mata lebih baik berbanding kanta lekap.

1.  Walaupun aku dah biasa memakai kanta lekap, kadang kala aku agak ngeri nak memakainya. Agak leceh.
2.  Cermin mata sangat senang untuk dipakai.
3.  Anda akan kelihatan 5 kali ganda SMART bila memakai cermin mata. (Bergantung pada bentuk muka dan bentuk cermin mata)
4.  Boleh melindung mata yang bengkak dan sembap akibat kurang tidur. Orang pun tak nampak eye bag yang besar tu kan?
5.  Muka nampak lebih matang kalau tak pakai cermin mata. (Ni hanya pendapat aku)
6.  Anda boleh menanggalkan cermin mata untuk tujuan mengorat. (Aku pernah buat tau, dan ianya berjaya)
7.  Anda nampak lebih NERD dan INNOCENT!

Kadang kala, aku akui, cermin mata ini menyebabkan penglihatan lebih terhad kerana bingkai cermin mata yang menghalang pemandangan. Nak bersukan pun payah. Tudung pula akan lebih kembang kalau pakai cermin mata. Nampak pelik lagi kalau nak gandingkan cermin mata dan selendang. Masing-masing ada pro dan kontranya.

Apa pula pendapat korang?

FAKER oh FAKER~



Pernah dulu hangat dengan isu Cik Anon (Cik yang tidak mahu dikenali) dalam blogger. Kini, ada pula timbul isu FAKER! Faker ialah insan yang mencuri identiti orang lain dan berlakon menjadi identiti tersebut. Dengan erti kata lain Faker adalah PALSU.

Contohnya seperti entri ini :


Nampak tak? Jelas sekali mereka cuba menjadi femes dengan menjadi orang lain, bukanlah menjadi diri sendiri. Ternyata, mereka menipu orang lain termasuklah diri mereka sendiri. Kenapa perlu menjadi Faker?

Ada juga blogger lain yang menghadapi masalah ini. Dan kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah blogger wanita. Aku juga rasa sedih kerana mereka menyalah gunakan gambar, profail dan juga cerita dalam blog tersebut. Ada juga orang yang tak faham tentang erti saling menghormati antara satu sama lain. Respect each other! 

Janganlah menggunakan gambar seseorang untuk menutup kesalahan kamu, itu salah! Tujuan kamu menggunakan gambar dia sudah menjadi salah. Maki hamun orang lain dengan menggunakan gambar orang terkenal dan dia yang mendapat nama yang busuk. Kamu telah memalukan dia. Mahukan orang menggunakan gambar kamu sesuka hati, maki hamun dan kemudian orang lain mengutuk balik kamu dan gambar kamu? Sudah tentu ia sangat menyedihkan, bukan? Aku sedih melihat seorang blogger yang juga merasa tempias keadaan ini, Fatin Suhana.

Kalau benar-benar tak suka menggunakan gambar sendiri, gunalah gambar kartun sebagai pengganti diri. Banyak koleksi gambar yang cantik-cantik, kenapa tidak menggunakan gambar itu? Tak ada pun orang nak marah.

Blogger wanita, beware of your photos. Mungkin suatu hari, tanpa kita duga, ada yang buat Facebook dengan menggunakan gambar kita. Elakkan meletakkan banyak gambar anda dalam Blog mahupun Facebook. Jangan terlalu banyak mendedahkan aktiviti kita dalam Blog. Senang sangat orang nak eksploitasikan diri kita sekarang ini. Kemudahan semuanya di hujung jari. Sekali kita post kenyataan dalam Facebook atau Blog, selamanya akan berada dalam internet. Ingat tu.

P/S : Harap-harap, aku tak ada Faker untuk curi dan sebar gambar-gambar dalam blog aku dengan kenyataan yang bukan-bukan. Nasib baik juga, aku tak cantik mana. Fuhhh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...