Showing posts with label geng blogger. Show all posts
Showing posts with label geng blogger. Show all posts

Gathering Blogger Perak : Teluk Batik dan Kejutan Buat Aku

#Entri seminggu selepas gathering. Maaf lambat update.

Walawei, penat bukan main, baru balik ke rumah tak sampai seminggu, dah kena sertai gathering. Gara-gara Penyu nye pasal la ni. Katanya lama sangat tak jumpa. Aku pun ok jelah. Memang aku akui, sejak sambung belajar, aku tak ada masa untuk join gathering atau jumpa kawan-kawan blogger. Masa untuk berblogging pun tak ada. Sibuk memanjang dengan assignment dan kerja yang tidak pernah habis.

Ok, kita sambung cerita pasal gath ni...

23 Januari 2011
11.45 pagi

Walaupun aku penduduk Manjung, tapi aku antara yang paling lewat sampai. Risau je kena bebel dengan Penyu. Al maklumlah, aku ditugaskan membawa tikar dan tong air. Tak ada tong air, tak ada air untuk mereka. Minta maaf sangat-sangat sebab tiba lewat ke lokasi.

Jom kita layan gambar sepanjang gathering kali ni...

Mesti nampak aku dengan beg kuning kan?


Aku duk tersepit antara mereka^^

Blogger Girl yang hadir

Blogger Boy yang hadir (sikit je)

Walaupun kita dah lama tak jumpa, kemesraan masih dirasai antara kita. Blogger Perak memang yang terbaik! Sayang korang banyak-banyak.

Dan yang paling mengejutkan, mereka membuat video khas sempena hari lahir aku (23 Januari).



Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan! Aku memang terharu sangat-sangat. Menangis aku bila tonton video ni. Inilah hadiah hari lahir aku yang paling best. Korang memang terbaik!

P/S : Rasa kekok sebab lama tak berblogging. Harap masih ada yang masih membaca blog ini. InsyaAllah, aku akan update anime kalau sempat.

P/S/S : Rasa sudah tua. =.="

Review Blog : Pasar Night

Pening dengan baju yang mahal-mahal? Kat mana nak cari yang murah? 
Preloved yang masih cantik ada orang jual lagi tak? 
Ada baju nak jual, tapi nak jual kat mana?
Baju yang dibeli tak fit dengan badan, nak jual kat siapa?

Di atas antara persoalan yang mungkin korang fikirkan kalau nak beli atau menjual barang. Medium yang paling sesuai untuk menjual beli barang adalah di PasarNight. Boleh klik di banner di bawah untuk ke link PasarNight



Apa yang uniknya mengenai PasarNight ni?
= Jual beli pakaian secara maya, iaitu secara online.
= Kebanyakkan baju yang dijual ini adalah preloved.
= Ada pakaian yang jarang dijual di pasaran, korang boleh dapati ni blog ini.
= Banyak pilihan yang murah-murah belaka.
= Ada sesetengah pakaian yang djual baru dipakai sekali atau tak pernah pakai langsung.

Ha! Dah nampak tak apa uniknya di PasarNight? Dan untuk pengetahuan semua, PasarNight  hanya menjual pakaian wanita, tiada pakaian untuk lelaki. Jom-jom kita shopping!

Kalau suka, tekan LIKE!

Video : Gathering Blogger di Burmese Pool, Taiping

#Untuk keterangan lebih lanjut tentang gathering ini, sila klik Gathering Blogger di Burmese Pool, Taiping.


Video ini menceritakan suasana kami masa gathering 10 Julai lepas. Nampak meriah kan? Bagi sesiapa yang tinggal kat Perak, belajar kat Perak, atau kerja di Perak, korang boleh join Group Blogger Perak di Facebook ya? 

P/S : Ntah dapat join gathering macam ini atau tidak pada masa akan datang.

Gathering Blogger di Burmese Pool, Taiping

Alhamdulillah selesai jugak gathering di Burmese Pool, Taiping semalam. Tak sangka gathering kali ini mengumpulkan lebih banyak blogger iaitu sebanyak 35 orang. Memang meriah. Tak silap aku, 5 buah kereta yang menyerang ke Taiping (macam hantar rombongan meminang pula).

Antara yang hadir :
Nordiyana Khairudin
Ros Anisza
Muhd Fadil
Amirul Hafiz
Bro Reez
Bro Framestone
Adired Adib
Bro Azqar
Jackie Koh
Touya
Amirul Abu
Faridzul
Syakir Rahman
Pisyek Kumar
Qusya Azmi
Ieyra
Amalina Yaacob
Nurhafizah
Nur Aziemah
Muna Rahimah
Raja Azlin
Ummu Khaulah
Afiqah Nu'aimi
Nurul 'Aqilah
Lai Akma
Aten Azhar
Nurul Atiqa
Nurhayati
Noraliaa Farhana
Ruzz Ezzanie
Reena Tan
Noor Hanisah
Angah

Ok, jom kita layan semua gambar-gambar sepanjang kami berada di sana.

Nampak tak aku yang pakai seluar senaman itu? 
Nampak benor tak sabo masuk air terjun

Sesi ice breaking. See? I'm wearing spec.

Sesi mandi manda bersama kawan-kawan

Lepas tu ada makan-makan
Ayam BBQ wajib ada. Sos pun ada kali ni

Bersama adik Muna Rahimah. Muna sangat cool dengan spek itu. Cun!
Nampak tak mata aku yang sangat fake itu. Lens punya pasal la ni.

Lepas selesai makan-makan dan bergembira di Burmese Pool, kami ke Taman Tasik Taiping
Sesi photoshoot! Semua lambai tangan.
Eh ada Bro Framestone la..
Muka aku terhalang dengan board Blogger Perak. Haha

Blogger wanita yang hadir

Blogger lelaki

Bersama Ummu Khaulah
Nampak tak pipi aku yang sangat tembam itu
Gemuklah pipi ni...

Muka aku sangat letih...Waaa

Kami dari Manjung mahu pulang, sempat lagi bergambar

Ruzz! I LIKE dis pic so much. Riang ria bersama Ruzz

Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan gathering kali ini. Credit untuk semua photographer yang menangkap gambar kami. Korang memang terbaiklah!

P/S : Ada seseorang tegur aku di gath, "Eh, kau ke Anime Freak tu?". Alhamdulillah, ada jugak yang kenal. ^^

Gathering Blogger Perak di Teluk Batik

Rata-rata kebanyakan blogger yang hadir Gathering Blogger Perak di Teluk Batik dah update kan? Aku jugak yang terlambat. Minta maaf, aku terlalu sibuk kerana banyak kecemasan berlaku kali ni. Tak dapat nak update awal-awal.


Alhamdulillah, hari ni masih diberi kesempatan untuk "up"kan entri ini. Yezza! 


Pada tanggal 4 Jun 2011, Blogger Perak telah mengadakan Gathering Blogger di Teluk Batik. Gath kali ini memang berlainan berbanding gath sebelum ini iaitu lebih berbentuk outdoor. Jadi macam-macam aktiviti dapat dibuat. Antaranya :


BBQ Ayam. Nyummy!
Ayam telah diperap oleh Fiza
Ruzz plak dengan sambal ikan bilisnya
Sedap wooo...

Mandi-manda
Aku tak join sebab tak bawa baju lebih. Waaa

Sambut Birthday Girl, Nisa^^
Saat tangan dia menggeletar suap Penyu
Saat ini kami semua ketawa lihat tangan Nisa terlalu shaking
Macam pengantin la korang ni.

Photoshoot bersama Blogger Perak!
Suka sangat-sangat gambar ni!

Photoshoot FREE!
Sorang-sorang dapat photoshoot free, manalah nak dapat kat tempat lain kan?

Info sempena Gath 4 Jun :
- Bangun awal sebab nak masak Gulai Taucu dan nasi 2 periuk
- Tiba lewat 11.30 pagi di lokasi kerana sesat 10 minit di Teluk Batik (macam mana boleh sesat, dah duk Manjung 17 tahun. Nampak sangat jarang keluar rumah)
- Sengaja ajak Nisa sembang ke pantai atas sebab arahan Penyu dan Ruzz. Suprise for birthday girl!
- Dapat main aci kejar dengan Muna. Betul tak Muna? Hehe^^
- Berjumpa dengan orang misteri. Menakutkan! @_@
- Gathering paling meriah yang pernah dianjurkan. Terima kasih kepada semua yang hadir!

Rugi sangat-sangat kepada yang tidak join hari tu. Macam-macam kenangan dapat dirakamkan. InsyaAllah, pada masa akan datang, kita jumpa lagi ye^^

FieraPidot - My 700th Follower!

Alhamdulillah, tak sangka dalam masa terdekat ni, follower meningkat naik. Terima kasih kerana terus menyokong aku dalam bab-bab penulisan ni. Entri ini sebagai entri penghargaan kepada follower yang lama mengikuti perkembangan aku dalam blog ini. Kalau ada salah dan silap dalam info yang diberikan, tegurlah aku. Ok? InsyaAllah pada masa akan datang, aku akan update lebih banyak lagi anime dan cerita-cerita yang best yang aku akan review.


Terima kasih kepada FieraPidot kerana menjadi follower ke 700 untuk blog ini. Blog si cantik manis ni banyak yang berkisarkan mengenai kehidupan dia dan juga info-info menarik. Simple je blog dia ni. Cepat loading, aku suka blog macam dia ni. Tak banyak widget. Simple but nice^^

Kawan-kawan blogger, mari kita meriahkan blog FieraPidot ni.

Gathering Blogger di Kuala Lumpur


Sudah ditetapkan! Pada tarikh 14 Mei 2011 akan diadakan gathering sesama blogger di Kuala Lumpur. Lokasi masih belum ditetapkan lagi. Gathering ini akan mengumpulkan 200 blogger dari seluruh Malaysia. Wow, macam meriah kan?  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada blog Bro Framestone.

P/S : Masih belum pasti akan turun ke KL atau pun tidak. Ada tak yang sponsor duit tiket bas aku?

Kerana Konvokesyen, Aku Kembali ke Perlis


Alhamdulillah surat yang ditunggu-tunggu sudah tiba
Akhirnya, aku akan menjadi graduan yang sah setelah konvo ni
Tak sabar rasanya nak ke Perlis semula setelah setahun tidak menjejakkan kaki ke sana
Apa khabar pensyarah-pensyarah? Junior-junior? (mungkin tak ada sebab tengah bercuti)
Kawan-kawan, aku rindui korang semua. 
Nantikan kedatangan aku tau Perlis!

Kalau teringat kawan-kawan, aku akan teringat lagu ni
Terutama Bob, ko suka nyanyi lagu ni^^



Nanti kita jumpa di sana yek?

P/S : Tak dapat jumpa Puan Nurul Aini Idaya (Penasihat Akademik DDS Sesi Julai 2007) kerana beliau telah berpindah ke Politeknik Johor. Mama, rindui kamu sangat-sangat...

Alhamdulillah, Aku Dah Jumpa Bakal Suamiku! Sangat Segak + Kacak!


Wahai suamiku,

Dah sampai rupanya kamu ke sini. Akhirnya! Kamu telah menempuh jalan yang panjang untuk bertemu denganku. Aku tak sangka akan bertemu denganmu ketika ini. Aku berjanji akan menjagamu baik-baik. Menjaga makan minummu. Tidak sesekali aku kecewakan kamu. Aku akan semaikan rasa cintaku hanya untukmu seorang. Percayalah kepadaku wahai suamiku. Tidak sesekali aku akan curang padamu dan beralih kepada yang lain. 

Yang sentiasa mendambakanmu,  
Dyana^^



Orang Ramai : Cik Dyana! Cepatlah berterus terang, tak sabar nak tahu bakal suami Cik Dyana ni! 
Cik Dyana : Yeee, nak bagitahu la ni. Harap anda semua bersabar. 
Orang Ramai : Ala, dah tak sabar dah ni! Cepatlah!
Cik Dyana : Inilah dia!
Orang Ramai : =_="...Apakah? Siapakah?

Inilah rupa bakal suamiku. Namanya sangatlah panjang, G-Pen F350 3"x5" Ultra Slim Portable Tablet. Nak sebut satu persatu pun aku blur. 
Inilah rupa dia. Segak + Kacak kan?
Pertama kali aku guna memang kalut sikit, tak biasa lagi lah katakan.
Adik aku pun lagi pandai guna, dan inilah hasil kerja adikku dalam Paint

Sungguh berseni kan?
Ha! Yang perkataan "dyana" tu, aku yg buat, testing je tu
Kreatifnya adik ni^^

Walaupun hanya menggunakan selama sejam, aku sangat berpuas hati dengan aplikasinya. Aku nak dekatkan diri aku semula kepada Photoshop, Flash dan Illustrator. Aku ingin kembali seperti dulu yang sangat2 teruja dengan mereka. Aku akan berusaha! Ganbattedayo!

Credit to Fahmi Mahat sebab belikan aku tablet dan pen ni. Fahmi Mahat yang tolong review tablet ni. Terharu! Aku amat2 menghargainya. Suka sangat2! 

P/S : Esok ada gathering Blogger Perak sekali lagi. Tapi kali ni di Ipoh Parade. Sama2 kita meriahkannya!

Tak Dapat Tidur Kerana Gathering Blogger Perak

Semalam adalah hari yang sangat super duper happening bagi aku. Maklumlah, dapat jumpa kawan2 maya, iaitu blogger dari seluruh Perak! Wow, suatu perasaan yang tak dapat dibayangkan. Teruja sampai lenguh2 kaki jadinya. Apa2 pun, nak kongsi kat korang aktiviti kami kat sana. Dan aku wakilkan gambar2 untuk menceritakan apa yang terjadi di sana^^

Tarikh : 10 April 2011
Hari : Ahad
Tempat : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Tiba di Gunung Lang pukul 10.30 pagi. Lewat!!

Berkumpul di bawah pokok

Beratur nak naik bot...Yeah!

Bersama Eiyra dan Qusya di bot

Jom makan! Semuanya free! Jap2, aku lupa, aku sponsor pinggan dan sudu je hari tu
Sangat kedekut punya orang, kih kih kih

Anak dara sapelah ni, rajin benor (perasan)

Inilah blogger yang join Gathering semalam. Ramai kan? Hampir 30 orang rasanya
Dapat jumpa blogger otai, artis blogger, admin sekali dan tak dilupakan newbies macam aku
Happening sangat2 tau^^

Gadis2 Melayu terakhir
Baby tu cute sangat2^^
Merasa jugak dukung baby tu kejap, main2 pipi dia, geram!!!

Jejaka2 Malaya terakhir

Wakil dari Manjung, aku dan Muhd Fadil

4 anak dara kiut miut di sini

Bersama Cik Amalina, peace^^

Nampak tak justanimefreak kat situ, tu aku sain tau

Kredit to:
Muhd Fadil sebab sponsor tiket bot
Eija Hassan, Nisa Suyatim dan kawan2 yang sponsor makanan

dan yang paling penting, Admin Blogger Perak:
sebab anjurkan gathering yang meriah macam ni
Thanks a lot^^

Harap kita semua akan jumpa di gathering akan datang^^ 

Aizdean Ada Blog! Jom Follow Dia!


Kenal Aizdean tak? Ala, pelajar yang berasal dari Malaysia tapi popular di Jepun tu. Dia penyanyi terkenal kat sana. Lagunya pernah di tangga pertama kat carta lagu di sana. Hebat bukan? Tak silap lah kan, dia dah menetap di Jepun sejak dia menjadi pelajar di sana dulu. 9-10 tahun kot. Sekali dia speaking Jepun, aku jadi terpana. Dan memang macam orang Jepun, tak ada slang orang Melayu dah. Memang hebat la dia ni. Kagum2!!!

Aku pun ada koleksi lagu dia tapi tak banyak. Memang payah nak jumpa. Lagipun dia tak pernah pun promot lagu dia kat sini. Jadi mana mungkin untuk dapatkan album dia kan? Paling aku suka lagu One (Mou Ichido). Best2 walaupun diulang banyak kali. Teringin nak tengok dia buat persembahan di Malaysia. Kat ABP hari tu dia ada datang tau. Tapi tertunggu jugak dia buat persembahan. Hati hampa, orang lain plak yang buat persembahan. =_="

Ni video promo lagu dia di Jepun. WOW

Kawan2, nak tahu tak, penyanyi ni dah ada blog! Jom follow dia untuk ketahui lebih lanjut tentang kehidupan seharian dia, perkembangan muzik dia di Jepun. Jangan risau, dalam blog ni dia speaking Melayu. Hehe^^

Klik pada banner ni untuk ke blog Aizdean!

P/S : Aku dah jadi follower rasmi blog Aizdean ni! Follower ke-103.
P/S/S : Ada yang kata dia tak mungkin popular di Malaysia. Kenapa yek? Orang Malaysia ni masih memandang rupa ke untuk menjadi popular? Hey, Aizdean ni smart jugak, pandai plak tu. Proud to be Malaysian!

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA!


Berminat untuk join? Sila klik kat Banner di atas yek?

Blogger Perak! Mari Kita Berkumpul di Gunung Lang!


Tak sabar rasanya nak join Gathering Blogger Perak yang akan diadakan di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Perjumpaan ni dianjurkan oleh Group Facebook Blogger Perak. Diadakan pada 10 April 2011, hari Ahad. Blogger dari Perak, mari kita sama2 meriahkan perjumpaan kali ni!

Kalau berminat, sila PM Eija Hassan, untuk keterangan lanjut yek. Korang pun boleh klik kat Gathering Blogger Perak di atas yek...

Tarikh: 10 April 2011 (Ahad)
Jam: 10.30 am - 3.00pm
Tempat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh (berdekatan Jalan Kuala Kangsar)

Antara tentatif program adalah:
10.30 - 11.00 : Berkumpul
11.00 - 11.15 : Seberang tasik ke Gunung Lang
11.15 - 12.00 : Ice-breaking
12.00 - 12.30 : Rehat, makan.
12.30 - 1.30 : GAME: Truth or Dare
1.30 - 2.40 : Ronda-ronda kawasan Gunung Lang, Tangkap gambar & Vlog
2.40 - 3.00 : Seberang tasik & bersurai

P/S : Aku tak pernah pergi Gunung Lang ni. Takut sesat je nanti. Waaaa

I'm Happy With Them!

Walaupun perkara ni dah lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak. Sebab aku sangat2 rindukan masa2 ni. Rindukan kawan2 blogger aku. Walaupun kami jumpa pertama kali, tapi kemesraan jelas kelihatan sesama kami. Masing2 hanya kenal melalui Facebook je. Melalui Sahabat Blogger. Saling tegur menegur di alam maya, tapi kali ni, kali berjumpa di alam realiti. Bayangkan keterujaannya! Aku pun asyik senyum sampai ke telinga...^^~

Sory Encik Eazy Izzudin, rembat kat Facebook kamu je^^

12 Mac lepas, aku pergi Kuala Lumpur, singgah kat Midvalley jap. Ini antara yang aku sempat rembat kat Facebook Eazy.

Masa ni aku tak jumpa mereka lagi. Datang lambat lorh
Mereka dah tengok cerita Merong Mahawangsa
Tak sempat nak join

Masa ni, aku baru sampai
Disebabkan aku dah kenyang, join tengok diorang makan je
Muka Taufiq ni, ish2, tengah syok bercakap tu

Alamak, skandal2
Taufiq dan Ery

Well diorang ni artis dalam Sahabat Blogger
Dari kiri : Eazy, Imammuddin , Luthfi

Kami bergambar depan kedai jual alat muzik je
Dari kiri : Taufiq, Eazy, Aimman, Imam, Luthfi, Ery, Aku dan Nadiah
Cun tak pose kami?

Eazy and gurlz2
Malu2 uuu
Apesallah aku tetiba senget jer

P/S : Aku rindukan korang semua. Tapi aku tahu, aku jauh sangat. Ntah bila nak jumpa pun tak tahu. Kalau ada gathering, InsyaAllah aku join. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...