Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Drama Nora Elena Menjadi Kegilaan

Ada apa dengan drama Nora Elena ni? Ramai yang menantikan drama ini setiap petang untuk ditonton. Aku pun tak terkecuali. Sangat teruja melihat semua watak dalam novel menjadi watak nyata, realiti. Yang pastinya, peminat novel takkan ketinggalan menonton drama ini. 



Drama ini diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci. Novel yang sudah dicetak sebanyak 10 kali. Hebat kan? Sejak drama ini ditayangkan, makin banyak permintaan untuk novel ini. Aku pun tak terkecuali, gara-gara drama ini jugaklah. Merata-rata mencari novel ini. Kebanyakan kedai dah kehabisan. 


Sinopsis Kasih Yang Suci
Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. 

Yang pasti, ramai yang suka akan watak Seth. Dia sangat penyayang dan romantik. Terlalu sayangkan Nora sampaikan tak mahu Nora buat apa-apa kerja sekalipun. Mesti ramai yang cair melihat watak Seth dan Nora. 
Drama ini juga menampilkan lagu-lagu yang best. Antaranya, Dan Bila Esok, Berubah, Bila Hati Mencintai, Terhenti Di Sini dan Sesuatu Yang BerbezaLagu yang paling aku minat, Terhenti Di Sini dari Asfan. Asyik mainkan lagu ini banyak kali. Jatuh cinta dengan liriknya.
Jangan lupa saksikan Drama Nora Elena setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ye.
P/S : Aku dambakan suami penyayang seperti Seth. Masih ada lagi tak lelaki seperti itu?

Kau Laksana Bulan. Aku Pula Umpama??

Kau Laksana Bulan

Aku yang sungguh out dated. Noob~ Baru nak tonton drama Kau Laksana Bulan kat TV2. Yang aku tengok ni pun siaran ulangan. Yang bestnya drama ni, ianya diadaptasi dari novel yang bertajuk sama, Kau Laksana Bulan oleh Aina Amir. Walawei, aku suka jalan ceritanya. Tak ada langsung unsur korporat, cliche' atau yang memberatkan. Watak utamanya, Ayu Raudhah pun bertudung. Cute sangat2. Suka~

Drama ni hanya ada 13 episod. Drama ini mengetengahkan Ayu Raudhah sebagai watak utama di samping aktor Zulhuzaimy, Fizo Omar, Ashraff Muslim, Bienda, Dian P. Ramlee dan Fathil Dani.

SINOPSIS DRAMA KAU LAKSANA BULAN (budiey.com)
Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan (lakonan Ayu Raudhah), gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Putra Malaysia.

Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah (lakonan Dian P. Ramlee) tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.

Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’.

Kau Laksana Bulan

Dalam kesibukan mencari perwatakan yang sesuai untuk manuskripnya itulah Adrianna terserempak dengan Firas Ali (lakonan Zulhuzaimy)di dalam tren komuter Nilai-KL. Dengan tidak sengaja, Adrianna terduduk di atas riba Firas semasa cuba mendapatkan tempat di suatu pagi, semasa menaiki tren komuter itu. Mereka bertemu lagi beberapa kali selepas itu dan pertemuan itu telah mendorong Adrianna untuk melakarkan watak Firas ke dalam manuskrip novelnya.

Kau Laksana Bulan

Adrianna juga pernah suatu ketika dahulu bercinta dengan Syafik (lakonan Fizo Omar), seorang lelaki yang sebaya dengannya, sejak zaman persekolahan lagi. Malangnya, pertalian mereka terputus ketika mereka sama-sama sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. Namun Syafik telah muncul kembali dalam hidup Adrianna dengan tiba-tiba sahaja. Kemunculan Syafik itu menggembirakan Salmah, ibu Adrianna yang terlalu suka kepada Syafik dan mengharapkan sangat agar Adrianna memilih Syafik sebagai bakal suaminya sebaliknya kemunculan Syafik telah menimbulkan kekeliruan dalam hidup Adrianna.

Kau Laksana Bulan

Dalam begitu, Adrianna tetap keliru bila Firas berulang kali meminta agar pertalian mereka dirapatkan lagi bukan sekadar kawan biasa tetapi sebagai kekasih. Adrianna tidak mampu melakukannya kerana dia masih terikat dengan bayangan Razif, seorang lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya selepas Syafik.

Razif (lakonan Ashraf Muslim) merupakan seorang lelaki yang romantis dan puitis dan Adrianna yang mengenalinya melalui Internet, telah jatuh hati dengannya. Malang buat Adrianna, pertalian percintaan mereka terputus kerana Razif telah meninggal dunia. Malang juga buat Adrianna, kerana kematian Razif telah menutup ruang-ruang di hati untuk jatuh hati dengan lelaki lain.

Keadaan ini merumitkan lagi hidup Adrianna, bila dengan tiba-tiba muncul pula Eizlan yang terlalu mengingatkan Adrianna kepada Razif. Eizlan juga merupakan seorang peminat novelnya yang suka menghantar mesej-mesej puitis dan romantis yang seringkali menggugatkan perasaan ‘wanita’ Adrianna.

Perjalanan cerita di teruskan bila pada suatu ketika nanti, Adrianna dan Firas terpaksa berpisah kerana Firas tidak mempercayai kepada kejujuran Adrianna. Bila berpisah dengan Firas, Adrianna kecewa dan berasa hampa. Tetapi keadaan terus menekannya dan kerana itu, Adrianna telah bersetuju untuk menerima Syafik sebagai bakal suaminya. Malangnya, perancangan itu tidak kesampaian dengan perbuatan Syafik yang dianggapkan sebagai tidak serius.

Ketika itulah, Adrianna mula memberi perhatian kepada Eizlan. Kerana layanan Adrianna, Eizlan mula menaruh harapan untuk berkasih dengan Adrianna. Tiba-tiba, Adrianna sekali lagi terserempak dengan Firas yang sudah lama hilang dalam hidupnya. Kemunculan Firas kali ini telah mewujudkan perasaan cintanya yang sudah tidak berbelah-bahagi lagi. Mereka memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Kau Laksana Bulan

Walaupun itu merupakan perancangan Adrianna, hidupnya menjadi kucar-kacir bila Razif (yang pernah dikatakan meninggal dunia) muncul semula. Dalam begitu, Eizlan terus mengganggu hidupnya. Ke mana sahaja Adrianna pergi, Eizlan menunggunya. Perbuatan Eizlan membuatkan Adrianna menjadi tidak tentu arah.

Pelbagai kejadian kini berlaku membuatkan hidupnya tercabar, penuh suspens dan sentiasa cemas. Begitu juga dengan kehadiran Razif yang telah memporak-purandakan rumah tangga Adrianna bersama Firas. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah cinta sejati untuk Adrianna muncul? Saksikan Kau Laksana Bulan di TV2.

Kau Laksana Bulan

NOVEL KAU LAKSANA BULAN

Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka teki dalam perjalanan cerita! Kau Laksana Bulan dijadikan siri drama dan novel itu telah diulangcetak sebanyak lima belas kali sejak ia diterbitkan dua tahun lalu.

P/S : Kalaulah novel Ramlee Awang Mursyid pun diadaptasi ke drama jugak, mesti hebat kan!
P/S : Cerita ni ada berkait rapat dengan dunia aku. Terasa yang aku adalah watak Adrianna. Ngee~
P/S : Nama panggilan Adrianna adalah Ana. Wow, nama panggilan aku tu!
P/S : Nak ada bf macam Fizo gak. Segak sungguh..Kih kih kih...^^

A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia

Semalam aku baru je hbs bce novel A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia.
Bce dlm masa 2 hari...pecah rekod!!!
Selalunya aku amik masa yg agak lama untuk bce novel2 tebal mcm ni..hehehe
Novel ni aku pinjam kat Perpustakaan Poli je...



Novel ni adalah karya Ramlee Awang Murshid...
Bergenrekan thriller....
569 muka surat...(tebal gler novel ni!)
Diterbitkan pada tahun 2001
Diterbitkan juga dalam Bahasa Inggeris - Personal Justice

Sinopsis di belakang novel:

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.

Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu..

ADAM – Aku Darah Anak Malaysia, berkisar tentang perihal seorang sharp shooter dalam Polis DiRaja Malaysia PDRM yang terperangkap dalam satu konspirasi melibatkan Presiden Amerika Syarikat. Jalan cerita yang thriller membuatkan membacanya seolah aku sendiri yang menjadi sharp shooter yang menembak Presiden US tersebut.

Pd pendapat aku, novel ni wajib dibaca bg org yg inginkan kelainan. Unsur cinta pun kurang, xmacam novel lain yg hnye ada unsur cinta je. Sesuai dgn jiwa aku. Novel ni memg best. Gabungan pelbagai Unsur, aksi, kasih sayang, kehidupan, politik, psikologi dan sebagainya. Dh nama pun novel genre thriller kn? Sehingga ak sendiri terbawa-bawa ke situasi yg diceritakan dlm novel tu...

Masa aku bce, aku bygkan kalau cte ni dijadikan drama bersiri. Wow! mesti best...Tapi, Malaysia tak sampai lagi ke tahap tu..Xpe2, Malaysia Boleh!!!

P/S : Sape ada novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta??? Teringin sangat nk baca!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...