Rasanya ramai dah tahu, Rurouni Kenshin atau dikenali sebagai Samurai X akan masuk pawagam pada tahun ni. Lagipun Gempak dah review tentang filem ni, tapi tak ingat edisi berapa. Ha! Apa kata kita layan trailer Rurouni Kenshin yang akan ditayangkan pada 25 Ogos 2012 nanti^^
Amacam? Rasa teruja kan? Tambah - tambah lagi hero Kamen Rider Den-o, Satoh Takeru berlakon! Mungkin filem ni tak ditayangkan di Malaysia. Kecewa dan merana. Tapi takpe, jalan yang terbaik adalah dengan memuat turun. Yeah!
Yeay, update lagi! Ada permintaan kawan yang nak cari lagu One Piece. Ni dia, senarai lagu anime One Piece!!
Opening
1. We Are! - Hiroshi Kitadani
2. Believe - Folder 5
3. Hikari e - The Babystars
4. BON VOYAGE! - Bon-Bon Blanco
5. Kokoro no Chizu - BOYSTYLE
6. Brand New World - D-51
7. We Are! (Straw Hat Pirates Version) - Cast of the Straw Hat Pirates
8. Crazy Rainbow - Tackey and Tsubasa
9. Jungle P - 5050
10. We Are! (Remix) - TVXQ
11.Share the World! - TVXQ
12.Kaze wo Sagashite - Yaguchi Mari and Straw Hats
13.One day - THE ROOTLESS
14.Fight Together - Namie Amuro
15.We Go! - Hiroshi Kitadani
Ending
1.memories - Maki Otsuki
2.RUN! RUN! RUN! - Maki Otsuki
3.Watashi ga Iru Yo - TOMATO CUBE
4.Shōchi no suke - Suitei Shojo
5.BEFORE DAWN - AI-SACHI
6.fish - The Kaleidoscope
7.GLORY -Kimi ga Iru Kara- - Takako Uehara
8.Shining ray - Janne da Arc
9.Free will - Ruppina
10.FAITH - Ruppina
11.A to Z - ZZ
12.Tsuki to Taiyō - Shela
13.Dreamship - Aiko Ikuta
14.Mirai Kōkai - Tackey & Tsubasa
15.Eternal Pose - Asia Engineer
16.Dear friends - TRIPLANE
17.Asu wa Kuru Kara - TVXQ
18.Adventure World - Delicatessen
P/S : Fuuhhh, start cuti semester! boleh update blog selalu^^
Ramai yang tanya bila nak update senarai lagu-lagu anime Fairy Tail
Inilah senarainya!!!
Opening
1. Snow Fairy - Funkist
2. Sense of Wonder - Idolling!!!
3. Ft. - Funkist
4. R.P.G. ~Rockin' Playing Game - SuG
5. Egao No Mahou - Magic Party
6. Fiesta - +Plus
7. Evidence - Daisy X Daisy
8. The Rock City Boy - JAMIL
9. Towa no Kizuna - Daisy X Daisy
10. I Wish - Milky Bunny
11. Hajimari no Sora - +Plus
Ending
1. Kanpekigu No Ne - Watarirouka Hoshiri Tai
2. Tsuioku Merry-Go-Round - onelifecrew
3. Gomen ne. Watashi - Shiho Nanba
4. Kimi ga Iru Kara - Mikuni Shimokawa
5. HOLY SHINE - Daisy X Daisy
6. Be As One - w-inds
7. Lonely Person - ShaNa
8. Don't think. Feel!!! - IDOLING!!!
9. Kono Te Nobashite - Hi-Fi Camp
10. Boys Be Ambitious - Hi-Fi Camp
11. Glitter (Starving Trancer Remix) - Another Infinity ft. Mayumi Morinaga
P/S : Yeay, baru dapat update blog. Akhirnya!!! P/S/S : Baru tgk anime ni smpai episod 40+. Memang best sangat-sangat!!
Season 2 ni agak mengecewakan bagi aku. Rasa macam ada sesuatu yang tak best untuk ditonton. Walau bagaimana pun, anime ni masih ok untuk ditonton. Taklah seteruk mana. Mungkin agak boring jelah rasanya. Bagi aku, yang memeriahkan cerita ini ialah Niche dan Steak. Watak yang lain semua serius je.
Aku bagi 3.8 bintang untuk anime ni.
Tegami Bachi Reverse
Genre : Adventure, Supernatural, Slice of Life
Episod : 25 episod
Tarikh Siaran : 2 Okt 2010 - 26 Mac 2011
Sinopsis
Gauche Suede telah kehilangan hatinya dan bertukar nama menjadi Noir. Noir menjadi Marauder (pencuri surat) untuk menjatuhkan kerajaan. Noir kini terbabit dalam kumpulan berhaluan kiri yang dipanggil Reverse. Lag seeing pula berusaha untuk memulihkan ingatan dan hati Noir supaya kembali menjadi Gauche.
Sesiapa yang suka lawak-lawak sengal? Ha! Apa kata kita layan anime Minami-Ke!
Minami-Ke!
Genre : Komedi, Slice of Life
Tema : Crossdressing, Keluarga, Sekolah
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 7 Okt 2007 - 30 Dis 2007
Review
Sepanjang 13 episod yang aku tonton, anime ni memang tak membosankan. Korang takkan berhenti gelak melihat telatah 3 adik beradik Minami yang sentiasa mencuit hati. Jalan ceritanya sangat simple dan tak susah difahami. Hanya mengisahkan kisah adik beradik yang Mungkin anime ni tidak sepopular anime Ouran High School Host Club, tapi ia masih berbaloi untuk ditonton. Tak sabar nak menonton 3 musim lain anime ni.
Sinopsis
Apabila si pemalu juga genius matematik, Kenji Koiso ditanya untuk menerima kerja pada musim panas oleh Natsuki, dia terima tanpa berfikir panjang. Kenji perlu ke Nagano untuk melakukan kerja tersebut. Keluarga Natsuki iaitu suku kaum Jinnouchi akan meraikan hari lahir yang ke-90 Sakae, ketua keluarga Jinnouchi. Dari situlah, Kenji mengetahui apakah pekerjaannya semasa musim panas, iaitu berpura-pura menjadi tunang Natsuki dan menari bersama Natsuki semasa pesta hari lahir itu. Apabila Kenji menyesuaikan diri dengan keluarga Natsuki, dia menerima satu mesej iaitu masalah matematik dari telefon bimbitnya. Selepas menyelesaikan masalah tersebut, dunia OZ (laman web sosial yang paling berpengaruh) telah di"hacked".
Review
Boleh dikatakan ini antara filem anime yang terbaik yang pernah aku tonton. Jalan cerita yang mantap. Sentiasa nak tahu macam mana Kenji akan kalahkan musuh maya dia dalam dunia OZ. Musuh mayanya juga bukan calang-calang, hanyalah Artificial Intelligance (AI), Love Machine yang diaktifkan oleh kenalan Natsuki. Nak tumbangkan Love Machine ini bukannya mudah. Walaupun menggunakan kepakaran matematik Kenji, Love Machine tetap tak dapat ditumpaskan. Nak tahu macam mana Kenji tumpaskan musuh ini, sila tonton anime ni.
Untuk filem ini, aku berikan 5 bintang!
P/S : Aku ingin mencari filem Girl Who Leapt Through Time. Dengar kata filem itu pun best!
Seperti yang kita tahu, di Jepun memang terkenal dengan Maid Cafe dan Butler Cafe terutamanya di kalangan otaku, para penggemar anime dan manga. Korang mungkin mengenali Maid Cafe melalui anime Kaichou wa Maid-sama atau Densha Otoko. Tapi, tahukah korang apakah peraturan di Maid Cafe ini?
Peraturan di Maid Cafe :
1. Dilarang menyentuh badan Maid (pelayan cafe)
2. Dilarang menanyakan nombor telefon Maid.
3. Dilarang menanyakan e-mail Maid
4. Dilarang menganggu privasi Maid seperti menanyakan bila Maid pulang kerja.
5. Dilarang stalk atau menggoda Maid secara kasar.
6. Dilarang menunggu Maid pulang atau berkeliaran di luar kafe.
7. Dilarang menyakiti pekerja kafe dan tetamu yang lain
8. Dilarang menangkap gambar Maid atau rekaan dalaman dan luaran kafe.
9. Dilarang membawa makanan dan minuman dari luar kafe.
10. Dilarang merokok di pintu masuk kafe.
Sudah habis menonton anime ni 2 hari lepas, rasa malas nak buat review. Tapi hari ni kena rajin sikit. Haha. Anime ni aku dah muat turun lama dah, tapi tak berkesempatan nak tonton. Jom kita baca info mengenai anime Kuragehime.
Kuragehime (Princess Jellyfish)
Genre : Komedi, Romantik
Tema : Crossdressing, otaku
Episod : 11 episod
Tarikh Tayangan di Jepun : 14 Okt 2010 - 30 Dis 2010
Sinopsis
Amamizukan adalah sebuah apartment di mana lelaki dilarang sama sekali masuk ke dalamnya. Yang uniknya, apartment ini didiami oleh wanita yang "otaku" dan "nerd". Kurashita Tsukimi, seorang ilustrator yang obses dengan obor-obor telah 3 bulan tinggal di apartment tersebut. Kehidupannya mulai berubah setelah berkenalan dengan seorang wanita yang sangat cantik. Wanita tersebut bermalam di apartment tersebut pada malam mereka berkenalan. Malangnya, wanita cantik tersebut adalah lelaki!
Review
Walaupun di rating sebagai Excellent dalam Anime News Network, bagi aku anime ni masih banyak kekurangannya. Jalan ceritanya memang mudah difahami dan sangat simple. Sesuai untuk semua peringkat umur. Anime yang sangat-sangat clean. Cuma, 11 episod yang ditayangkan seperti tidak mencukupi. Banyak persoalan dalam anime ini tidak terjawab. Aku pun ternganga, kenapa cerita ini tergantung di akhir cerita? Tak macam habis pun? Harap-harap semua persoalan tersebut akan terjawab kalau ada musim kedua.
Suka dengan "chemistry" antara semua watak. Bagaimana seorang perempuan yang "nerd" (Tsukimi) berkawan dengan seorang lelaki yang suka berpakaian seperti wanita (Kuronosuke). Abang tiri Kuronosuke, Shuu yang tegas, serius, pentingkan kerja terpikat dengan Tsukimi? Gabungan watak-watak memang sangat menjadi dan boleh dikatakan tak sabar nak tahu kisah mereka bertiga dalam setiap episod. (Kecuali beberapa watak yang aku rasakan amat annoying, tak suka sangat)
Rating untuk anime ini, 3.5 bintang.
Trivia
Manga Kuragehime memenangi Kodansha Manga Award bagi kategori Manga Shojo Terbaik.
Soundtrack
1. Koko Dake no Hanashi - Chatmonchy (OP)
2. Kimi no Kirei ni Kizuiteokure - Sambomaster (ED)
Lagu ending anime ini. Sangat best!
Sesuai untuk ditujukan kepada wanita yang tersayang. Lirik memang bermakna Kimi no Kirei ni Kizuiteokure - Sambomaster
Every girl grows up into a beautiful princess. Zutto!
Semua ni dalam senarai. Kepingin sangat nak tonton. Ada antaranya anime yang lama-lama. Arghh, pedulikan semua itu, yang penting, dapat tonton. Kawan-kawan, aku perlukan bantuan korang semua. Sekiranya ada anime ni, pas kat aku cepat-cepat sebelum aku masuk belajar. Nanti bila dah sibuk dengan assignment, tak ada masa plak nak tengok. ^^
Opening
1. Hero's Come Back!! - Nobodyknows feat DJ Mitsu
2. Distance - Dualkey
3. Blue Bird - Ikimono-gakari
4. CLOSER - Joe Inoue
5. Hotaru no Hikari - Ikimono-gakari
6. Sign - FLOW
7. Toumei Datta Sekai - Motohiro Hata
8. Diver - NICO Touches The Walls
9. Lovers - 7!!
Ending
1. Nagareboshi~ Shooting Star - Home Made Kazuko
2. Michi~To You All~ -Aluto
3. Kimi Monogatari - Little by Little
4. Mezamero! Yasei - Matchy With Question?
5. Sunao na Niji - Surface
6. Broken Youth - NICO Touches The Walls
7. Long Kiss Goodbye - HALICALI
8. Bacchikoi - Dev Parade
9. Shinkokyuu - SUPER BEAVER
10. My ANSWER - SEAMO
11. Omae Dattanda - Kishidan
12. For You - AZU
13. Jitensha - Ore Ska Band
14. Utakata Hanabi - Supercell feat Nagi
15. U Can Do It - DOMINO
16. Mayonaka Ookesutora - Aqua Timez
17. Freedom - Home Made Kazuko
Movie
1. Lie-Lie-Lie - DJ OZMA
2. Dareka-ga - Puffy AmiYumi
3. If - Nishino Kana
Nak tahu tak? Dah lama aku mengidam nak tonton anime ni dari tahun lepas lagi. Akhirnya, dapat juga menonton anime ni. Macam dah tertunai hajat yang selama ini terpendam. Merata-rata aku bertanya kawan-kawan aku, manalah nak dapat anime ni. Tambahan pula sekarang, laman web banyak dah kena sekat menyebabkan aku makin malas nak muat turun anime sekarang. Jom kita baca info tentang Fullmetal Alchemist : Brotherhood.
Fullmetal Alchemist : Brotherhood
Genre : adventure, komedi, drama, fantasi, misteri, psychological
Episod : 64 episod
Tarikh tayangan : 5 April 2009 - 4 Julai 2010
Movie : Fullmetal Alchemist The Movie : The Sacred Star of Milos
Sinopsis
2 adik beradik. Edward dan Alphonse Elric kehilangan ibu mereka,Trisha kerana penyakit yang tidak boleh diubati. Dengan kuasa alkimia, mereka melanggar pantang dengan menghidupkan ibu mereka semula. Proses tersebut gagalm dan sebagai tolnya kerana melanggar pantang itu, Edward kehilangan kaki kirinya manakala Alphonse kehilangan seluruh badan. Untuk menyelamatkan Alphonse, Edward mengorbankan tangan kanannya dan meletakkan roh Alphonse pada 1 sut baju perisai. Dengan pertolongan keluarga Rockbell, Edward menerima tangan besi baru (automail). Akibat kejadian itu, Edward berjanji akan mencari Philosopher's Stone untuk mengembalikan badan Alphonse yang hilang. Kerana kegigihan dia belajar ilmu alkimia, dia dianugerahkan Alkimia Negeri (State Alchemy), iaitu seseorang yang menggunakan alkimia untuk tentera.
Review
Excellent! Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ni. Jalan cerita memang yang terbaik dan kompleks. Penuh dengan debaran, aksi dan ada psikologi. Sangat berbeza dengan siri yang sebelum ini. Hanya ada persamaan pada permulaan cerita. Banyak juga watak yang ditambah untuk anime ni. Bak kata kawan aku, siri ini mengikut jalan cerita dalam komik. Jadi, ramai peminat komik yang lebih puas hati bila melihat persamaan jalan cerita tersebut.
Yang penting, ada happy ending! Tak seperti siri pertama, perlu menonton movie untuk melihat pengakhiran cerita. Memang berbaloi-baloi untuk ditonton. Dan aku lebih suka anime ini berbanding siri yang sebelum ini. Nak tahu apa pengakhiran anime ni? Kenalah tonton anime ini!
Soundtrack
1. Again - YUI (OP1)
2. Hologram - NICO Touches the Walls (OP2)
3. Golden Time Lover - Sukima Switch (OP3)
4. Period - Chemistry (OP4)
5. Rain - SID (OP5)
6. Uso - SID (ED1)
7. Let It Out - Miho Fukuhara - (ED2)
8. Tsunai Da Te - Lil' B (ED3)
9. Shunkan Sentimental - SCANDAL (ED4)
10. RAY OF LIGHT - Shoko Nakagawa (ED5)
Dalam banyak-banyak lagu dalam anime ni, lagu ini yang paling best!
Shunkan Sentimental - SCANDAL
A lesson without pain is meaningless.
That's because you cannot gain something without sacrificing something else in return.
But, once you've withstood the pain and overcome it,
you will gain a heart that is stronger than everything else.
Yes, A Fullmetal heart.
- Edward Elric -
P/S : Aku menonton anime ni dalam masa 6 hari. Lega bila dapat tengok Alphonse dapat badan dia semula. Dan masa episod 63-64, aku asyik menangis je. Menghayati la katakan. Hehe...
Pernah dengar mengenai PIKA-PIKA? Tak pernah bukan? Aku pun baru dapat tahu dari rancangan Guess Guess Guess kat 8TV. Memang menarik sangat-sangat! Mereka hanya menggunakan cahaya untuk membuat animasi. Kiranya mereka menggunakan lampu berwarna-warni untuk melukis dan menggerakkan sebanyak yang mungkin untuk menjadikannya satu animasi.
Kuroshitsuji II
Genre : Misteri, supernatural
Tema : Bishonen, hitam, komedi
Episod : 12 episod
Sinopsis
Dalam lewat abad ke-19, satu tahun dan 3 bulan selepas konklusi dramatik dalam musim pertama, Kuroshitsuji II memperkenalkan tuan dan butler yang baru. Alois Trancy yang sentiasa ceria itu pernah mengalami zaman kecil yang amat menakutkan. Ketika masih bayi, dia diculik dan dipaksa bekerja sebagai hamba di sebuah kampung. Pada suatu hari, kampung tersebut mengalami bencana. Semua meninggal dunia dalam bencana tersebut kecuali dia. Dia kemudiannya kembali ke rumah asalnya akan tetapi sikapnya mulai berubah. Dan paling mencurigakan, dia kembali dengan Claude Faustus, seorang yang tidak beremosi (hati kering).
Review
Hebat! Walaupun pada pertengahan cerita aku sedikit keliru, tapi jalan cerita memang sangat mengkagumkan. Tak pernah mengecewakan aku. Aku pun sentiasa menanti-nantikan episod seterusnya. Pada mulanya, aku ingat Ciel Phantomohive tidak akan kembali. Tapi sangkaan aku salah. Watak Ciel dan Sebastian masih ada lagi! Dan mereka yang akan memberhentikan segala rancangan jahat Alois.
Dalam anime ini, kita juga akan ketahui bagaimana Alois boleh bersikap sangat-sangat kejam. Alois juga sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Ciel. Akan tetapi, sesuatu yang tidak terduga terjadi pada akhir cerita ini. Nak tahu? Kenalah tonton anime ini.
Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ini. Berbaloi-baloi untuk ditonton!