Kuroshitsuji


Hari ini aku dah habis tengok anime Jepun, Kuroshitsuji...
Komen aku tentang anime ni?? BEST!!!
Aku bagi 9 bintang..memang sangat best..
Aku tertarik dengan tema anime ni...tentang butler..
Jarang tema ni diketengahkan...
Dahlah latar belakangnya menggunakan zaman lama, zaman Victoria di England...sangat menarik...
Last time aku tengok anime sebegini ni masa aku tengok anime Emma (anime romantik)..

Manga pertama Kuroshitsuji

Black Butler (黒執事 Kuroshitsuji) manga yang telah ditulis dan diilustrasi oleh Yana Tosobo. Siri manga ini mengisahkan Sebastian Michaelis, butler syaitan yang membuat kontrak Faustian dengan Ciel Phantomhive, 12 tahun, ketua keluarga bangsawan. Apabila Ciel meninggal dunia, Sebastian akan mendapat rohnya.(menakutkan!!! ==") Berlatar belakangkan era Victoria London, Sebastian menjalankan tugas sebagai butler Ciel, pengarah syarikat permainan dan gula-gula. Sebastian juga menjalankan arahan daripada tuannya untuk menyelesaikan beberapa kes dan gangguan di England.

Genre : Aksi, Supernatural, Drama, Hitam dan Komedi
Ditayangkan di Jepun : 2 Okt 2008 - 26 Mac 2009
Episod : 24 (untuk tahu lebih lanjut...klik sini)
OVA (Original Video Animation) : 1 

Watak-watak 


Sebastian Michaelis (セバスチャン・ミカエリス Sebasuchan Mikaerisu
- Butler di rumah Ciel Phantomhive dan juga sebagai penjaga Ciel. 
- Selalu menggambarkan dirinya melalui ungkapan "I am a butler to the core" (Watashi wa aku made shitsuji desu kara) di setiap akhir episod. Ungkapan ini menyebut perkataan "syaitan" (akuma) dan "hingga ke akhirnya" (aku made). Ia juga boleh dialih bahasakan sebagai "I am a demon and a butler".
- Mengabdikan diri sebagai butler dan penjaga. Dia sentiasa mengikut Ciel ke mana-mana sahaja Ciel pergi.
- Sangat hebat dalam melakukan apa-apa kerja sekalipun walaupun sangat susah tugasan tersebut. 
- Mempunyai tanda yang serupa dengan mata kanan Ciel. Tanda tersebut adalah mengenai kontrak Faustian yang termeterai antara mereka. tanda tersebut ada pada tangan kiri Sebastian.




Earl Ciel Phantomhive (シエル・ファントムハイヴ Shieru Fantomuhaivu) 
- Berumur 12 tahun, ketua keluarga bangsawan Inggeris, Phantomhive.

- Mengambil alih syarikat keluarganya, Syarikat Funtom, selepas kematian ibu bapanya. Syarikat tersebut mengusahakan permainan dan gula-gula.
- Pada mata kanannya terdapat satu tanda Pentacle yang serupa dengan tanda pada tangan kiri Sebastian.
- Menyeru Sebastian semasa dia terlibat dengan satu ritual pengorbanan. Dia telah menjadi hamba dalam ritual tersebut. Selepas menyeru Sebastian, dia memerintah Sebastian untuk membunuh semua orang dalam bilik tersebut.
- Semasa menjadi hamba ritual tersebut, terdapat satu tanda yang dibakar pada badannya. Tanda tersebut menyebabkan dia fobia dengan sesiapa sahaja yang menyentuhnya. 
- Sudah bertunang dengan sepupunya sendiri, Elizabeth.

Watak-watak utama lain, klik sini


Ciel bersama orang-orang gaji di rumahnya
Dari kiri : May-Rin, Finian, Baldroy, Sebastian dan Tanaka


Watak-watak penting dalam Kuroshitsuji
Dari kanan : Lau dan Ranmao, Madam Red dan Grelle Sutcliffe, Sebastian dan Ciel, Putera Soma dan Agni, Tanaka, Finian, Baldroy dan Mey-Rin


Cover DVD Kuroshitsuji

Figura - Kawaii!!!

P/S : Lagu Opening Kuroshitsuji sangat best!!! Monochrome no Kiss dari band SID...Sentiasa ulang lagu ni je sekarang ni...dam tak sabar nak tengok anime Kuroshitsuji season 2^^

1 doa buatku makin comel:

muiz ilusinasi said...

huhu btapa teringin nya ku nk tgk citer ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...