Alhamdulillah, hari ni masih diberi kesempatan untuk "up"kan entri ini. Yezza!
Pada tanggal 4 Jun 2011, Blogger Perak telah mengadakan Gathering Blogger di Teluk Batik. Gath kali ini memang berlainan berbanding gath sebelum ini iaitu lebih berbentuk outdoor. Jadi macam-macam aktiviti dapat dibuat. Antaranya :
BBQ Ayam. Nyummy!
Ayam telah diperap oleh Fiza
Ruzz plak dengan sambal ikan bilisnya
Sedap wooo...
Mandi-manda
Aku tak join sebab tak bawa baju lebih. Waaa
Sambut Birthday Girl, Nisa^^
Saat tangan dia menggeletar suap Penyu
Saat ini kami semua ketawa lihat tangan Nisa terlalu shaking
Macam pengantin la korang ni.
Suka sangat-sangat gambar ni!
Photoshoot FREE!
Sorang-sorang dapat photoshoot free, manalah nak dapat kat tempat lain kan?
Info sempena Gath 4 Jun :
- Bangun awal sebab nak masak Gulai Taucu dan nasi 2 periuk
- Tiba lewat 11.30 pagi di lokasi kerana sesat 10 minit di Teluk Batik (macam mana boleh sesat, dah duk Manjung 17 tahun. Nampak sangat jarang keluar rumah)
- Sengaja ajak Nisa sembang ke pantai atas sebab arahan Penyu dan Ruzz. Suprise for birthday girl!
- Dapat main aci kejar dengan Muna. Betul tak Muna? Hehe^^
- Berjumpa dengan orang misteri. Menakutkan! @_@
- Gathering paling meriah yang pernah dianjurkan. Terima kasih kepada semua yang hadir!
Rugi sangat-sangat kepada yang tidak join hari tu. Macam-macam kenangan dapat dirakamkan. InsyaAllah, pada masa akan datang, kita jumpa lagi ye^^