Showing posts with label merepek-repek. Show all posts
Showing posts with label merepek-repek. Show all posts

Mira Dikhianati Cintanya. Fairuz Dilemma Antara Dua. Suzy Yang Dambakan Cinta.


“ Abang sayangkan Mira tak?”
“ Mestilah sayang. Mira kan cinta hati Abang.”
“ Jangan duakan Mira tau. Kalau Mira dapat tahu Abang duakan Mira, naya Mira kerjakan Abang”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

4 bulan selepas itu.

“Awak, perut saya akan makin membesar. Janganlah lari macam ini! Bertanggung jawab atas apa yang awak lakukan.”

Fairuz buntu. Rungsing dia memikirkan Suzy yang telah mengandung. Hasil hubungan mereka berdua.  Bagi Suzy, anak itu hasil cinta mereka berdua.

“Gugurkan sahaja anak itu. Entah-entah bukan anak aku. Kau mesti ada buat dengan lelaki lain kan?”

Terkejut akan hal itu, Suzy menangis sekuat hatinya. Hatinya luluh bagaikan kaca yang berderai seribu.

“Apa?? Inilah cinta kita berdua, awk. Takkan nak gugurkan begitu sahaja.”

“Kau gila! Cinta konon. Aku hanya cintakan Mira. Mira lebih baik dari kau. Aku takkan bertanggungjawab akan perut kau tu.  Anak kau, kau jagalah sendiri!”

“Sanggup awak! Kenapa Mira, bukan saya?“

“Mira lebih cantik dan tak bodoh macam kau. Dia tak bodoh untuk serahkan badan secara percuma kat mana-mana jantan.”

Suzy tekad untuk berjumpa dengan Mira. Geram! Mengapa dia masih tidah dipilih Fairuz walaupun sudah mengandungkan anaknya. Kenapa semuanya Mira?  Mira itu, Mira ini. Miralah yang terbaik. Miralah yang tercantik. Miralah yang paling indah.

“Arrggghhh, persetankan itu semua. Mira bukannya cantik mana pun. Setakat berbaju kurung je. Aku yang seksi ini, Fairuz langsung tak pandang?  Apa kurangnya aku? Aku berkulit putih gebu, badan berbentuk gitar, wajah seiras Fasha Sandha. Aku akan rampas Fairuz dari Mira. ”

Suzy telah mencintai Fairuz dalam diam sejak tahun pertama universiti lagi. Malangnya, Fairuz hanya memandang Mira. Suzy cuba sedaya upaya memikat Fairuz sehinggalah Fairuz jatuh ke dalam pelukkannya. Fairuz tergoda akan kasih sayang Suzy yang tak pernah diberi oleh Mira. Fairuz ketagih, melihat indahnya badan wanita melalui Suzy. Ternyata, imannya amat lemah ketika bersama Suzy.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Kau jangan dekati Fairuz lagi. Fairuz hak aku. Hak milik kekal aku.”

“Tapi, kenapa Suzy? Sanggup kau khianati persahabatan kita. Aku tahu kau bukan begini orangnya. Kau baik. Fairuz juga takkan khianati cinta aku. Dia sudah berjanji takkan pernah menduakan aku”

Sedu-sedan kedengaran. Air mata Mira mengalir. Sebak yang ditahan, akhirnya lepas jua.

“Aku hanya rapat dengan kau kerana aku inginkan Fairuz. Aku cintakan Fairuz sejak mula lagi. Dan aku tahu, Fairuz juga sangat mencintai aku. Hasil percintaan kami ada dalam perut aku. Dan perut ini akan membesar tidak lama lagi. HAHAHA”

“Aku tak percaya!”


“Tak percaya jugak? Bodohnya kau. Aku ada buktinya. Video ini Fairuz yang rakam.  Tak sangka aku, Fairuz ini memang hebat di ranjang. Kau lihatlah badannya yang sasa. Mira, kan aku dah cakap. Fairuz takkan pandang perempuan macam kau ini. Cinta? Dia hanya dahagakan cinta dari aku.

Mira kaku. Lemah tak berdaya. Hatinya telah timbul satu dendam. Dia takkan biarkan Fairuz dan Suzy bahagia. Takkan sesekali hubungan cinta mereka berjaya. 


Bersambung....

P/S : Saspen tak? 

Pabila Ibu Kucing Memeluk Anak Kucing Dengan Eratnya


Comel kan? Agaknyalah semua binatang menunjukkan kasih sayang macam ni jugak kan? Cuma kita je tak tahu.

Ibu kita pun macam ni jugak, menjaga kita dari kecil hinggalah besar. Tak pernah kenal erti penat, sakit. Ibu sayangkan kita sangat-sangat. Tapi kenapa anak muda zaman sekarang mudah sangat bencikan ibu? Hati ibu juga sensitif seperti hati kalian. Aku juga tak faham kenapa anak muda zaman sekarang memberontak, seperti tiada keadilan di dunia ni? Pelik tapi benar.

Kalau tak dibelikan motor, mahu je nak lari dari rumah. Kemudian, ibu juga yang bersusah payah mencari kita semula. Minta pulang ke rumah dengan segera. Anak pula dengan egonya tak mahu pulang. Kononnya boleh hidup berdikari, dapat mencari duit tanpa bantuan sesiapa pun. Akhirnya, ibu juga yang kecewa dan menangis.

Aku juga tidak terkecuali. Pernah rasakan yang ibu ini tidak adil. Kenapa ibu tidak memberi kita peluang untuk berjaya. Tapi nasihat ibu mengatasi segalanya. Ibu tahu yang terbaik buat kita. Ibu kenal kita sejak kecil lagi. 

Kawan-kawan, hargailah ibu kita sementara mereka masih ada. 

P/S : Masih menonton video ni sehingga menitis air mata...

Aku Rindukan Game Battle Realms~


Balik je dari sekolah, aku terus terjah komputer. Tangan menggigil-gigil nak berlawan dengan clan Dragon, Serpent, dan Wolf. Semestinya aku adalah clan Lotus. Clan kegemaran aku. Bagi aku, walaupun mereka pelik, tapi kuasa mereka sangat hebat. Bina kampung sehingga teguh dan kuat. Bina askar yang kuat-kuat supaya dapat pertahankan kampung tersebut. Dan semestinya askar-askar clan Lotus di"train" sehingga ke tahap tertinggi, iaitu Zymeth. Bagaikan satu kepuasan untuk aku mengalahkan semua clan. Aku berjaya pertahankan kampung aku daripada musnah. Sudah menjadi satu tabiat untuk aku bermain game ni sebelum membuat kerja sekolah, ketagih punya pasal.


Battle Realms, game RPG pertama yang aku kenal 6 tahun lepas. Game ini, aku kenal semasa aku di Tingkatan 4. Sebelum ni, aku hanya kenal game Doom, game menembak hantu sampai aku nak muntah sebab pening dengan jalan. Aku juga kenal dengan game Need For Speed Underground yang pelbagai siri. Best! Sebab dapat memandu kereta dengan laju tanpa saman. Cara ini sangat halal. Tak perlu berlumba haram di jalan raya. 

Kampung Clan Lotus

Yup, aku akui, aku bukanlah kaki gamers seperti kawan-kawan lelaki aku. Masa zaman sekolah, game seperti Ragnarok Online sememangnya menjadi perbualan hangat di kalangan kawan-kawan lelaki aku. Aku terdiam, geram. Kerana tak dapat bermain game itu. Tak ada sesiapa yang nak ajar aku. 

Sekarang, dah macam-macam game yang aku kenal. DOTA salah satunya. Malangnya game ni, aku tak reti jugak sebab tiada sesiapa yang ajar aku. Ada sesiapa boleh tolong tak? Aku juga perlukan installer game DOTA ni. Aku nak tahu kenapa ramai yang main game ni. Ketagih untuk mengetahui segalanya. 

Teringat lagi quote kegemaran aku dalam game Battle Realms. Fast like Fire! Ni quote dari Alchemist, clan Dragon. Selalu tergelak bila Alchemist cakap ni bila berhadapan dengan musuh. 

P/S : Masih mencari game Battle Realms walaupun tak ada keluarannya sekarang. Aku terlampau merindui game ini.

Muka Aku Setelah Dirasuk Photoshop

Setelah blur beberapa hari, aku telah mendapat idea untuk memanipulasikan muka aku yang sedia tak cantik kepada lebih cantik + ganas. Dengan menggunakan Photoshop CS3, aku berjaya memanipulasikan gambar aku yang serba tak lawa ni kepada muka yang sangat2 lawa

Gambar asal^^

Aku touch pipi bagi lagi gebu 5 inci, mata pakai contact lens, pakai shawl ala2 Hana Tajima, kasi blusher sana sini. Bibir juga tidak dilupakan, lip gloss lebih berkilau dari biasa.
.
.
.
.
.
.
.
HENSHIN!!!
.
.
.
.

Gambar selepas! 
Hahaha, macam mana? Cun kan?
Aku rasa lebih lawa dari biasa
Aku yakin, lepas aku mekap macam ni gerenti + warantty takkan ada sesiapa yang berani nak kacau aku dah^^


P/S : Jangan pula tak tidur malam sebab teringatkan aku. Aku tahu korang rindukan gambar aku, sebab tu tak mahu tidur kan? Hik Hik Hik

Makhluk Berbulu Paling Comel Di Dunia!

Bangun pagi, berharap hari ni adalah hari yang ceria berbanding semalam. Lepas selesai semua kerja rumah, aku terus mengadap PC kesayangan. Macam biasa, aku takkan bersarapan pagi sebab takut sakit perut. Dah biasa macam ni sejak sekolah lagi. Kalau sarapan, gerenti + warantty akan selalu g ke tandas. Ntah apa2 perut ni. Mengada-ngada tak tentu pasal. Haha.

Ok2, mari jadikan hari ni lebih ceria dengan tayangan video Makhluk Berbulu Paling Comel Di Dunia iaitu Maru The Cat! Gerenti + Warantty korang akan terpana + terpaku + rasa geram dengan kecomelan kucing ni. Enjoy^^


Amacam? Dah ceria semua? Dah senyum? Aku suka masa Maru masuk berlari masuk kotak tu. Dahlah tembam2. KAWAIIII!!

Credit this video to Mr Delirium^^

P/S : Berusaha untuk menghabiskan menonton Bakemonogatari yang sangat memboringkan.

Kenapa Aku Tak Suka Menonton Sinetron Indonesia?


Pelik tak kalau aku cakap yang aku tak pernah nak tonton sinetron yang ditayangkan di tv? Ok, maksud aku adalah, aku tak pernah nak mengikuti mana2 sinetron walaupun telah dipropaganda oleh kawan2 yang sinetron itu ini best. Bohonglah aku tak pernah tonton 1, 2 episod. Aku pernah, tapi pada pandangan aku, sinetron ini serupa walaupun jalan ceritanya berbeza. Aku lebih sanggup menonton drama Melayu.

Kenapa aku tak suka yek? Ini antara sebab musababnya :

Suka ZOOM Muka Pelakon Dekat2
It's really annoying + menyampah bila menonton. Bukan kejap, lama plak tu. Weh, aku bosan setiap drama macam ni. Nampak tak aku sengaja Caps Lock perkataan ZOOM. Geram giler! Weh, aku tahu sangat2 pelakon tu menunjukkan muka jahat atau baik sangat2. Tak perlulah sampai zoom muka tu dekat2. Macamlah aku tak nampak reaksi muka mereka tu. Kalau yang jahat tu, berkerut-kerut dahi, hidung nak tunjukkan dia puas hati nak kenakan si baik. Dan sangat2 tahu, muka pelakon dari seberang ni cun + gorjes + muka licin. Tak payahlah nak cemburukan aku.

Cerita yang Tidak Berkesudahan
Kalau boleh, nak buat cerita sampai pelakon2 tu mati. Fuh, 400 episod tu sememangnya buat aku termuntah. Kenapalah tak habis2 lagi ceritanya? OK, aku faham, sebab nak ceritakan hidup mereka ni penuh dengan cabaran, berliku, dugaan yang bagai nak rak. Eh, come on lah! Aku hairan sungguh cerita yang panjang macam ni boleh laku tahap gaban di Indonesia. Lain kali buatlah sampai 1000 episod, mampu tak? (Aku lebih rela tengok anime yang beratus-ratus episod macam Bleach, One Piece)

Jalan Cerita Yang Sangat2 Cliche
Mak hero tak suka kat heroin walaupun heroin ni lawa + cun + baik giler. Keluarga heroin yang serba daif, kemiskinan. Menunjukkan kehidupan yang serba mencabar, banyak rintangan. Rupa2nya heroin ni anak kepada orang kaya. Jejak kasih ayah dan ibu kandung. Alamak, ada pula kisah silam kenapa anak ni dibuang jauh2. Ada pula hero jahat, heroin jahat menganggu hubungan cinta hero dan heroin tadi. Cuba pisahkan mereka berdua. Weh, sangat cliche ok!

Darah Yang Macam Cili Sos Tak Masak
Mesti ada scene kemalangan atau tumbuk-menumbuk dalam mana2 sinetron kan? Kalau berdarah tu, aku tengok macam bukan darah betul. Aku yakin penonton pun mahukan nampak sesuatu yang lebih real kan? Aku nampak macam pepejal sirap jagung berwarna merah, itu yang dikatakan darah? Warna pun warna merah darah, ala2 pink sikit gitu. #erkkk

Hero Yang Hensem dan Heroin Yang Cantik Giler
Kalau boleh nak tayang, yang rakyat Indonesia ni semuanya cantik2, putih2, ala2 Mat Saleh gitu. Well, korang perlu tahu, yang mereka ni sebetulnya banyak mix dengan Belanda, sebab tu putih2, cun2 belaka. Padahal aku rasa, rakyat Malaysia lagi cun dan hensem berbanding mereka. Kalau yang berlakon sebagai hero, heroin memang ditempek bedak bagi nampak cerah giler2. (Seyes, lelaki yang terlalu putih macam jambu plak rasanya. Tambah lighting nak bagai nak rak, sengaja menampakkan keputihan kulit mereka) Kalau berlakon sebagai orang jahat, mesti muka hodoh giler2, dengan kulit yang sawo matang atau gelap. Ini dah dismikrasi (betul ke entah aku eja) warna kulit. Rasanya, pelakon Malaysia yang tak cantik atau tak hensem pun boleh jadi watak utama, betul tak?

Tak Reti Berlakonlah Mereka Ni
Kalau tengok mereka ni menangis, jangan mudah tersentuhlah. Menangis tak keluar air mata. Itu dikatakan hebat? Tengok heroin yang asyik menangis sampai tak ada keluar air mata dah. Nampak sangat tipu! Meraung je lebih. Menjiwai watak? Oh tidak mungkin, tak nampak pun. Makin aku gelak lagi adalah tengok mereka ni.

Jalan Cerita yang Sungguh Tidak Logik
Bayangkan, selepas hero mati, timbul hero baru muka sama dengan hero yang mati. Perangai sama. Nama je lain. Sungguh tak logik. Ha! Lagi satu, kalau lepas kena culik, masa nak lepaskan diri tu, kalau boleh ditimpa kemalangan lagi. Contohnya, jatuh sampai kaki bengkak berdarah, tak boleh bangun, lepas tu ditangkap penculik balik. Penculik pun bodoh, tak reti nak jaga tahanan tu betul2. Tali diikat longgar je. Kalau cerita yang berunsurkan keagamaan pun sama. Kadang kala boleh jadi tahyul plak. Penuh kekarutan.

Alamak, aku dah ter"over" plak kan. Minta maaf la wahai peminat sinetron Indonesia. Ini memang sekadar luahan hati aku. Aku lebih prefer drama Melayu, Anime, Omputih, Hong Kong, Jepun atau Korea. Jalan cerita lebih simple, tak berat, mudah difahami.

P/S : Banyak lagi kot aku nak taip. Tapi makin panjang pula entri ni, makin malas plak orang nak baca kan?

Lalat Yang Berseni!

















Kreatif betul photographer ni...
Yang aku faham, lalat ni semestinya dan mati...LOL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...