Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Lailatul Qadar : Tanda Malam Lailatulqadar


Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatul Qadar.


Lailatul Qadar : Doa Khusus di Malam Lailatul Qadar



Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut :

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku"

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatul Qadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Amin~

Lailatul Qadar : Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar


Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Kalau suka, tekan LIKE!


Lailatul Qadar : Sebab Turun Surah al-Qadr



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab Turun Surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kalau suka, tekan LIKE!

Alamak, Aku Memang Gemar Makan Sosej Pulut Ni! Tak Sangka Ada Gelatin Babi!

#Kenapa aku buat tajuk yang panjang? Mungkin sebab terlalu terkejut kot.



Bahaya! Bahaya! Bahaya! Tak sangka sosej pulut yang menjadi kegemaran aku semasa belajar kat Poli dulu telah disahkan HARAM oleh Jakim kerana mengandungi DNA babi. Oh tidakkkk!


ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini dan Perlis supaya menghentikan sementara pembelian sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual secara meluas termasuk di gerai tepi jalan dan pasar malam di kedua-dua negeri berkenaan.Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, lebih wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya akan jatuh kepada haram.

Perkara itu selaras dengan keputusan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis mengenai sosej ayam dicampur dengan pulut, selain produk kepingan ayam tanpa jenama, dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru, Perlis disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi
Justeru, katanya, Jakim akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kemasukan secara berleluasa produk sejuk beku dari Thailand dipercayai secara haram yang diragui status halalnya.

“Mengikut maklumat daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran termasuk untuk perhatian Bahagian Hab Halal Jakim.


“Justeru, kita menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini termasuk tidak mengetahui kandungan produk diambil dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya termasuk di bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam. 
Semalam akhbar ini melaporkan, sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan, di sini, dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi DNA babi.

Apa yang patut aku buat sekarang? Aku buntu. Takkan nak muntahkan semua yang pernah aku makan dahulu. Menakutkanlah berita ni. Tolong aku, aku dah cuak giler ni. Selama aku makan, memang aku tak tahu pun yang sosej pulut ni mengandungi DNA babi. Menangis dah ni....

Anda Kategori Blogger Mana?


Aku pun tak tahu aku ni kategori blogger yang mana satu
Mungkinkah Anime Blogger? Atau Art & Design Blogger?

P/S : Korang plak kategori yang mana satu?

Kenapa Cermin Mata Lebih Baik Daripada Kanta Lekap?


Aku selalu ditanya soalan seperti :

Orang akan pandang nasty je bila pakai spek ni.
Ala, biasalah tu.

Susah tengok orang yang pakai spek ni, bila nak makan makanan yang panas, automatik cermin mata akan berkabus.
Gosok je cermin mata ni, habis cerita

Awak cantik kalau tak pakai cermin mata.
Sebab tu, aku pakai cermin mata. Tak nak orang tertarik dengan mata aku. (Uweekkk, orang lain nak termuntah dengan jawapan ni. Kih kih kih)


Sejujurnya, aku amat menyukai cermin mata. Aku tak pernah kesal sejak diberitahu semasa darjah 6 yang aku perlukan cermin mata kerana aku rabun. Aku rasa cermin mata ini telah menjadi salah satu personaliti aku. Ia membolehkan orang lain ingat tentang aku. Aku tahu orang akan kenal aku melalui cermin mata. Contohnya, "Ko kenal tak Dyana? Ala yang pakai spek mata bingkai hitam?". Lihat? Dari situ, orang boleh ingat tentang aku.

Ini antara sebab yang aku rasa cermin mata lebih baik berbanding kanta lekap.

1.  Walaupun aku dah biasa memakai kanta lekap, kadang kala aku agak ngeri nak memakainya. Agak leceh.
2.  Cermin mata sangat senang untuk dipakai.
3.  Anda akan kelihatan 5 kali ganda SMART bila memakai cermin mata. (Bergantung pada bentuk muka dan bentuk cermin mata)
4.  Boleh melindung mata yang bengkak dan sembap akibat kurang tidur. Orang pun tak nampak eye bag yang besar tu kan?
5.  Muka nampak lebih matang kalau tak pakai cermin mata. (Ni hanya pendapat aku)
6.  Anda boleh menanggalkan cermin mata untuk tujuan mengorat. (Aku pernah buat tau, dan ianya berjaya)
7.  Anda nampak lebih NERD dan INNOCENT!

Kadang kala, aku akui, cermin mata ini menyebabkan penglihatan lebih terhad kerana bingkai cermin mata yang menghalang pemandangan. Nak bersukan pun payah. Tudung pula akan lebih kembang kalau pakai cermin mata. Nampak pelik lagi kalau nak gandingkan cermin mata dan selendang. Masing-masing ada pro dan kontranya.

Apa pula pendapat korang?

FAKER oh FAKER~



Pernah dulu hangat dengan isu Cik Anon (Cik yang tidak mahu dikenali) dalam blogger. Kini, ada pula timbul isu FAKER! Faker ialah insan yang mencuri identiti orang lain dan berlakon menjadi identiti tersebut. Dengan erti kata lain Faker adalah PALSU.

Contohnya seperti entri ini :


Nampak tak? Jelas sekali mereka cuba menjadi femes dengan menjadi orang lain, bukanlah menjadi diri sendiri. Ternyata, mereka menipu orang lain termasuklah diri mereka sendiri. Kenapa perlu menjadi Faker?

Ada juga blogger lain yang menghadapi masalah ini. Dan kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah blogger wanita. Aku juga rasa sedih kerana mereka menyalah gunakan gambar, profail dan juga cerita dalam blog tersebut. Ada juga orang yang tak faham tentang erti saling menghormati antara satu sama lain. Respect each other! 

Janganlah menggunakan gambar seseorang untuk menutup kesalahan kamu, itu salah! Tujuan kamu menggunakan gambar dia sudah menjadi salah. Maki hamun orang lain dengan menggunakan gambar orang terkenal dan dia yang mendapat nama yang busuk. Kamu telah memalukan dia. Mahukan orang menggunakan gambar kamu sesuka hati, maki hamun dan kemudian orang lain mengutuk balik kamu dan gambar kamu? Sudah tentu ia sangat menyedihkan, bukan? Aku sedih melihat seorang blogger yang juga merasa tempias keadaan ini, Fatin Suhana.

Kalau benar-benar tak suka menggunakan gambar sendiri, gunalah gambar kartun sebagai pengganti diri. Banyak koleksi gambar yang cantik-cantik, kenapa tidak menggunakan gambar itu? Tak ada pun orang nak marah.

Blogger wanita, beware of your photos. Mungkin suatu hari, tanpa kita duga, ada yang buat Facebook dengan menggunakan gambar kita. Elakkan meletakkan banyak gambar anda dalam Blog mahupun Facebook. Jangan terlalu banyak mendedahkan aktiviti kita dalam Blog. Senang sangat orang nak eksploitasikan diri kita sekarang ini. Kemudahan semuanya di hujung jari. Sekali kita post kenyataan dalam Facebook atau Blog, selamanya akan berada dalam internet. Ingat tu.

P/S : Harap-harap, aku tak ada Faker untuk curi dan sebar gambar-gambar dalam blog aku dengan kenyataan yang bukan-bukan. Nasib baik juga, aku tak cantik mana. Fuhhh~

Japanese Animation Ranking : 6 hingga 12 Jun

Tangga ke-10

Animated O-saru no George (Curious George)
Stesen TV : NHK - E
Waktu : 8.35 pagi - 11 Jun 2011
Rating : 4.7


Tangga ke-9

Toriko
Stesen TV : Fuji TV
Waktu : 9.00 pagi - 12 Jun 2011
Rating : 5.5

Tangga ke-8

Pocket Monster : Best Wishes!
Stesen TV : TV Tokyo
Waktu : 7.00 malam - 9 Jun 2011
Rating : 5.5

Tangga ke-7

Suite Precure
Stesen TV : TV Asahi
Waktu : 8.30 pagi - 12 Jun 2011
Rating : 6.1

Tangga ke-6

Detective Conan
Stesen TV : NTV 
Waktu : 6.00 petang - 11 Jun 2011
Rating : 8.8

Tangga ke-5

One Piece
Stesen TV : Fuji TV
Waktu : 9.30 pagi - 12 Jun 2011
Rating : 9.0

Tangga ke-4

Crayon Shin-Chan
Stesen TV : TV Asahi
Waktu : 7.30 malam - 10 Jun 2011
Rating : 11.3

Tangga ke-3

Doraemon
Stesen TV : TV Asahi
Waktu : 7.00 malam - 10 Jun 2011
Rating : 11.7

Tangga ke-2

Chibi Maruko-Chan
Stesen TV : Fuji TV
Waktu : 6.00 petang - 12 Jun 2011
Rating : 12.3

Tangga ke-1

Sazae-san
Stesen TV : Fuji TV
Waktu : 6.30 petang - 12 Jun 2011
Rating : 20.0

Apa pendapat korang? Bagi aku, mungkin disebabkan faktor masa dan genre anime itu sendiri. Waktu keluarga tengah bersantai. Genre anime pun bukan PG-13 atau 18SG. Sesuai dengan tontonan umum.

Karnival ICT Perak Bersama Upin Ipin di Stadium Indera Mulia, Ipoh!



Alhamdulillah, dapat juga aku ke Stadium Indera Mulia setelah selesai masalah di kampung. Kecemasan telah terjadi. Hurm, apa-apa pun kawanku telah roger, suruh datang ke Karnival Upin Ipin ni cepat sebab dah ramai orang. Aku pun dengan kelam kabutnya menuju ke destinasi. Setelah sampai, aku lihat tempat parking masih banyak lagi. Ceh, kawan aku tipu rupanya. 


Apa-apa pun, sila lihat gambar di bawah. Tak larat nak cerita sebenarnya. Sebab hari ini aku terlalu penat. Macam-macam perkara perlu diuruskan.


Adik aku bergambar dengan si kecil molek, pelakon suara Upin Ipin, Asyiela Putri

Ha! Dari kiri, pelakon suara Mail, Ehsan dan Ijat

Ini semasa nak masuk ke Rumah Opah versi sebenar
Memang ramai sangat-sangat
Sampai kami perlu beratur

Ini versi dalam animasi Upin Ipin

Ini versi sebenar!
Sampai sudah kami di Rumah Opah
Ramai manusia kat sini, traffic jam berlaku!

Inilah rupa Rumah Opah dari tepi
Boleh dikatakan memang serupa dalam animasi Upin Ipin
Comey je rumahnya!

Makan time!!
Aku tengah on call, tak dapat fokus kat kamera
Makanan depan mata, tak dipedulikan
Padahal, masa ni sangat-sangat lapar

Lihat! Ramai yang berkunjung ke sini!
Bukan kanak-kanak je yang hadir, orang dewasa pun ada

Di tempat jualan cenderahati
Banyak pilihan dengan harga yang amat berpatutan

Inilah Kak Ros. Sempat jugak jumpa sebelum balik

Ini yang aku copy dari Kelab Upin Ipin

Buat pertama kalinya Karnival Upin & Ipin bakal berkunjung ke negeri Perak. Karnival Upin & Ipin yang disatukan bersama Karnival ICT Perak di bawah penganjuran K-Perak bakal menggegarkan warga Ipoh pada 3 hingga 5 Jun 2011 di Stadium Indera Mulia.

Seronok tau kawan-kawan. Nak tahu kenapa? Salah satu sebabnya ialah kawan-kawan boleh melihat rumah Opahyang sebenar di karnival ni. Rumah Opah bersaiz sebenar ni lengkap dengan ruang tamu, bilik Upin & Ipin, dapur, bilik Opah dan juga Kak Ros. Bolehlah kawan-kawan lihat apa yang ada dibilik-bilik ni nanti. Manalah tahu boleh jumpa dengan Opah. Ha, seronokkan?

Selain itu, keunikkan karnival ini ialah persembahan Multimedia mengenai Upin & Ipin di angkasa lepas. Klip animasi ini belum pernah ditayang dimana-mana lagi dan eksklusifnya dihasilkan untuk karnival ini saja. Kawan-kawan bakal menyaksikan animasi ini di dalam inflatable dome terbesar. Wah, canggihkan? Nampakpun karnival ICT, mestilah canggih.

Bukan itu saja yang menarik. “Perarakan Animasi” yang penuh warna warni juga bakal dianjurkan secara besar-besaran yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Ipoh. Peserta akan berarak dengan berpakaian seperti watak di dalam siri Upin & Ipin mengikut pelbagai tema yang disediakan.

Macam-macam lagi acara menarik yang telah diatur. Jadi, kawan-kawan jangan lupa nak ajak emak dan ayah datang sekali nanti tau. 



Kawan-kawan, jomlah meriahkan Karnival ICT Perak dan Upin Ipin ni!

Semakan Keputusan Program Ijazah Sarjana Muda USM


Pengumuman kepada sesiapa yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa), anda boleh membuat semakan di https://pohon.usm.my/.

Semakan keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) Sidang Akademik 2011/2012 boleh dibuat mulai 10 Jun 2011, jam 12.00 tengah hari

Sumber dari https://pohon.usm.my/




P/S : Kawan-kawan, doakan aku dapat sambung belajar ye?

Kenali Stop Motion, Salah Satu Cara Membuat Animasi!

Kenal animasi Wallace & Gromit? Chicken Run? Caroline? Ha, mesti tertanya-tanya, macam mana cara pembikinan animasi seperti ini? Walaupun nampak senang, sebenarnya agak sukar untuk membuatnya. Bukan senang nak hasilkan animasi (masih ada yang menganggap animasi itu sebenarnya bidang yang sangat mudah, terutama mak cik-mak cik aku. Haha).

Stop Motion merupakan satu teknik animasi yang dihasilkan melalui pergerakan satu persatu. Sama ada secara 2D atau 3D dengan penggunaan tanah liat atau objek2 lain. Kebiasaanya dengan menggunakan kamera digital atau imej-imej yang saling bercantum dan menyebabkan pergerakan terhasil. Nampak senang? Rumit sebenarnya, tapi masih boleh dilakukan di rumah. Yang penting korang kreatif, korang dapat buat seperti kawan kita ni :

Menarik kan?
Mood yang digunakan juga cun sangat-sangat, rasa jiwang sebentar


Ni 3D Animation
Cun kan? Cume kualiti video je kureng sikit^^

P/S : Aku pernah membuat stop motion masa belajar dulu, tapi tak berjaya. Aku akui masih banyak yang aku lemah dalam bidang animasi ini. Berusaha!

Rahsia Solat (Rahsia 13)



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang :
        Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
        Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
        Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -  Fatihah :
        Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 -  Ruqu' :
        Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -  I'tidal :
        Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 -  Sujud :
        Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -  Duduk antara 2 Sujud :
        Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -  Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
        Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
        Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
        Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
        Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
        Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain

Project Harapan//Hope Comic Fiesta

Projek Harapan//Hope adalah artbook yang berinspirasikan dari manga2 dan bertujuan untuk mengumpul dana untuk bencana yang berlaku di Jepun. Projek ini masih lagi berlangsung di Facebook Comic Fiesta. Bagi sesiapa yang mempunyai bakat dalam melukis, anda bolehlah menyumbang ke dalam projek istimewa ini. 

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh klik di sini : Facebook Comic Fiesta

Antara artwork yang dipaparkan adalah :






Guys, lets pray for Japan. I wish everyone in Japan to stay strong and positive. Everything will be fine. Love you, Japan! I love everything about you! Please stay strong!!

Lalat Yang Berseni!

















Kreatif betul photographer ni...
Yang aku faham, lalat ni semestinya dan mati...LOL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...