About Me

Cuba teka aku yang mana satu?^^

Salam perkenalan semua...

Nordiyana binti Khairudin nama diberi. Akan bertambah tua setiap 23 Januari. Anak Perak yang bakal bermastautin di Pulau Pinang kerana sambung belajar. Akan menjadi sebahagian mahasiswa Universiti Sains Malaysia. Bekas graduan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam kursus Media Digital (Seni Digital).

Selalu mendapat A dalam subjek Matematik dan D dalam subjek Pendidikan Seni. Boleh dikatakan sangat bencikan subjek Pendidikan Seni masa sekolah dulu. Tapi, apakan daya, sudah rezeki dalam bidang animasi + grafik + video. Alhamdulillah. Akan teruskan bidang ini kerana minat yang mendalam.

Sangat sukakan anime! Tak pernah berlekang dengan minat ini sejak Tingkatan 4. Kerana minat ini juga, aku mengambil kursus Media Digital (Seni Digital) di peringkat Diploma. Agak mencabar sebenarnya.

Suka sangat warna ungu, putih dan hitam. Sebab itulah blog ini berwarna sedemikian.

Terbitnya blog ini kerana sokongan kawan. Kawan kata, aku patut kongsikan minat aku tentang anime bersama yang lain. Mungkin akan dapat lebih banyak info-info menarik tentang anime. Ya, memang betul katanya, melalui blog, aku dapat berjumpa ramai kawan yang minat anime. 

Akhir kata, bagi yang follow blog ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Bagi yang singgah ke sini, terima kasih juga...


7 doa buatku makin comel:

Anonymous said...

leh x cntct sye...0164702312...sye pmpn jgn rsau...ni utk idup o mati....plz sgt2 cntct sye....

Anonymous said...

xpyh la nk mngata org klo x tau asl usul...

Pisyek K said...

apahal dengan 2 anon kat atas ni? tak paham aku. zzzzzzz.

hi, saya pisyek :P

Rika Xandera said...

Sugoiiiii!!! Found another anime freak! ;)
yoroshiku nee!

Halusinasi said...

Pisyek : tu kawan awk jugak tu...

Rika : yeah! yoroshiku onegaishimasu^^

Ania said...

hi nice blog...
Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

Unknown said...

name saye fakhri asyraf...saye pn minat anime..yoroshiku ne..senpai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...