Review Anime : Fullmetal Alchemist Brotherhood


Nak tahu tak? Dah lama aku mengidam nak tonton anime ni dari tahun lepas lagi. Akhirnya, dapat juga menonton anime ni. Macam dah tertunai hajat yang selama ini terpendam. Merata-rata aku bertanya kawan-kawan aku, manalah nak dapat anime ni. Tambahan pula sekarang, laman web banyak dah kena sekat menyebabkan aku makin malas nak muat turun anime sekarang. Jom kita baca info tentang Fullmetal Alchemist : Brotherhood.


Fullmetal Alchemist : Brotherhood
Genre : adventure, komedi, drama, fantasi, misteri, psychological
Episod : 64 episod
Tarikh tayangan : 5 April 2009 - 4 Julai 2010
Movie : Fullmetal Alchemist The Movie : The Sacred Star of Milos


Sinopsis
2 adik beradik. Edward dan Alphonse Elric kehilangan ibu mereka,Trisha kerana penyakit yang tidak boleh diubati. Dengan kuasa alkimia, mereka melanggar pantang dengan menghidupkan ibu mereka semula. Proses tersebut gagalm dan sebagai tolnya kerana melanggar pantang itu, Edward kehilangan kaki kirinya manakala Alphonse kehilangan seluruh badan. Untuk menyelamatkan Alphonse, Edward mengorbankan tangan kanannya dan meletakkan roh Alphonse pada 1 sut baju perisai. Dengan pertolongan keluarga Rockbell, Edward menerima tangan besi baru (automail). Akibat kejadian itu, Edward berjanji akan mencari Philosopher's Stone untuk mengembalikan badan Alphonse yang hilang. Kerana kegigihan dia belajar ilmu alkimia, dia dianugerahkan Alkimia Negeri (State Alchemy), iaitu seseorang yang menggunakan alkimia untuk tentera.


Review
Excellent! Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ni. Jalan cerita memang yang terbaik dan kompleks. Penuh dengan debaran, aksi dan ada psikologi. Sangat berbeza dengan siri yang sebelum ini. Hanya ada persamaan pada permulaan cerita. Banyak juga watak yang ditambah untuk anime ni. Bak kata kawan aku, siri ini mengikut jalan cerita dalam komik. Jadi, ramai peminat komik yang lebih puas hati bila melihat persamaan jalan cerita tersebut.

Yang penting, ada happy ending! Tak seperti siri pertama, perlu menonton movie untuk melihat pengakhiran cerita. Memang berbaloi-baloi untuk ditonton. Dan aku lebih suka anime ini berbanding siri yang sebelum ini. Nak tahu apa pengakhiran anime ni? Kenalah tonton anime ini!


Soundtrack
1.   Again - YUI (OP1)
2.   Hologram - NICO Touches the Walls (OP2)
3.   Golden Time Lover - Sukima Switch (OP3)
4.   Period - Chemistry (OP4)
5.   Rain - SID (OP5)
6.   Uso - SID (ED1)
7.   Let It Out - Miho Fukuhara - (ED2)
8.   Tsunai Da Te - Lil' B (ED3)
9.   Shunkan Sentimental - SCANDAL (ED4)
10. RAY OF LIGHT - Shoko Nakagawa (ED5)

Dalam banyak-banyak lagu dalam anime ni, lagu ini yang paling best!
Shunkan Sentimental - SCANDAL

A lesson without pain is meaningless. 
That's because you cannot gain something without sacrificing something else in return.
But, once you've withstood the pain and overcome it,
you will gain a heart that is stronger than everything else.
Yes, A Fullmetal heart.
- Edward Elric -

P/S : Aku menonton anime ni dalam masa 6 hari. Lega bila dapat tengok Alphonse dapat badan dia semula. Dan masa episod 63-64, aku asyik menangis je. Menghayati la katakan. Hehe...

15 doa buatku makin comel:

kaizen said...

nak tgk!!!!!

CikHaniBhulat said...

auw...katun dia seksi..bulan posa xley tgk ni...kurang pahala nanti .. =)

Halusinasi said...

kaizen : haaa, cepat2lah rembat dr kawan^^

Hani : haha, tak seksi pun...

touya said...

Yang nie memang ikut versi Manga . Siyes memang best . Dari versi asal yang sangat membosankan.

Dah tengok banyak kali dan akan ulang tengok lagi .

Kalau nak download , download dekat anime-access. Tapi berbayar lah.

Halusinasi said...

anime ni aku takkan teragak-agak lagi untuk ulang tayang. memang best!

eh, aku pun donload kat anime-access gak...samalah kita

Fahmi Mahat said...

anime access bayar bulan ke tahun, touya + yana? :)

Halusinasi said...

tak byr pun...free je..cume kna daftar

touyakaruma said...

Aik ! Aku kena bayar bulanan sekitar RM20 ?????

Halusinasi said...

ha? apasal aku free je? ke peraturan dh lain sekarang?

maksud ko laman web ni kan?
www.anime-access.com

Kei Seichi said...

ade movie yang tu ey?tau yg conquerer of shambala je...tak boleh jadi ni..kena cari ni..hehe

saiazuan said...

FMA ni memang one of the best.. tp One piece still the best.. hehe

Halusinasi said...

movie ni baru je release 11 Julai lepas, kalau tak silap la...

KiD said...

aku tak tengok lagi siri yang pertama.panjang sangat.tapi tau cite ni best.

Halusinasi said...

siri yg pertama rasanya 51 episod...
siri ni lg panjang...best sgt2..kalau nak ulang pun mesti tak jemunya...

nurul syafikah bakar said...

memang best anime ni...endingnya pun happy...tapi sy prefer op again-yui...sedap didengar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...