Alhamdulillah, Aku Dah Jumpa Bakal Suamiku! Sangat Segak + Kacak!


Wahai suamiku,

Dah sampai rupanya kamu ke sini. Akhirnya! Kamu telah menempuh jalan yang panjang untuk bertemu denganku. Aku tak sangka akan bertemu denganmu ketika ini. Aku berjanji akan menjagamu baik-baik. Menjaga makan minummu. Tidak sesekali aku kecewakan kamu. Aku akan semaikan rasa cintaku hanya untukmu seorang. Percayalah kepadaku wahai suamiku. Tidak sesekali aku akan curang padamu dan beralih kepada yang lain. 

Yang sentiasa mendambakanmu,  
Dyana^^



Orang Ramai : Cik Dyana! Cepatlah berterus terang, tak sabar nak tahu bakal suami Cik Dyana ni! 
Cik Dyana : Yeee, nak bagitahu la ni. Harap anda semua bersabar. 
Orang Ramai : Ala, dah tak sabar dah ni! Cepatlah!
Cik Dyana : Inilah dia!
Orang Ramai : =_="...Apakah? Siapakah?

Inilah rupa bakal suamiku. Namanya sangatlah panjang, G-Pen F350 3"x5" Ultra Slim Portable Tablet. Nak sebut satu persatu pun aku blur. 
Inilah rupa dia. Segak + Kacak kan?
Pertama kali aku guna memang kalut sikit, tak biasa lagi lah katakan.
Adik aku pun lagi pandai guna, dan inilah hasil kerja adikku dalam Paint

Sungguh berseni kan?
Ha! Yang perkataan "dyana" tu, aku yg buat, testing je tu
Kreatifnya adik ni^^

Walaupun hanya menggunakan selama sejam, aku sangat berpuas hati dengan aplikasinya. Aku nak dekatkan diri aku semula kepada Photoshop, Flash dan Illustrator. Aku ingin kembali seperti dulu yang sangat2 teruja dengan mereka. Aku akan berusaha! Ganbattedayo!

Credit to Fahmi Mahat sebab belikan aku tablet dan pen ni. Fahmi Mahat yang tolong review tablet ni. Terharu! Aku amat2 menghargainya. Suka sangat2! 

P/S : Esok ada gathering Blogger Perak sekali lagi. Tapi kali ni di Ipoh Parade. Sama2 kita meriahkannya!

7 doa buatku makin comel:

Pisyek said...

Pergh, macam wacom siot! sangat kewl~

ni jeles lebih nih. :P

Entri terkini: Selamat Tinggal Friendster!

Pisyek said...

lupe nak cakap,

FIRST!!!! xD

Halusinasi said...

Pisyek, anda mampu memilikinya...hanya RM199^^

++***hana zaty**++ said...

suspenssssssssss!!! hehe

Halusinasi said...

haha...alahai, kak Hana ni...

Fahmi Mahat said...

UNTUNGLAAAA~ hehe...

so happy bila baca entri nih... glad u liked it miss~

FahmiMahat

Halusinasi said...

hehe...terima kasih banyak^^...

Untunggllaaa^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...