# Sebelum itu, sila baca ini, Azam Tahun Baru dan Ada Tak Rindukan Aku.
Pada pukul 8.10 pagi, aku dan Syu sampai di Pusat Pengajian Seni, USM. Bila sampai je, tengok dah ramai beratur. Rasa sesak nafas kejap, memang ramai sangat2! Kira-kira 500 manusia yang ada di sana (termasuk mak ayah,adik beradik dan kaum kerabat yang menghantar anaknya). Dalam celah2 keramaian orang, terpandang seseorang yang amat aku kenali. Afnan!! Kawan sepengajian semasa aku di Politeknik dulu. Hoho, semakin smart + kacak kau yek. Tergoda aku kejap. Hehe.
Setelah mendaftar, aku menunggu untuk dipanggil. Dahlah dimasukkan dalam kumpulan ketiga. Ramai sangat-sangat yang mendaftar temuduga kursus yang sama - Grafik Komunikasi. Rasanya pukul 10.30 pagi baru kumpulan ketiga dipanggil dibawa ke dewan besar. Di situlah kami menghadapi ujian melukis. Melukis objek-objek di hadapan mata kami dalam masa 20 minit. Yang aku nampak hanya pasu yang ada pokok, kerusi kayu, kain yang sengaja di renyukkan, bongkah-bongkah besar dan benda bulat yang tak dapat dikenalpasti identitinya. Berbekal semangat yang ada, aku melukis dengan penuh semangat. Kerana lukisan ini juga menentukan masa depanku.
Kemudian, kami dibawa ke bilik yang lebih kecil. Kami menunggu di kaki lima dengan penuh kesabaran. Untuk menghilangkan boring, aku bersembang dengan gadis-gadis comel di situ. Ada yang datang jauh dari Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu. Kebanyakkan daripadanya adalah lepasan STPM. Aku sekali lagi terasa yang aku sangat-sangat tua di situ. Maklumlah, aku sudah 21 tahun, mereka semua pula 20 tahun. Terasa kakak plak.
Setelah nama dipanggil, aku bersama 4 calon yang lain masuk ke dalam bilik. Perasaan gementar + lapar + penat berdiri menguasai diri. Alamak, kami perlu cakap dalam bahasa Inggeris. Aku bertambah gementar. Setelah memperkenalkan diri, kami diajukan soalan seperti siapakah pereka grafik terkenal di Malaysia. Aku tak sempat pun nak menjawab. Artwork yang diletakkan di atas meja, tidak diendahkan. Artwork yang telah di''copy'' dalam laptop pun tak sempat aku "present"kan. Kami disuruh keluar. Seolah-olah tidak diberi peluang untuk menunjukkan hasil kerja kami yang terdahulu. Aku dengan perasaan tak puas hati, menyabarkan hati ni..
Kemudian aku menghadapi temuduga yang kedua untuk kursus Rekabentuk & Teknologi Media Baru. Dalam temuduga ini barulah aku dapat menonjolkan diri aku yang sebenar. Aku mempersembahkan hasil kerja aku dengan penuh keyakinan. Aku berpeluang untuk menyatakan yang aku sangat-sangat serius untuk menyambung pengajian dalam bidang ini. Alhamdulillah, temuduga kedua ini berjalan dengan lancar.
Setelah habis temuduga itu, aku segera ke hostel Syu untuk bersiap sedia balik ke Perak. Wa, tak sanggup rasanya berpisah dengan Syu sekali lagi. Setelah keluar dari bilik Syu, aku menangis. 2 hari bukannya cukup untuk aku dan dia bersembang panjang. Waaa, rindukan dia sangat2 selama ni.
P/S : Syu, harap2 kita dapat jumpa lagi tau. Kalau Dyana ada peluang belajar kat USM, kita boleh keluar sama2, sembang panjang sama2, buat aktiviti sama. Terima kasih banyak2 sebab bagi Dyana tumpang bilik Syu. Syu, Yana dan Fiqa dah banyak tolong Dyana sepanjang Dyana ada kat USM. Terima kasih banyak2. Teringat kenangan masa zaman sekolah dulu. Kita duduk sebelah je kan? (Aku dah start menangis ni...Waaa)
P/S : Entri kali ni tak ada gambar. Maaf...=_="
14 doa buatku makin comel:
yang iteviu first tu, bebanyak sabar ye yana :)
semoga berjaya yer..nangis jer, jangan tahan...^^,
jumpe lg ye Syu...miss yaa~~
Penyu : kalau tak ada rezeki untuk sambung belajar tu, redha jela...
Zack : terima kasih Zack^^ menang tengah mengais ni^^
Mr Delirium : missing her so much^^
all the best untuk apepun yang terjadikk.. kita layan jekkk =)
yang sapotif,
FahmiMahat
hehe...layan jek^^
redha dgn apa jua keputusannya nanti..^^
Insya-Allah dpt tu...
doa2 la dapat kursus yang awak nak ye...^_^
dyana..Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget!
ape2 pn, u did it well mse interview tu..truskn berdoa..(^_^)
insyaAllah ada la tu rezeki nanti okeyy
;)
Kaizen : amin~
Kei Seichi : amin~^^
Syu : thankz a lot Syu^^ really appreciate it..^^
syakey : amin~ moga2 dapat sambung belajar di sana nanti^^
ada tak usm suruh bawa portfolio (CD / Pendrive)??? saya tak berapa faham lah dengan portfolio tersebut
yup, ada dik..bw je apa2 artwork yg ada..kalau ada lukisan, video, gambar, bw je semua..
portfolio tu macam mana?
dapat course sama jugak....
Post a Comment