Semestinya, azam aku pada tahun ni nak masuk Universiti untuk peringkat ijazah! Aku dah apply ijazah sambung belajar di UiTM sesi Disember lepas, malangnya, aku tak dapat. Cemburu juga melihat kawan2 lain dapat sambung belajar. Ish2, tak baik cemburu2 ni...Aku redha, aku terima seadanya. Mungkin kali ni bukanlah rezeki aku untuk sambung belajar di sana. Mungkin rezeki aku di tempat lain. Berfikiran positif, yeah!
Alhamdulillah, aku juga baru mendapat Transkrip rasmi dan Sijil Diploma daripada Politeknik. Rasa gembira tak terkira bila dapat. Ada jugak bukti untuk menunjukkan aku ni dah habis belajar. Boleh gak nak guna untuk buat permohonan sambung belajar nanti. Rasa tak sabar plak...
Aku dah target nak apply Universiti yang aku nak sangat2 masuk. Semestinya UPSI! Aku nak sangat2 jadi cikgu atau pensyarah. Inilah cita2 aku dari kecil lagi. Dan aku pun nak apply masuk USM. Teringin gak nak masuk USM. Sekolah pernah buat rombongan ke USM masa form 5 dulu. Cantik tempatnya! Relax dan tenang kalau nak belajar. Maklumlah, universiti dalam taman. Aku dahlah suka menikmati pemandangan indah2 ni. Sejak hari tu, aku tanamkan cita2 nak masuk USM.
Kawan2! Doakan aku berjaya mendapat tempat ye!
1 doa buatku makin comel:
visit my blog
http://aazzrruull.blogspot.com
Post a Comment