Impian 2011

Target aku pada tahun ni sikit je. Yang penting aku berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkannya

Pertama,
Aku nak masuk Universiti
Aku nak sambung pengajian dalam bidang Multimedia untuk peringkat ijazah
Impian aku ni sangat2 penting, aku nak berjaya macam kawan2 aku gak

Kedua,
 
 Aku nak pakai braces
Masih mengumpul duit nak buat gigi keluli besi
Walaupun mungkin mengalami kesengsaraan pada peringkat permulaan, aku teringin nak memiliki gigi yang cantik
Bukan untuk membanggakan diri, aku hanya nak memperelokkan gigi yang sedia tunggang langgang ni

Ketiga,
 
 Aku nak external Hardisk 1TB
Aku tak dapat jumpa lg kedai komputer di Manjung ni yang menjual HD 1TB
Setakat ni kalau nak beli semuanya kat Low Yatt
Ntah bila aku nak pergi Low Yatt memborong barang PC ni
Maklumlah, seorang pemuat turun anime memerlukan HD untuk menyimpan semua animenya...Hehehe

Keempat,
 
 Aku nak ada iPhone 4
Cemburu tengok kawan luar negara aku memakainya
Canggih! Terpaku aku bila dapat memegangnya
Target aku, hujung tahun ni aku mesti memilikinya (perasaan teruja!)
Dahla 16 GB, kalaulah aku dapat memilikinya sekarang...

Ni antara impian aku tahun 2011
Aku akan berusaha untuk mendapatkannya
Ganbattedayooo!

0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...