Kenapa Cermin Mata Lebih Baik Daripada Kanta Lekap?
Aku selalu ditanya soalan seperti :
Orang akan pandang nasty je bila pakai spek ni.
Ala, biasalah tu.
Susah tengok orang yang pakai spek ni, bila nak makan makanan yang panas, automatik cermin mata akan berkabus.
Gosok je cermin mata ni, habis cerita
Awak cantik kalau tak pakai cermin mata.
Sebab tu, aku pakai cermin mata. Tak nak orang tertarik dengan mata aku. (Uweekkk, orang lain nak termuntah dengan jawapan ni. Kih kih kih)
Sejujurnya, aku amat menyukai cermin mata. Aku tak pernah kesal sejak diberitahu semasa darjah 6 yang aku perlukan cermin mata kerana aku rabun. Aku rasa cermin mata ini telah menjadi salah satu personaliti aku. Ia membolehkan orang lain ingat tentang aku. Aku tahu orang akan kenal aku melalui cermin mata. Contohnya, "Ko kenal tak Dyana? Ala yang pakai spek mata bingkai hitam?". Lihat? Dari situ, orang boleh ingat tentang aku.
Ini antara sebab yang aku rasa cermin mata lebih baik berbanding kanta lekap.
1. Walaupun aku dah biasa memakai kanta lekap, kadang kala aku agak ngeri nak memakainya. Agak leceh.
2. Cermin mata sangat senang untuk dipakai.
3. Anda akan kelihatan 5 kali ganda SMART bila memakai cermin mata. (Bergantung pada bentuk muka dan bentuk cermin mata)
4. Boleh melindung mata yang bengkak dan sembap akibat kurang tidur. Orang pun tak nampak eye bag yang besar tu kan?
5. Muka nampak lebih matang kalau tak pakai cermin mata. (Ni hanya pendapat aku)
6. Anda boleh menanggalkan cermin mata untuk tujuan mengorat. (Aku pernah buat tau, dan ianya berjaya)
7. Anda nampak lebih NERD dan INNOCENT!
Kadang kala, aku akui, cermin mata ini menyebabkan penglihatan lebih terhad kerana bingkai cermin mata yang menghalang pemandangan. Nak bersukan pun payah. Tudung pula akan lebih kembang kalau pakai cermin mata. Nampak pelik lagi kalau nak gandingkan cermin mata dan selendang. Masing-masing ada pro dan kontranya.
Apa pula pendapat korang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 doa buatku makin comel:
heehehe...
*eye bag comel perr...
suka dgn eye bag sy ke?
zana selalu jugak pakai lense ,. tapi bile keluar berjalan jaoh or hangout ngn membe ,. kadang malas jugak nak pakai ,. leceh pun ad :D
moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)
http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/bentuk-badan.html
suka gurl pakai spek...hehe...
nombor 3 tu boleh dipakai
bukan just nampak smart, nampak bergaya
and ikut mood seseorang jugak
nk swimming lg susah -_-"
Syazana : sangat betul..pakai lens agak leceh...
Kei : haha...sgt fhm^^...lebih cute kan?
Adam : yup2, nmpak lebih bergaya kepada lelaki...jatuh cinta dengan lelaki pakai spek^^
Ishiko : masa berenang tak nmpak apa2 dh...hehe
Post a Comment