Saya Hadiahkan Pen Kat Cikgu Boleh?


Masa aku sekolah rendah dulu, bila tiba Hari Guru je, mesti aku terlibat dalam persembahan kelas. Menarilah, menyanyi koirlah, semua aku pernah buat. Bila imbas kembali kenangan tu, aku rasa aku nak lalui semua saat itu semula.

Masa tiba Hari Guru, mestilah terasa membuak-buak, nak bagi hadiah kat cikgu. Aku tanya kat Mak, apakah hadiah terbaik untuk beli kat cikgu? Mak kata, berilah pen. Kenapa pen, Mak? Kawan-kawan lain bagi hadiah mahal-mahal. Ada yang hadiahkan cikgu bunga, ada yang hadiahkan cikgu perhiasan kaca yang mahal, ada juga yang beli hadiah yang tak mungkin aku mampu, kerana terlalu mahal. Boleh dikatakan, ada yang beli hadiah yang sama untuk setiap cikgu yang mengajar kami. Aku buntu, kenapa pen? Kenapa bukan bunga atau perhiasan yang mahal?

Mak kata, kalau dihadiahkan bunga, bunga akan layu. Kalau dihadiahkan barang perhiasan kaca, dikhuatiri hanya akan menjadi perhiasan di almari sahaja. Aku terdiam, masih tak mengerti. Kenapa mesti pen? Mak berkata lagi, pen adalah barang wajib yang ada pada setiap guru. Walaupun murah, tapi masih dibawa ke mana-mana sahaja cikgu pergi. Aku mulai fahami sedikit maksud kata-kata mak.

Maka, aku beli pen sebanyak 10 batang. Hanya 70 sen untuk 1 batang pen. Sangat murah. Balut dengan kertas putih A4 sahaja. Dan aku hadiahkan pada semua cikgu yang mengajar aku pada Hari Guru tersebut.

Pada keesokkan harinya, cikgu masuk ke kelas. Mengajar kami dengan penuh keceriaan. Seperti tidak kenal erti penat. Apabila cikgu berhenti mengajar menyuruh kami membuat kerja sekolah, aku melihat cikgu menulis pada Buku Rekod Kedatangan Pelajar menggunakan pen yang aku hadiahkan semalam. Aku asyik merenung cikgu, cikgu kemudian senyum padaku sambil menunjukkan pen yang aku hadiahkan. Aku senyum kegembiraan. Betul kata mak, hadiahkan cikgu pen adalah lebih baik berbanding barang lain. Terima kasih mak^^


P/S : Hari ini adalah Hari Guru. Selamat Hari Guru untuk semua pendidik, tak kiralah di mana anda berada, jasa anda sentiasa dikenang. Tanpa guru, siapalah kami pada hari ini. Khas untuk emak, Puan Noriha bt Yaacob, guru Sejarah Tingkatan 4 (2005), Bahasa Melayu (2006), terima kasih banyak-banyak atas segala tunjuk ajar.^^

6 doa buatku makin comel:

Kei Seichi said...

jangan bagi cikgu pen merah...nanti die tanda pangkah kat kerja rumah awak...hehe.. =P
touching gile story...

Halusinasi said...

hehe..bagi pen biru je^^

Sca Ndx said...

tgk dia pakai. macam pemberian kita dihargaikan. heheh

Halusinasi said...

yup..terasa dihargai sgt2^^

Fahmi Mahat said...

Hari Guru disambut tiap haridalam doa selepas solat~? :)

Fahmimahat

Halusinasi said...

sebab mak jugak cikgu, jd memang sentiasa berdoa selepas solat^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...