Review Anime : Tegami Bachi

Minat anime genre aksi dan penuh adventure? Aku rekemenkan korang tengok anime Tegami Bachi atau dikenali juga sebagai Letter Bee. Anime ini sangat-sangat berbaloi untuk ditonton. Tak rugi lorh!


Tegami Bachi (Letter Bee)
Genre : Adventure, Supernatural
Episod : 25 episod
Tarikh Siaran : 3 Oktober 2009 - 27 Mac 2010

Review
Aku dapat tahu anime ni dari Gempak. Ternyata, anime ni memang segempak apa yang dibualkan. Memang hebat. Jalan ceritanya yang lain dari yang lain. Alam Tegami Bachi adalah alam yang unik, tak pernah difikirkan. Anime ni boleh buatkan aku asyik menangis tengok nasib Lag. Bayangkan hidup dalam serba susah dari kecil hingga besar. Kepayahan untuk mencari semula ibunya dan Gauche pasti membuatkan korang bertambah terharu. Yang pasti, penggemar anime genre adventure dan aksi pasti sukakan anime ni. Aku bagi 4.5 bintang untuk anime ni.


Sinopsis
Setelah ditinggalkan oleh ibunya, si anak yatim, Lag Seeing dihantar sebagai "surat" oleh Gauche Suede ke bandar kecil di mana ibu saudaranya akan menjaganya. Kerana terlalu kagumkan Gauche, Lag bercita-cita ingin menjadi Bee. Bee adalah pekerjaan seperti posmen yang menghantar surat ke destinasi tertentu tetapi melalui laluan berbahaya. Apabila Lag berumur 12 tahun, dia ke Yuusari untuk mengambil ujian sebagai pelatih Bee. Dalam perjalanan ke sana, dia bertemu dengan Niche, gadis berkuasa, dan menjadi "dingo"nya. Dalam masa yang sama, Lag juga berusaha mengetahui mengapa ibunya menghantarnya kepada ibu saudaranya

Watak-watak


Lag Seeing 
Seiyuu : Miyuki Sawahiro (Pernah memegang watak Celty Sturluson dalam anime Durarara!!!)
- Anak yatim piatu. Tinggal bersama ibunya sebelum ibunya hilang secara misteri. Kemudian dihantar ke rumah ibu saudaranya, Lag membesar di sana sehingga berumur 12 tahun
- Bercita-cita untuk menjadi Bee setelah kagum dengan Gauche
- Masuk ujian untuk menjadi Bee ketika berumur 12 tahun dan lulus ujian itu dengan cemerlang
- Mempunyai "dingo" bernama Niche. Punyai senjata dipanggil Shindanjuu.
- Mudah menangis seperti budak kecik
- Mata kirinya berwarna merah, diperbuat daripada red spirit amber

Niche
Seiyuu : Ayumi Fujimura (Pernah memegang watak Haruka Ozawa dalam anime Psychic Detective Yakumo)
- Makhluk berupa budak perempuan berumur 7 tahun.
- Mempunyai rambut yang boleh memotong apa sahaja. Sangat tajam
- Berperanan sebagai peneman dan bodyguard kepada Lag. Terutama ketika berhadapan dengan Gaichuu
- Kadang kala sangat degil. Tapi sangat patuh dengan arahan dari Lag

Gauche Suede
Seiyuu : Jun Fukuyama (Pernah memegang watak Lelouch Lamperouge dalam anime Code Geass)
- Seorang Bee yang sangat hebat dan dihormati
- Menjumpai Lag dan menghantar Lag (sebagai surat) ke rumah ibu saudaranya
- Bercita-cita untuk menjadi "Head Bee", jawatan tertinggi dalam Tegami Bachi
- Punyai seorang adik perempuan bernama Sylvette. Akan tetapi, kaki adiknya lumpuh. Dia berazam kuat untuk mengumpul duit untuk menyembuhkan kaki adiknya
- Hilang secara misteri selepas membuat penghantaran

Terminologi
1.  Tegami Bachi (Letter Bee) - penghantar barang ke destinasi tertentu. Akan tetapi melalui perjalanan yang bahaya kerana selalu diserang Gaichuu
2.  Dingo (Partner) - peneman juga bodyguard kepada Tegami Bachi. Mempunyai keupayaan tertentu untuk menolong melawan Gaichuu
3.  Bee Hive - Ibu pejabat di mana servis penghantaran barang tempat Bee bekerja
4.  Gaichuu - Binatang raksasa yang berkeluli menyerang Bee untuk mendapatkan "hati" pada semua surat tersebut


Soundtrack
1.  Hajimari no Hi - Suga Shikao ft Mummy-D (OP1)
2.  Hatenaki Michi - HIMEKA (ED1)
3.  Love Letter no Kawari ni Konoshi Wo - Seira (OP2)
4.  Hikari no Kioku - Angelo (ED2)

P/S : Apa pendapat korang tentang anime ni?

4 doa buatku makin comel:

Penyu said...

yana !!! kaler lain dah blog. comel ~~~

Halusinasi said...

blog yang mana satu tu? hehe

Penyu said...

haik? canne tadi bukak kaler pink. ni dah cam asal dah. konfius lakkk. hahaha

Halusinasi said...

hehe..tetiba konfius plak dia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...