Konvokesyen Ke-5 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin - Akhirnya Aku Jadi Graduan Setelah Setahun Tamat Pengajian

8 Mei 2011 - Raptai Konvokesyen

Bertolak dari rumah pada pukul 3.30 pagi. Adik-adik dan Opah tak dapat ikut serta kerana keadaan tidak mengizinkan. Sekarang waktu peperiksaan di sekolah, adikku Lia ditugaskan untuk menjaga adik-adikku yang masih bersekolah. Aku sangat mengantuk tapi masih gagahkan diri juga untuk bergerak ke Ulu Pauh, Perlis. Sampai di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pukul 7.30 pagi. Agak cuak tak dapat nak tiba awal. Maklumlah, pensyarah sudah berpesan dengan tiba seawal 8.00 pagi.

Bermulalah episod suka, aku dengan muka selamba + ceria, menegur kawan2 yang tiba awal pada hari tu. Tiba sahaja di Bilik Kuliah, kami perlu mengambil jubah yang telah disediakan. Kemudian kami dikumpulkan di Dewan Kuliah Utama. Diasingkan mengikut kursus. Dan paling akhir sudah tentulah pelajar jabatan aku, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.


Muka adik glamour hari ni. Masuk dalam 2 gambar. Hehe
Ni masa lepas ambik jubah
Menunggu masa untuk masuk Dewan Kuliah Utama

Ok, ini adalah Dewan Kuliah Utama
Hanya muat 450 orang sahaja
Bayangkan yang datang hampir 1000 orang, sangat sempit jadinya
Kat sini kami mendengar taklimat
Kemudian kami diasingkan mengikut kursus

Masa ni tinggal geng kami dengan kursus lain
Geng kami ni bukannya ramai pun
Campur 2 batch, dalam lingkungan 50 orang je
Kami dibezakan dengan Sidang Pagi (Pointer 3.5 ke atas) dan Sidang Petang (Pointer 3.5 ke bawah)

Lepas dengar taklimat di Dewan Kuliah Utama, kami bergerak ke Dewan Besar, Dewan Harumanis namanya
Dahla aku sidang pagi, kena ikut protokol
Sebab mengadap Raja Perlis
Agak susah jugak nak praktis cara-cara ambil skrol dari Raja Perlis

Selesai sahaja raptai, dalam lingkungan pukul 2 petang, aku dan keluarga terus bergerak ke Kangar. Check in di Hotel Sri Garden, Kangar. Mimi (Bestfriend aku) juga ada bersama. Dia tinggal di hotel yang sama. Atas sebab kepenatan, aku terlelap sehingga pukul 7 malam. Malam itu, aku makan dengan penuh berselera disebabkan tidak makan petang. Bayangkan perut aku dipenuhi dengan :

Chicken Chop + Ayam KFC 2 ketul + Coleslaw  KFC + Nasi Ayam Daging Merah + Air Pepsi 

Banyak kan yang aku makan? Tidur pun penuh dengan kekenyangan. Tak sabar nak hadapi hari esok.


9 Mei 2011 - Hari Konvokesyen PTSS!

7.40 pagi. Sampai di PTSS, aku bergegas ke Dewan Kuliah Utama. Menunggu untuk masuk ke Dewan Harumanis. Di sini kami disusun mengikut kursus. Seperti biasa, jabatan aku la yang terakhir sekali. Hanya 9 graduan dari jabatan aku dapat Sidang pagi (Termasuk aku). Dengan jantung yang berdebar-debar, melangkah masuk ke dewan. Menunggu ketibaan Raja Perlis, mendengar ucapan dari Pengarah PTSS dan Raja Perlis. Tiba pula giliran graduan untuk naik ke pentas. Aku berdebar-debar tapi terlalu gembira. Senyum je memanjang.

Setelah tamat majlis itu, kami semua bergambar di luar Dewan Harumanis.

Bersama mak dan abah^^

Lihatlah, kami sudah jadi graduan!

Inilah Mimi
My bestfriend, My roomate

Ini Ching, kaki anime
Selalu bercerita tentang anime dengan dia ni la
Sangat hebat dalam Flash, Ilustrator dan Photoshop

Ini Halim Hadi, Graduan Cemerlang Kategori Diploma
Pelajar Sistem Rangkaian
Bangga dapat kawan macam dia
Takot aku nak bergambar dengan dia, sebab dia sudah berpunya
#Larikk

Ini Adik @ Si Merahati
Seperti Ching, dia ni sangat hebat dalam Flash, Photoshop dan Illustrator
Aku hanya jadi kak Long dia je^^

Lihatlah keceriaan kami semua setelah bergelar graduan^^

Kemudian, keluarga aku, keluarga Adik dan Mimi bergerak ke Kuala Perlis untuk makan tengah hari. Kemudian kami kembali ke PTSS untuk pulangkan jubah. Rasa sebak menyelubungi diri kerana kami berpisah. Ntah bila akan jumpa lagi. InsyaAllah ada rezeki pasti jumpa lagi. Selamat tinggal PTSS, selamat tinggal Perlis.


P/S : Sedih kerana tidak dapat kumpul bersama kawan-kawan yang lain. Ada yang tidak hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
P/S/S : Merindui semua kenangan belajar dahulu. Walaupun ada yang pahit, tapi sangat indah bila dikenangkan...

10 doa buatku makin comel:

HazHand said...

wah!! sries best kot!! grrr,nk jugak!

Penyu said...

cunnye yana dalam jubah konvo.
saya rase cam cinta la kat awak.
awak cinta saya tak?

bhahaha.. just kiding.
selamat bergelar graduan rasmi yana !!!

Halusinasi said...

HazHand : setahun je lagi kan? bersabarlah yek^^

Penyu : ish2, tersentap jantung bila baca..haha, terima kasih Penyu^^

kaizen said...

tahniah dah bergelar graduan...

Halusinasi said...

terima kasih kaizen^^

Kei Seichi said...

waa..cograts...nanti giliran saya pulak...ntah bile ntah..taun ni kot...hehe...
cantiknye die.....punye bunga..haha =P

Halusinasi said...

Kei : terima kasih...apa2 pun ni bunga pemberian Mak..mestilah cantik^^

-Faridz- said...

cumel nye dyana ;)

Muhamad Afiq Zulkefley said...

waaa x smpat jumpe.. aku sesi petang sbb aku baghal sket.. hahahahahaha

Halusinasi said...

tula...rindu kat semua!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...