Aku Terlambat Nak Review Nur Kasih The Movie
Jumaat lepas, aku tonton filem Nur Kasih The Movie dengan adik-adik dan emak. Tak sangka, ramai yang datang menonton sehingga panggung wayang pada hari tu adalah FULL HOUSE. Tahniah! Kerana filem ini banyak menarik minat peminat drama Nur Kasih ke panggung wayang. Sememangnya, yang ramai menonton adalah pasangan bercinta, mak cik-mak cik dan ada juga yang hadir dengan keluarga.
Rasanya aku ulang tonton drama Nur Kasih dalam lebih 5 kali kot. Antara drama best yang pernah aku tonton. Aku akui aku banyak menangis semasa menonton drama ini. Tapi, bagaimanakah pula dengan filemnya? Dapat memberi impak yang sama seperti dramanya?
Komen Positif :
- Sinematografi yang cantik dan kemas. Pemandangan sangat indah terutamanya di Jordan. Aku kagum!
- Pakaian mereka, menggambarkan mood mereka pada masa itu. Warna juga memainkan peranan. Kalau sedih, gelaplah warnanya.
- Plot yang tak buat aku menguap dan mengantuk. Sentiasa ternanti-nanti babak seterusnya
- Emosi pelakon dapat disampaikan kepada penonton. Sebab penonton pun turut menangis ketika menonton
- Suka melihat watak mereka menjadi tua. Dramatik di situ
- Tarikan Mia Sara dan Ilyas. Mereka berdua pun pandai menjiwai watak masing-masing. Apatah lagi, mereka ini sangat comel!
- Banyak menggunakan teknik imbas kembali dan maksud tersirat. Masih lagi kemas. Aku suka sebab membuatkan penonton terfikir apa yang terjadi.
Komen Negatif :
- CGI yang tak cantik terutamanya masa babak keretapi meletup. Badan orang yang terbakar pun nampak kelakar
- Ada kalanya jalan ceritanya over. Seperti sengaja nak menambah perencah pada filem itu
Aku ingat, aku tak nak menangis bila nak tonton. Tak sangka, aku rasa aku banyak menangis terutamanya babak Aidil terasa kehilangan Alia, babak emak Adam melihat Adam sakit, babak Nur Amina yang nyanyuk dan tua. Terharu melihat Aidil masih jaga Nur Amina walaupun dia sudah nyanyuk. Waaa, nak tisu, aku dah banyak menangis ni.
P/S : Ingin menjadi watak Nur Amina dalam filem itu. Tapi bukan Nur Amina dalam realiti. Aku masih berusaha menjadi sebaik dia^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 doa buatku makin comel:
nyanyukkkk...ohhhhh...
insyaAllah anda leh jd cm nur amina ;)
rabunmerah : alamak, dh bg spoiler...
Faridz : amin~ moga2 begitulah...
Post a Comment