Aku Rindukan Game Battle Realms~


Balik je dari sekolah, aku terus terjah komputer. Tangan menggigil-gigil nak berlawan dengan clan Dragon, Serpent, dan Wolf. Semestinya aku adalah clan Lotus. Clan kegemaran aku. Bagi aku, walaupun mereka pelik, tapi kuasa mereka sangat hebat. Bina kampung sehingga teguh dan kuat. Bina askar yang kuat-kuat supaya dapat pertahankan kampung tersebut. Dan semestinya askar-askar clan Lotus di"train" sehingga ke tahap tertinggi, iaitu Zymeth. Bagaikan satu kepuasan untuk aku mengalahkan semua clan. Aku berjaya pertahankan kampung aku daripada musnah. Sudah menjadi satu tabiat untuk aku bermain game ni sebelum membuat kerja sekolah, ketagih punya pasal.


Battle Realms, game RPG pertama yang aku kenal 6 tahun lepas. Game ini, aku kenal semasa aku di Tingkatan 4. Sebelum ni, aku hanya kenal game Doom, game menembak hantu sampai aku nak muntah sebab pening dengan jalan. Aku juga kenal dengan game Need For Speed Underground yang pelbagai siri. Best! Sebab dapat memandu kereta dengan laju tanpa saman. Cara ini sangat halal. Tak perlu berlumba haram di jalan raya. 

Kampung Clan Lotus

Yup, aku akui, aku bukanlah kaki gamers seperti kawan-kawan lelaki aku. Masa zaman sekolah, game seperti Ragnarok Online sememangnya menjadi perbualan hangat di kalangan kawan-kawan lelaki aku. Aku terdiam, geram. Kerana tak dapat bermain game itu. Tak ada sesiapa yang nak ajar aku. 

Sekarang, dah macam-macam game yang aku kenal. DOTA salah satunya. Malangnya game ni, aku tak reti jugak sebab tiada sesiapa yang ajar aku. Ada sesiapa boleh tolong tak? Aku juga perlukan installer game DOTA ni. Aku nak tahu kenapa ramai yang main game ni. Ketagih untuk mengetahui segalanya. 

Teringat lagi quote kegemaran aku dalam game Battle Realms. Fast like Fire! Ni quote dari Alchemist, clan Dragon. Selalu tergelak bila Alchemist cakap ni bila berhadapan dengan musuh. 

P/S : Masih mencari game Battle Realms walaupun tak ada keluarannya sekarang. Aku terlampau merindui game ini.

12 doa buatku makin comel:

MagikaKotak said...

i miss ragnarok. :(

HazHand said...

hahahhaa,hoit! ktagih game jugk eh die nh!!hahaha
yana lain dr yg lain laa!! haha

Unknown said...

hahhaha kite geng!!! memang best!! den ske pkai smurai je.. XP seme samurai ngn bom gemok tu (errrr.. lupenamanya)
hahahaha

jom men DOTA jom :P

eh2.. asenye hng leh download je game battel realms tu kat tenet.. sonang je nk cari :)

Halusinasi said...

KotakMagika : Tak pernah main game tu smpai sekarang...

HazHand : lain dr yang lain? maksudnya?

Broazqar : haha, clan Dragon kan? ha, tolong ajar Dota. Dulu pernah main Dota tapi asyik kalah je. Belajar sendiri je. Tak reti pun...waaa

kaizen said...

need 4 speed the best!!!!

*x reti men game2 strategik2 nih....men game direct jer....street fighter...NFS....

Halusinasi said...

kaizen : yup! memang best giler2^^

Muhamad Afiq Zulkefley said...

huh tu diaaa... hahaha
nak main game boleh diyana, tp mcm aku ckp dulu.. PC tu kena bagi up sket..

best oo sbb skang tgh bnyk game kuar

FEAR3, NFS Hot Pursuit 2010, NFS The RUn 2011, SHIFT2, Call Of Duty Modern WRFRE 3, strategi ttp Warcraft 3 n DOta,

tp skang aku tgh main STARCRAFT 2 Wings Of Liberty. Da 2 kali khatam tp still lagi main game tyuh sbb jalan cerita leh twst kt tgh2 game.. hehehehe

Link Battle Realms + Expansion
http://forum.esoft.in/games/172597-battle-realms-winter-wolf-expansion.html

or

http://www.vietuploaders.com/games/50244-battle-realms-pceng2002.html

or

search kt google battle ralms download

Halusinasi said...

Bob : dengan nada terharu, aku menangis sebab ko sudi bg link kat aku main game ni. Waa, aku tahu pc aku ni mcm2 ada. Kena up pun perlukan duit jugak. Graphic card, aku tak beli lagi...huhuhu

Anonymous said...

cam best je battle realm tu..huhu
dota BEST!!

Halusinasi said...

memang best!! Dota pun best tp masih tak reti lagi nak main game tu...

Unknown said...

alaa... nak best kene men slow2.. :) blajar men kombine items.. paling cepat dengan kumpul duit cepat XD hehe menguji ketahann otak XD

BEST oww!! :D lagi best men Online kat Game arena

Halusinasi said...

tu dia, sifuu Dota ajar..hehe
nanti Yana cuba k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...