Ingin Seorang Photographer Menjadi Boyfriend / Suami



Yup, itu adalah sangat benar. Aku memang menginginkan seorang photographer @ jurugambar untuk menjadi boyfriend aku. Kerana aku ingin kenangan indah itu dapat dirakam dan disimpan baik2. Bukan apa, aku ni seorang pelupa. Kadang2 kala aku perlu diingatkan, teruk kan? Sekurang-kurangnya saat2 indah dan manis dapat diingati selalu.


Kedua, aku ingin menjadi model dia. Sentiasa menjadi subjek untuk dia rakam. Ini boleh menjadi sentimental value untuk kami berdua pada masa akan datang. Kalau terlihat gambar balik, mesti teringat peristiwa-peristiwa pahit manis bersama. Contohnya, "Ayang, ayang ingat lagi tak gambar sini? Ayang nampak cantik sangat2 bila buat muka masam ni, comel!". Siapa tak nak kena puji macam tu, mestilah suka kan?

~Pinjam gambar Fatin Liyana plak...hehe
Memang kamu comellah^^~

Ayang, kamu lihat ke mana tu? Ayang cantik dengan warna pink!
~Pinjam gambar kamu juga ye~

Kesian ayang, serabut dengan final ye
~Pinjam gambar Kak Heliza yang serba cute ni~

Tengok! Cute tak saya?
~Memang cute sangat2~

Sesungguhnya aku sangat2 cemburu dengan kawan2 aku yang sentiasa ada boyfriend untuk menangkap gambar mereka. Bila aku lihat gambar2 tu, aku terfikir. Aku memang kekurangan gambar aku full body. Hanya setakat muka je. Waaaa.

P/S : Nampak sangat aku terpengaruh dengan cerita Lagenda Budak Setan. Mesti ingatkan? Aku pun nak 1 album yang penuh dengan gambar wajah2 kita yang ceria yang dirakam oleh encik boyfie. Romantik sangat2 dan terharu..


P/S/S : Aku juga ingin menjadi model muslimah. Tapi masih mencari tapak untuk bermula.

8 doa buatku makin comel:

Elyani Rosli said...

heheh...saya pun teringin gak...
mesti best ade pkwe yg ade cam DSLR...
syok giler...
nk2 kne dgn jiwa yg suke bergambar...
wah..Saya teringin nk BF cm2..
mane nk cari yek???

CahayaCintaIlahi said...

yunk kte pun teringin gak .. kan kan suke org merakam gmbr kte walaupun tak cantek mana tapi org yg merakam kte tu adalah boyfie kte sendiri sonok kn pastu ada sticky album gmbr kte je sume tu alahai.. sonok2 ngeee

sitinadzirahali said...

nakjugak !!!!!!!!!!!

Halusinasi said...

rayhan, cahaya, azie : tula, tak tahu mana nak cari kat mana. Sorang pun tak pernah melekat pun. Nak satu gak kan? Huhu....

kaizen said...

Insya-Allah..setiap org rezekinye berlainan...

Elyani Rosli said...

hehe...Insyallah k...
Umur pn da makin meningkat...
hurmm....risau..

sumaiyah mokhtar said...

kamu dah cukup comel lahhhhh :)

Halusinasi said...

kaizen : amin~...doakan kami semua ye^^

rayhan : samalah, risau gak ni...tapi, kalau ada jodoh, tak ke mana kan? cuma perlu berusaha je..

sumaiyah : uissshhh, mana ada...kamu cantik tau...sy ni byk jerawat lorh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...