Review Anime : Spice & Wolf

Wah, dah lama tak update blog. Lama dah menghilang kan? Rasanya hampir 2 minggu btol2 tak update blog. Sebelum ni, aku agak sibuk sangat2. Sudah balik dari Kuala Lumpur. Bercuti! Penat gak duk kat rumah je. Nanti2 baru aku cerita apa buah tangan yang aku beli dari sana. 




Ok2, kita cerita tentang anime plak. Dah lama tak update anime. Maklumlah lama tak tengok anime. (Lebih banyak memuat turun dari menonton). Hehe. Sebelum bertolak ke KL, aku sempat menonton anime Spice & Wolf. Dan sempat habiskan 2 musim. 



Spice & Wolf
Episod : 26 episod (Season 1 - 13 episod. Season 2 - 13 episod)
Tarikh tayangan : Season 1 (2008-01-08 to 2008-03-25)
Genre : Romantik, Supernatural, Drama, Adventure dan Aksi


Review
Kalau orang boleh bagi 5 bintang untuk anime ni, aku hanya boleh bagi 4 bintang je. Sebabnya aku kurang faham tentang anime ni. Terutamanya tentang matawang dan cara perniagaan zaman dahulu kala. Agak pening kepala. Tapi keseluruhan jalan cerita, anime ni memang patut diberi pujian kerana jalan cerita menarik. Agak berpuas hati sebenarnya walaupun dalam hati nak ada sambungan anime ni. Masih ada tak season 3? Sebab ceritanya tak habis lagi ni. Tergantung. Soundtrack untuk anime ni pun sesuai dengan jalan cerita ni, alunan lagu yang lembut je.


Sinopsis
Berlatarbelakangkan zaman pertengahan di Eropah, Kraft Lawrence, seorang penjaja yang menjelajah dari 1 bandar ke 1 bandar untuk menjual dan membeli pelbagai barangan untuk menampung hidupnya. Pada suatu malam, dia bertemu dengan dewi serigala, Holo yang berumur 250 tahun dalam gerobaknya. Holo bertukar rupa menjadi gadis cantik 15 tahun tetapi mempunyai ekor dan telinga serigala. Dia memperkenalkan dirinya sebagai dewi yang memberkati tanaman gandum sejak sekian lama. Walaupun mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kampung tersebut, dia ingin kembali ke kampung halamannya, Yoitsu. Jadi, Lawrence membuat perjanjian untuk menghantar semula Holo ke Yoitsu. Bermulalah pengembaraan mereka^^


Watak-watak


Kraft Lawrence
(Seiyuu : Jun Fukuyama - pernah memegang watak sebagai Hanabusa Aidou dalam anime Vampire Knight)
- Berumur 25 tahun, penjaja yang mengembara menjual barangan dari 1 bandar ke 1 bandar
- Minat berdagang sejak berumur 12 tahun
- Mempunyai cita-cita untuk mempunyai kedai sendiri
- Berjumpa dengan Holo secara tak sengaja dan membuat perjanjian untuk menghantar Holo ke Yoitsu
- Holo selalunya menolongnya berdagang atau keluar dari masalah dengan kebijaksanaannya
- Jatuh cinta dengan Holo (walaupun tidak nampak jelas dari reaksi mukanya)
- Pernah diserang serigala sebanyak 8 kali


Holo
(Seiyuu : Ami Koshimizu - pernah memegang watak sebagai Aria Link dalam anime Tegami Bachi Reverse)
- Berumur 250 tahun, dewi penyembah berhala bagi penduduk kampung yang menginginkan keamanan, kesejahteraan dan tanaman yang subur di kampung.
- Berasal dari utara, Yoitsu
- Menjelmakan diri sebagai seorang gadis cantik yang berusia 15 tahun. Diri yang asal adalah seekor serigala yang berbadan besar.
- Merujuk diri sebagai "Holo The Wise Wolf"
- Seorang yang angkuh, pemarah, mementingkan diri tetapi kadang kala rapuh.
- Bergantung pada Lawrence jika dia sunyi. Kadang kala dia takut akan hakikat yang jangka hayat manusia yang pendek berbanding dirinya. Takut Lawrence akan meninggalkan dirinya
- Suka makan. Terutama buah epal.
- Sangat2 bangga dengan ekornya. Selalu menyikat dan menjaga rapi ekornya. Suka apabila Lawrence puji ekornya cantik.


Soundtrack
Season 1
1. Tabi no Tochu - Natsumi Kiyoura (OP)
2. Ringo Biyori "The Wolf Whistling Song" - Rocky Chack (ED)


Season 2
1. Mitsu no Yoake - Akino Arai (OP)
2. Perfect World - Rocky Chack (ED)


P/S : Tengah memuat turun Tegami Bachi Reverse. Suka dengan lagu Opening anime ni!


Till we meet again^^

0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...