Hari Pertama (28 Jan 2011)
Jam 7.45 pagi, aku bertolak dari Manjung ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional. (Macam buat karangan plak). Mood pada pagi tu sangat2 super duper excited! Muka asyik senyum melebar. Sampai kat Stadium Bukit Jalil 12.10 tengah hari. Sampai sahaja di sana, terus rasa nak pergi tandas. Tapi terpaksa membatalkan hasrat sebab tandas penuh dengan orang. Terus mendapatkan kawan dan pergi ke rumahnya untuk meletakkan beg. Secara seriusnya, aku agak tak suka dengan stesen bas kat situ. Banyak sangat kemudahan yang tak cukup dan tak selesa. Ingatkan aku akan turun kat Bandar Tasik Selatan, nak merasa gak masuk stesen bas macam lapangan kapal terbang tu.
Setelah meletakkan beg di rumah kawan di Danau Kota, aku dan kawan terus ke Low Yatt. Dapat gak akhirnya membeli 1TB external HD. Pastu, jalan2 kejap kat Sungei Wang Plaza. Ingat nak makan Teppayaki kat situ tapi terpaksa membatalkan hasrat sebab masih kenyang lagi. (Makan banyak roti dalam bas) Terus jalan2 ke Suncomic untuk review anime2 atau cerita2 terkini. Walaupun kedainya kecik, aku dan kawan boleh berada dalam kedai tu 1 jam lebih, bertelagah tentang anime sahaja. Hahaha. Dan akhirnya, aku membeli Gempak Isu 269 dan Rurouni Kenshin OVA - Recollection Edition. Bagi aku, anime ni susah sangat aku nak cari kat internet, jadi aku buat keputusan untuk membelinya. Kemudian, terus ke Times Square untuk jalan. Masa tu baru aku teringat nak belikan sesuatu untuk adik kesayangan aku, Khairina. Aku terus ke kedai jual DVD anime murah2 (lupa dah nama kedai ni) beli anime Yumeiro Patissiere. Aku tahu dia minat sangat2 anime ni.
Rasa lapar membelenggu diri, aku pun terus ke Jaya Jusco Wangsa Maju untuk makan makanan idaman aku, TAKOYAKI!!! Tahu tak macam mana muka aku bila nampak takoyaki ni, gembira tak terhingga! Tapi sebelum tu, kami makan teppayaki dahulu. Aku tak dapat nak habiskan kerana terlalu banyak taugeh. Uuurgh, I hate taugeh! Tapi, minum Soya Cincau adalah heaven! Selepas tu, jalan2 kejap dalam Jaya Jusco Wangsa Maju, dan terus ke Guardian, beli blusher. Kemudian, memesan makanan idaman, takoyaki!. Nyum2, dapat gak makan makanan Jepun hari ni. Alhamdulillah. Lepas tu, aku melepaskan lelah penat di rumah kawan, Apartment PV12.
Inilah pemadangan dari PV12. Dari tingkat 14.
Dan ini sebahagian Danau Kota
Hari Kedua (29 Jan 2011)
Hari ni, aku telah menjadi seorang yang feminin, aku memakai skirt! Haha, lawak. Dyana yang ganas boleh pakai skirt untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Dan yang paling penting, aku telah pakai wedges 3 inci. Target hari ni adalah Pavilion dan Uniqlo dan target aku tercapai juga akhirnya tercapai. Berada dalam Pavilion terasa aku dalam kawasan orang kaya. Aku tak selesa pun. Kemudian, terus ke Uniqlo. Wah, sukanya aku dapat menjejakkan kaki di sini. Tapi malangnya, harga semua baju2 yang cantik ni mahal2 belaka. Tak sanggup nak membelinya. Aku hanya dapat melihat t-shirt2 anime macam Inuyasha, Moster hunt dan Evangelion. Cantik, tapi tak mampu nak membelinya. Dapat memegang t-shirt tu pun jadilah.
Aku dan bunga sakura di Pavilion. Cantik!
Sampai juga di Uniqlo!
Bertolak ke Midvalley. Kat sana, kami makan Nandos! Menunya semua ayam. Pertama kali makan di Nandos, rasa nak makan lagi sebab semua makanannya sedap2 belaka. Kemudian, jalan2 di sekitar Midvalley. Apa lagi, usha kedai jual figura. Rambang mata aku jadinya. Semua figura yang aku nak, semuanya ada. Tapi, terpaksa bersedih kerana kewangan yang tidak mencukupi.
Pada waktu malam, aku "dating" dengan seorang kenalan internet, Abang Zulpadhli di Wangsa Walk. Dia ni telah aku kenal sejak 2 tahun lepas. Pertama kali jumpa, aku jadi senyap sangat2. Tak tahu nak cakap apa. Blur je. Dia telah belanja aku makan spageti di Secret Recipes. Alhamdulillah. Kemudian, kami menonton wayang The Way Back. Dia gak yang belanja tiket wayang. Aku jadi segan tau sebab semuanya dia belanja. Dan dia telah menghantar aku pulang ke PV12 tepat pada masanya. Aku pun tidur dengan kekenyangan hari tu. Senyum^^
Hari Ketiga (30 Jan 2011)
Tak tau nak ke mana, kawanku ajak ke KLCC. Tapi, hari ni hujan. Nak jalan2 pun tak best. Kami teruskan perjalanan ke sana. Kat sini, aku jalan2 je. Antara kedai yang aku singgah adalah Sony Centre dan Kinokuniya. Kat Sony, aku cuba2 nak review laptop. Tapi, aku berkenan pula dengan kamera NEX3. Cool! Kat Kinokuniya pula, aku nampak bahagian komik sahaja. Tak nampak bahagian lain pun. Semua komik yang aku nak, semuanya ada kat sini. Bayangkanlah muka aku masa ni, sangat9x BAHAGIA!!! Rasa nak menjerit je. Masa dah pegang komik Vampire Knight, aku letak balik sebab nak kejar bas balik.
Membelek-belek kamera NEX3. Dapat pegang pun jadikla
Tersenyum bangga. Dah jadi macam jurugambar pulak
Pukul 3.30 petang, aku bertolak ke Manjung semula. Selamat tinggal Kuala Lumpur. Nanti kita jumpa lagi ya^^
P/S : Aku banyak menghabiskan duit kat bahagian makanan terutamanya 100 Plus. Tak boleh kalau tak minum 100 Plus kalau untuk berjalan jauh. Wajib ada untuk aku yang cepat kekurangan tenaga untuk berjalan jauh.
0 doa buatku makin comel:
Post a Comment