Dating With Linda

4 Feb 2011
Di hari yang indah, tetiba dapat panggilan dari kawan sekolah lama, Linda. "Jom jumpa!" Alangkah gembiranya hari tu. Tapi terpaksa tangguh ke hari esoknya kerana aku tak ada kenderaan.

5 Feb 2011
2.30 petang, bertolak ke KFC Lumut. Sengih sampai ke telinga. Dapat berjumpa dengan insan kesayangan semasa sekolah dulu. Maksud aku, dia ni kawan yang sangat2 rapat, baik pada aku. Bukan statement les ye. Tak sangka Lumut sangat havoc! Penuh dengan kenderaan sana sini. Nak cari parking pun payah, tapi Alhamdulillah sudah dapat parking yang terdekat. Menunggu pula si dia datang.

Nampak tak, kenderaan mencari parking ni. Banyak!

Makan bersama Linda dan kawan2nya

Setelah berjumpa, kami pun terus beli makanan, duduk dan sembang sekejap. Macam2 yang dibualkan. Semuanya tentang kisah hidup kami. Boleh dikatakan kami dah tak jumpa dalam jangka masa yang lama. Banyak perubahan yang aku nampak pada Linda. Makin tembam. Dia sendiri memang berusaha nak naik berat badan. Kurus kerana kecewa pelamin angannya musnah. Cabaran sebagai bekas tunangan orang yang sudah hampir berkahwin tapi tak kesampaian gara-gara sikap sambil lewa lelaki itu. Aku kenal lelaki itu. Kawan kami juga dulu. Harap banyak bersabarlah wahai Linda. Aku sentiasa ada untuk menyokong kamu. Jika kamu memerlukan bahu untuk menangis, aku sedia ada di sisi kamu.

Selepas itu, kami berjalan di Lumut Waterfront. Menikmati pemandangan petang. Cantik! Tapi dalam masa, sudah tiba masanya untuk pulang. "Nanti kita dating lagi ya". Linda senyum, aku sedar senyuman kelat tu. Takpe, lagi kali aku akan buat kamu tersenyum sampai ke telinga seperti masa kita sekolah dahalu ya. Aku janji.
Khairina yang ceria. Aku yang sakit sebab muka mengelupas

Till we meet again, Linda^^

P/S : Datang dengan adik, perbelanjaan menjadi 2 kali ganda. Pening kepala lagi @_@

2 doa buatku makin comel:

azwaazliza said...

jeles....xdpt gi....huhuh...

Halusinasi said...

waaa...nanti jumpa ramai2 macam dulu tau^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...