Anime Review : Psychic Detective Yakumo (Shinrei Tantei Yakumo)

Semalam aku maraton anime. Rasa geram asyik tak dapat nak tengok anime. Tak ada masa nak buka komputer pun. Ada sahaja kerja yang perlu dibuat. Sana kena tolong, sini kena buat. Pastu, demam 3 hari. Tapi, Alhamdulillah sudah sembuh. Syukur sangat2. Mood pun kembali gembira^^

Kali ni aku kembali dengan anime Psychic Detective Yakumo yang telah tamat ditayangkan di Jepun. Aku dah muat turun anime ni bulan lepas, baru nak maraton anime malam tadi. Kesian aku kan? Banyak kerja yang perlu dibuat sampai masa untuk diri sendiri pun tak ada.

Psychic Detective Yakumo
Juga dikenali : Shinrei Tantei Yakumo
Episod : 13 episod
Tarikh tayangan : 3 Okt 2010 - Dis 2010
Genre : Misteri, Supernatural, Psycological, Detective fiction

Review
Aku bagi 4.5 bintang untuk anime ni. Sangat memuaskan. Tak dapat bagi markah penuh kerana ending yang agak menghampakan. Jalan cerita sangat menarik. Cuba bayangkan anda adalah Yakumo yang dapat melihat roh, menakutkan bukan? Tapi dia ni siap boleh cakap2 lagi, relax bila berhadapan dengan roh dan hantu. Soundtrack pun memang terbaik. Suka opening song yang macam muzik hantu. Dengar pun semacam je. Ending song pula lagu yang berunsurkan balada. Bagi yang sukakan anime yang berunsurkan hantu, supernatural, less love story, yang ni adalah untuk anda.

Sinopsis
Untuk menyelamatkan kawannya telah dirasuk hantu, Haruka Ozawa bertemu dengan Yakumo Saitou. Yakumo mempunyai kelebihan melihat roh yang telah mati menolong Haruka. Sejak pertemuan itu, mereka menghadapi pelbagai situasi sehingga mengancam nyawa mereka sendiri...

Watak-watak


Yakumo Saitou
- Pelajar Universiti Meisei, yang sebahagian masanya dihabiskan di bilik persatuan filem universiti itu
- Mempunyai anak mata merah di mata kiri membolehkannya melihat roh dengan jelas. Mata itu diwarisi oleh bapanya
- Messy, kasar dan kurang bersosial dengan orang lain
- Mempunyai seorang pakcik, Isshin Saitou dan anak saudara, Nao yang bisu
- Kadangkala bekerjasama dengan Detektif Gotou untuk selesaikan kes polis

Haruka Ozawa
- Pelajar Universiti Meisei, sebaya dengan Yakumo
- Berjumpa dengan Yakumo untuk menyelamatkan kawannya yang telah dirasuk hantu

Soundtrack
1. Key - Daisuke Ono (OP)
2. Missing You - Lisa Komine (ED)

P/S : Rupa2nya anime ni dah ada live action. Nanti nak carilah, mesti menarik gak ni!

0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...