Finally, My Wedges!

Oh...cheesy wedges. Mood lapar. Bukan2, ni entri tentang wedges. Apa itu wedges?

Inilah wedges! Comel!!! Nak semua, boleh?

Beli dah seminggu, baru nak pakai hari ni. Aiseh, segan kot nak pakai. Takot terjatuh. Maklumlah, aku tak punyai keyakinan untuk memakai wedges. Cuma sejak kebelakangan ni baru nak jadi feminin. Cuba untuk lebih keperempuanan. Tak mahu ganas2 macam dulu. Tapi tak bermaksud, aku berubah 100%. Cuma nak jaga penampilan diri. Nanti orang kata pakai tak kena cara. (Pernah kena tegur dgn si dia, pakaian mcm boyish. Aku? Hanya mengeluh =_=").

Cantik tak? Bagi aku, ni pun dah cukup cun!

Untuk pengetahuan korang, aku ni memang gayat nak pakai kasut yang mempunyai ketinggian ni. Aku dah banyak kali kot jatuh masa belajar dulu disebabkan kasut sebegini. Padahal, kasut tu hanya berketinggian 1 inci je! Dahsyat kan?

Kasut yang baru aku beli ni plak berketinggian 3 inci. Cun! Boleh buat aku jatuh bergolek-golek lagi. Hahaha.  Tapi, Alhamdulillah, masa aku pakai tadi, aku cuma hampir terjatuh. Sempat cover sebab tak ada orang. Fuh,   dengan rasa leganya, aku telah berjaya mengawal kakiku dari terjatuh. Satu pencapaian hebat buat Cik Dyana^^

Bagi aku, wedges telah menambahkan ketinggian aku yang sedia rendah ni.

Aku = 159 cm
Wedges = 3 inci = 7.5 cm
Aku + Wedges = 166.5 cm

Ternyata, aku sudah setinggi model2 di luar sana. Haha, bajet je aku ni. 

Aku sangat suka wedges seperti ini :
Kerana aku dijamin takkan terjatuh. Ada tali keselamatan. Sebab itu aku suka. Tali2 ni penting untuk tidak membuatkan aku malu. Sangat penting.

Aku tidak suka wedges seperti ini :

Aku taknak ketinggian yang terlampau maksima. 3 inci tu dah cukup terseksa rasanya aku pakai hari ni. Walaupun ada tali keselamatan, aku yakin yang aku akan terjatuh juga. Dengan cara berjalan yang tak feminin, aku akan jatuh bergolek kalau pakai kasut sebegini. Confirm 110%.

Thankz my wedges, u make my day today!

4 doa buatku makin comel:

hanieycahaya said...

comel entry u psal wedges nih...i pon gayat gak..ade 1 jew wedges..tu pon jrang pkai..hehe..good luck ngn wedges+tali kselmatan u tuh:P

Halusinasi said...

Haniey : terima kasih! Tali tu memang menjamin keselamatan. Tak mahu jatuh bergolek2 lagi. Haha.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sy suka pakai wedges, tapi sometimes kalau lama bejalan pasti terasa skitnya juga. haha. apapun, nice sample of wedges here:)

Halusinasi said...

yup, pernah gak smpai bengkak kaki kalai pakai wedges ni^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...