Kurozuka


Alhamdulillah, dapat juga aku tonton anime ni setelah sekian lama. Walaupun bukanlah bagus seperti yang dijangkakan, anime ni masih boleh dikategorikan sebagai baik sahaja. Baik dari segi jalan cerita, sountrack dan lain-lain. Aku tertarik nak tengok anime ni kerana novelnya pernah memenangi anugerah. Jadi memang aku jangkakan memang anime ni adalah sehebat novelnya. Tapi, memang aku puji sangat2, lukisan novelnya sangat2 hebat!!!


Amaran : Anime Kurozuka sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.



Kurozuka
Genre : Aksi, seram dan cinta
Tema : Vampire
Episod : 12
Tarikh siaran : 10 Ogos 2008


Sinopsis
Kuro, seorang pemain pedang yang hebat pada abad ke-12 telah bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik bernama Kuromitsu. Kuro jatuh cinta pandang pertama dengan Kuromitsu tapi Kuromitsu menyimpan satu rahsia yang menyebabkannnya hidup selama-lamanya. Kerana saling menyayangi, Kuro juga menjadi immortal kerana ingin hidup bersama-sama dengan Kuromitsu.


Lagu 
1. SYSTEMATIC PEOPLE - WAGDUG FUTURISTIC UNITY featuring Maximum the Hormone (Opening)
2. Hanarebanare - Shigi (Ending)


Kuro

Inilah rahsia Kuromitsu, nak tahu, kena tonton anime ni!

Walaupun, plot anime ni agak memeningkan kepala penontonnya, anime ni tetap menarik kerana kelainnan yang ditampilkan. Kelainannya, pada jalan cerita ni. Cuba bayangkan kerana cinta, Kuro mencari Kuromitsu sehingga berabad lamanya. Bila berjumpa, mereka akan berpisah semula. Kuro akan hilang ingatan dan mencari semula Kuromitsu. Teringat kata2 Kuromitsu dalam anime ni, "dengan cara begini, kita akan hidup untuk selama-lamanya". Kata2nya merujuk kepada keadaan mereka berdua yang sentiasa berpisah dan bertemu semula walaupun seketika. Bayangkan betapa rindunya Kuro pada Kuromitsu. Nak jumpa bukannya senang. Tunggu berabad plak tu. Kalau aku pun tak sanggup. Hehe...


P/S : Sangat menyukai lagu ending anime ni. Lagu openingnya rasa macam pening je. Tak boleh terima muzik Hardcore macam ni. Sangat suka dengan tema cinta yang ditampilkan dalam anime ni. Kalau tengok anime ni, korang akan perasan banyak watak bermula dengan huruf "K". Tak rasa pelik ke?

0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...