Winter Sonata


Dalam 3 minggu lepas, aku dah menonton siri anime Winter Sonata. Tak sangka, walaupun jalan cerita anime ni ada twist dan berlainan sikit dari drama yang asal, anime ni tetap yang terbaik! Aku memang suka sangat2 drama Winter Sonata, jadi aku takkan lepaskan peluang untuk menonton siri yang dikatakan antara anime genre romantik terbaik. Minta maaf sebab tak dapat update cerita ni lepas menontonnya. Maklumlah, nak buat review tentang anime ni makan masa sedikit, harap anda bersabar ye..

Masih ingat lagi dengan watak2 utama drama Winter Sonata?? Bagi peminat cerita Korea, drama ni antara drama evergreen. Drama kegemaran aku sepanjang zaman. Selepas 7 tahun, maka terbitlah anime adaptasinya...

Bagaimana dengan anime ni?? Perhatikan muka watak2nya, serupa bukan? Anime ni wajib ditonton bagi aku.
Sangat berbaloi. Peminat cerita Korea pun wajib gak tengok anime ni. Jangan anggap kartun semata-mata. (Paling benci dikatakan anime tu serupa dengan kartun)


Winter Sonata
Genre : Drama, Cinta
Ditayangkan pada : 17 Okt 2009
Episod : 26 episod

Lagu Tema
1. From The Beginning Until Now - Ryu (Opening)
2. Believe You - Yoon Ji (Ending)
3. Itsudemo Tada Kimi Wo" (a.k.a Tada Kimi Dake Wo) - Lee Se-Jun (Ending)

Sinopsis
Yu Jin jatuh cinta pada Joon Sang semasa masih bersekolah lagi. Tanpa disangka-sangka, Joon Sang telah pergi buat selamanya selepas mengalami kemalangan yang meragut nyawanya. Selepas 10 tahun berlalu, dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Sang Hyuk, kawan masa kecilnya. Dalam perjalanan ke dewan majlis pertunangannya, Yu Jin terserempak semula insan yang sangat dicintainya selama 10 tahun yang lalu. Adakah itu Joon Sang yang dicintainya atau orang lain?

Mungkin aku tak perlu memperkenalkan watak-watak yang semestinya korang semua tahu bukan? Ok, sekarang aku nak korang bandingkan imej2 di bawah ni.









Secara jujurnya, anime ni membuatkan aku mengenang kembali zaman persekolahan aku dulu. maklumlah drama ni ditayangkan masa aku baru Tingkatan 1. Selepas 7 tahun, dapat tahu pula drama kegemaran aku diadaptasikan sebagai anime. Memang aku sangat2 teruja. Untuk makluman semua, lagu opening bagi anime ni menggunakan lagu asal, From The Beginning Until Now. Syahdu sangat2 bila dengar lagu ni. 23 watak dalam anime ni menggunakan suara2 pelakon asal termasuklah 2 watak utamanya, Yu Jin dan Joon Sang! Hebat bukan? Dan paling penting, anime ni tetap menggunakan lokasi2 asal drama untuk menghidupkan lagi suasana romantik anime ni.

Dan paling tak disangka-sangka, ada kejutan pada episod akhir yang tak mungkin aku ceritakan di sini. Its spoiler k? Tak baik buat spoiler ni...Yang pasti, pengakhiran drama hanya setakat mereka berjumpa semula, bukan? Tapi anime ni lain tau. Pasti korang berpuas hati sangat2. Percayalah!

Pada kaki muat turun, jom muat turun cerita ni!

P/S : Currently downloading anime Spice and Wolf. Still watching anime Kurozuka

2 doa buatku makin comel:

Zero Designer™ said...

i likeeeeee

Halusinasi said...

me too..jgn lupa tgk tau bob^^ best anime ni^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...