Vampire Knight


Kali ni aku nak cerita tentang anime kegemaran aku. Banyak sangat anime kegemaran aku ni, kalau bercerita panjang pun mesti tak habisnyela. Cuma aku tak sampai tahap otaku je lagi (sebab tak kumpul figura dan main games). Kalau aku sampai tahap otaku, kemungkinan besar aku ni jd NEET. Apa tu NEET?? Erm, lebih kurang orang yang hanya duk kat rumah tanpa mengambil tahu hal sekeliling. Berminat pada perkara berkaitan komputer, games, anime dan lain-lain. Indoor person. Sangat jarang keluar rumah. Berperangai seperti orang nerd tapi biasanya pandai dan bijak orangnya...


Eh, kenapa plak nak bercerita tentang NEET ni? Sambung balik...Kita bercerita tentang Vampire Knight k?
Kenapa aku suka ye? Sebab jalan cerita yang sangat menarik! Sentiasa menanti-nantikan episod seterusnya
Hero dan heroin cun!!! (tak ada sebab lain ke Dyana ni?). Pada aku sebenarnya jalan cerita anime ni kuat gak. Kalau tak, mesti xada permintaan dari peminat komik dan anime kan? Lagi satu, lagu opening dan ending sangat best. Lagu endingnya stail emo. Best!! Aku ni dahlah suka cerita yang berunsurkan cinta dan supernatural (memang tak boleh lari pun). Bagi yang sukakan anime yang berunsurkan cintan-cintun ni, anime ni sesuai gak untuk korang. Yang penting anime ni sangat CLEAN!!! Sesuai ditonton seisi keluarga


Vampire Knight
Genre : Cinta, Supernatural
Pengarang         : Matsuri Hino
Pencetak         : Hakusensha
Label : Shojo


Anime ni ada 2 siri. Tarikh ditayangkan di Jepun:
Vampire Knight : 8 April 2008 - 1 Julai 2008 (13 episod)
Vampire Knight Guilty : 7 Oktober 2008 - 30 Disember 2008 (13 episod)



Sinopsis
Yuki Cross masih mengingati saat dia hampir dibunuh dengan pontianak "Level E" semasa musim sejuk dan dia diselamatkan oleh Kaname Kuran, seorang pontianak yang kuat. 10 tahun kemudian, Yuki bersama teman masa kecilnya, Zero Kiryu menjadi pengawas sekolah di Cross Academy di bawah pentadbiran ayah angkat mereka, Kaien Cross. Sekolah itu dibina atas tujuan experimental, pontianak dan manusia boleh hidup bersama dengan aman.


Pengawas sekolah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan sekolah itu dan menjaga pelajar "Day Class" dari dimakan oleh pelajar "Night Class". Mereka juga bertanggungjawab memastikan tiada pelajar yang mengetahui bahawa pelajar "Night Class" adalah pontianak. Yuki mengetahui Zero akan bertukar menjadi pontianak dan berusaha memastikan Zero dalam keadaan waras. Jika tidak, Zero akan bertukar menjadi pontianak Level E. Ibu bapa Zero, pemburu pontianak telah dibunuh oleh Shizuka Hio, seorang pontianak berdarah suci. Shizuka membunuh mereka kerana dendam. Akan tetapi, dia tidak membunuh Zero, malah menggigit leher Zero untuk menjadikannya sebagai pengikut. Zero ingkar dan lari. Zero berasa dia perlu membunuh dirinya jika tak ingin menjadi pontianak. Yuki menghalangnya dari Zero membunuh dirinya. 
Dalam masa yang sama, Yuki dalam dilemma cintanya dengan Kaname Kuran, pelajar "Night Class".


Yuki berdepan dengan masalah yang tidak dijangka apabila munculnya Shizuka Hio. Yuki perlu membuat keputusan sama ada dia perlu membunuh Kaname atau memberi darah untuk diminum oleh Shizuka. Dia akhirnya diselamatkan oleh Zero dan Kaname membunuh Shizuka. Tanpa disangka-sangka, kembar Zero muncul semula, Ichiru Kiryu.


Fuhh...kalau tulis banyak lagi mesti tak ada kejutan kan? Jadi, perlu tengok sendiri. Memang best!!!


Watak-Watak

Yuki Cross
Seiyuu : Yui Horie (Pernah menjayakan watak Eri Sawachika dalam anime School Rumble)
- Anak angkat pada Pengetua Cross Academy, Kaien Cross
- 16 tahun
- Menggunakan Artemis untuk berlawan dengan pontianak
- Kawan rapat dengan Zero Kiryu
- Nekad menolong Zero tika Zero berlawan dengan dirinya (nak berubah menjadi pontianak). Menolong dengan cara memberi darahnya kepada Zero
- Mencintai Kaname Kuran, seorang pontianak berdarah suci. Dalam masa yang sama, Zero mencintainya dalam diam (cinta 3 segi)
- Berperwatakan ceria, baik dan penyayang tapi, dalam masa yang sama dia bukanlah seorang selalu keletihan. Menjadi pengawas pada waktu malam dan pelajar pada waktu siang. Kurang masa untuk tidur



Zero Kiryu
Seiyuu : Miyano Mamoru (Pernah menjayakan watak Tamaki Suoh dalam anime Ouran High School Host Club)
- Seorang pontianak dan juga pemburu pontianak (unik!!!)
- Kawan baik Yuki sejak kecil lagi
- Berumur 17 tahun
- Dia telah dilatih sejak kecil lagi oleh Toga Yagari untuk menjadi pemburu pontianak
- Tinggal bersama Kaien dan Yuki selepas digigit oleh pontianak berdarah suci, Shizuka Hio
- Mencintai Yuki dalam diam. Sanggup berkorban apa sahaja demi keselamatan Yuki
- Yuki selalu memberinya darah untuk diminum kadang-kadang melampaui batasan
- Sangat membenci pontianak, malah tekad untuk membunuh semua pontianak
- Kaname selalu berpesan padanya agar menjaga Yuki (Ibarat Knight menjaga keselamatan Queen)



Kaname Kuran 
Seiyuu : Daisuke Kishio (Pernah menjayakan watak Azuma Yunoki dalam anime Kiniro no Corda ~primo passo~)
- Pontianak berdarah suci yang sangat mencintai Yuki
- Menyelamatkan Yuki dari digigit pontianak Level E semasa Yuki berumur 5 tahun
- Sangat kuat dan berkuasa untuk menundukkan orang lain
- Pewaris keluarga Kuran
- Membunuh Shizuka Hio semasa menyelamatkan Yuki
Pelajar "Day Class"


Ichiru Kiryu
Seiyuu : Miyano Mamoru (Pernah menjayakan watak Tamaki Suoh dalam anime Ouran High School Host Club)
- Adik kembar pada Zero
- Selalu sakit semasa kecil menyebabkan ibu bapa mereka berfikir Ichiru tidaka layak memjadi peburu pontianak
- Berpaling dari keluarganya setelah berjumpa dengan Shizuka (sehingga menyebabkan kematian ibu bapanya)
- Menjadi pengikut Shizuka setelah kematian ibu bapanya
- Menjadi lebih kuat setelah minum darah Shizuka
- Ingin menjadi pontianak tetapi Shizuka tidak menghiraukan permintaannya
- Setelah Shizuka mati, dia memasuki Cross Academy untuk membalas dendam


Sayori Wakaba
Seiyuu : Kana Ueda (Pernah menjayakan watak Rin Tohsaka dalam anime Fate/Stay Night)
- Rakan sebilik Yuki dan juga rakan baik Yuki
- Tidak berminat dengan pelajar "Night Class"
- Juga mengetahui keadaan sebenar di Cross Academy iaitu mempunyai pelajar pontianak di "Night Class" 


Pelajar "Night Class"



Akatsuki Kain
Seiyuu : Junichi Suwabe (Pernah menjayakan watak Grimmjow Jeagerjaques dalam anime Bleach)
- Sepupu Aidou dan dikenali sebagai Tangan Kanan Kaname
- Pelajar perempuan "Day Class" menggelarnya "Wild" kerana perwatakannya yang agak serabut
- Sensitif dengan rakan-rakannya terutama Ruka dan Aidou
- Kuasanya adalah mengawal api
- Menyimpan perasaan terhadap Ruka


Hanabusa Aidou
Seiyuu : Jun Fukuyama (Pernah menjayakan watak Lelouch Lamperouge dalam anime Code Geass - Lelouch of the Rebellion)
- Digelar "Idol" oleh pelajar perempuan "Day Class" 
- Kuasanya adalah mengawal ais
- Sentiasa ingin mengetahui pemikiran Kaname walaupun selalu dikecam Kaname
- Terlalu setia dengan Kaname sehingga cemburu apabila Yuki semakin rapat dengan Kaname


Maria Kurenai
Seiyuu : Mai Nakahara (Pernah menjayakan watak Midori Kasugano dalam anime Midori no Hibi)
- Saudara jauh Shizuka
- Membenarkan Shizuka merasuk badannya sebagai pertukaran untuk meminum darahnya (untuk menguatkan badannya)
- Dia tidak dapat minum darah Shizuka setelah Shizuka mati
- Menyebabkan kekecohan di Cross Academy
- Selalu keliru antara Zero dan Ichiru
- Kembal;i ke keluarganya setelah Shizuka mati


Rima Toya
Seiyuu : Eri Kitamura (Pernah menjayakan watak Saya Otonashi dalam anime BLOOD+)
- Antara pelajar paling muda dalam "Night Class"
- Rapat dan mempunyai minat yang sama dengan Shiki 
- Seorang model sama seperti Shiki
- Kuasanya adalah petir dan elektrik
- Perasan Shiki telah berubah setelah mereka pulang semula ke Cross Academy
- Berlawan dengan Rido yang telah merasuk badan Shiki. Menyuruh Rido meninggalkan badan Shiki kerana dia tahu tu bukan Shiki yang sebenarnya
- Dicederakan oleh Rido dan diselamatkan oleh Ichijo


Ruka Soen 
Seiyuu : Junko Minagawa (Pernah menjayakan watak Ritsuka Aoyagi dalam anime Loveless)
- Pontianak perempuan yang sangat cantik dan amat berbeza dengan Yuki
- Menyimpan perasaan cinta terhadap Kaname sejak kecil lagi
- Juga sangat taat dengan Kaname sama seperti Aidou




Senri Shiki
Seiyuu : Souichiru Hoshi (Pernah menjayakan watak Kira Yamato dalam anime Gundam Seed)
- Antara pelajar paling muda dalam "Night Class"
- Bekerja sambila sebagai model bersama Rima
- Selalunya dihantar oleh Kaname untuk membunuh pontianak Level E
- Anak kepada Rido Kuran 
- Tidak sedar dia dirasuk oleh bapanya sendiri

Takuma Ichijou
Seiyuu : Susumu Chiba (Pernah menjayakan watak Fujiwara-no-Sai dalam anime Hikaru no Go)
- Penolong ketua kelas bagi "Night Class"
- Berkawan rapat dengan Kaname dan respek dengannya
- Seorang yang ceria dan kurang bertindak sebagai seorang pontianak
- Ichijo diarah oleh datuknya, Asato untuk mengintip pergerakan Kaname tapi dia menolak kerana setia pada kawannya tu


Pemburu Pontianak
Kaien Cross
Seiyuu : Hozumi Gôda (Pernah menjayakan watak Mamoru Inoue dalam anime Prince of Tennis)
- Pemburu pontianak yang sangat hebat dalam sejarah Pemburu Pontianak
- Dia juga bersahabat dengan beberapa pontianak berdarah suci
- Mengambil Yuki dan Zero sebagai anak angkatnya
- Menjadi pengetua Cross Academy setelah bersara dari menjadi pemburu pontianak
- Seorang yang sangat prihatin terhadap anak-anak angkatnya
- Mnyimpat senjatanya dalam tongkatnya 


Toga Yagari
Seiyuu : Hiroki Yasumoto (Pernah menjayakan watak Yasutora Sado dalam anime Bleach)
- Pemburu pontianak dan juga guru di Cross Academy untuk "Night Class"
- Mengajar Zero menjadi pemburu pontianak
- Hilang mata kannya kerana menyelamatkan Zero dan Ichiru masih kecil
- Sentiasa berjaga-jaga dengan Zero yang akan berubah menjadi pontianak Level E


Pontianak

Shizuka Hio
Seiyuu : Fumiko Orikasa (Pernah menjayakan watak Kuchiki Rukia dalam anime Bleach)
- Salah satu pontianak berdarah suci
- Pontianak menggelarnya "Madly Blooming Princess"
- Mencintai hambanya yang juga seorang pontianak tetapi disalah anggap sebagai pontianak Level E
- Ibu bapa Zero membunuh teman lelakinya menyebabkan Shizuka membalas dendam terhadap keluarga itu
- Dibunuh oleh Kaname dan darahnya diminum oleh Kaname


Lagu



Vampire Knight :
1. Futatsu no Kodou to Akai Tsumi - ON/OFF (Opening)
2. Still Doll - Kanon Wakeshima (Ending)


Vampire Knight Guilty
1. Rinne Rondo - ON/OFF (Opening)
2. Suna no Oshiro - Kanon Wakeshima (Ending)


P/S : Berharap sangat-sangat ada Season 3 untuk anime ni. Sebab cerita tak habis dan komiknya masih diteruskan hingga kini... 

10 doa buatku makin comel:

Anonymous said...

weeeeee hani pun SANGAT suke anime cintan+supernatural..baru je donlod episod satu..dah lame nak tgk tapi xde mase nak donlod...akan ku khatamkan secepat mungkin..hohohohoho (gelak jahat)..

Halusinasi said...

wah...cayalah!
Anime Vampire Knight ni memg anime kegemaran tau. Yup, setuju! suka anime yg genre cinta dan supernatural. best sgt3~~~
cepat2 donlod! anime ni kiranya wajib untuk tengok.

Anonymous said...

aku pon dh habis tgk cerita ni. coz lmbt nk tnggu season 3, ak bca komik on9. tp plot dlm komik agk lembab smpi ak x d mood nk truskan. story so far kaname cuba nk hapuskan semua pureblood tp yg jdi tnda tnya, kalu dia nk bnuh semuanya, adakah yuki cross pon trmsuk skali? zero yg sblm ni nk sgt bnuh pontianak tpkasa plak lindungi yuki dri kaname. tapi anime n komik xpenah ak miss ialah skip beat and yamato nadeshiko. stiap kali ak bca msti tgelak. vmpire knight tlmpau serius smpi ak rs otak ak pon tegang.

Anonymous said...

:) luv Vampire Knight.stakat ni xda cite vampire yang perfect macam ni. Others were too serious. Anyway, i nak recommend you to watch Hakuoki Shinsengumi. Citer ni xla grab you mcm VK, tapi as you watch it along, it becomes interesting. Plus sangat bnyk hero hensem2. dah la hensem gentlemen..One of my fav anime. It took me 1 week to recover from the impact of the story...u'll understand if u watch it. Pls watch it! p/s: i pun pk 'baka'monogatari so damn boring and waste of time and computer hard disk space.

Halusinasi said...

Anon 1 : tula, pening kepala jugak kalau nak bce manga VK ni..Kawan aku kata Skip Beat memang best..I'm looking forward to read it^^

Anon 2 : yeke? nanti nak tgkla! baru search kat Google pasal Hakuoki Shinsengumi. memang bestla! ha! yg Bakemonogatari memg tak berkenan pun..pelik knp cte tu popular...

Unknown said...

anime best manga pon best..lyn..hehe

Halusinasi said...

tula, kalau ada season 3 lg la best^^

Anonymous said...

aku juga suka VK, ceritanya seru dan bikin pensaran, gambarnya juga bagus (y)... Like karya2nya matsuri hino pokoknya

Franni said...

Di tunggu season 3 nya


Tapi aku requestnya si yuuki pengen ma si kaname
..

Anonymous said...

Anime shoujo tu kebanyakannya cliche but still best..supernatural is the best to melah.hahaha..layan manga layan anime layan fanmade..layan fanfic..an otaku and a freak person..peace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...