Kimi Ni Todoke


Sebulan yang lepas, aku dan adik tengok anime ni. Tapi, disebabkan kekangan masa, aku tak dapat nak tulis tentang anime ni. Pendapat aku tentang anime ni, sangat BEST!!! Sentiasa menanti-nantikan episod seterusnya!! Betul, tak tipu!Jalan cerita yang sangat sweet, maklumlah kisah percintaan zaman sekolah. Yang aku nak puji di sini, anime ni langsung tak ada fanservice. Jadi selamat untuk ditonton seisi keluarga.


Kimi ni Todoke merupakan shojo manga (manga untuk perempuan, biasanya berunsurkan romantik) yang bergenrekan romantik komedi oleh Karuho Shiina (Shina Karuho). Pada tahun 2008, manga ni memenangi anugerah Best Shojo Manga di 32nd Annual Kodansha Manga Award.Manga ni diadaptasi ke anime dengan tajuk yang sama dan ditayangkan di Jepun pada 6 oktober 2009 hingga 30 Mac 2010. 25 episod semuanya.Kiranya, anime ni masih barulah.



Sinopsis
Sawako Kuronuma, dipanggil sebagai Sadako oleh rakan sekelas kerana perwatakannya seperti watak Sadako dari filem The Ring. Berambut panjang dan tidak senyum. Sehingga ada yang mengatakan dia boleh melihat hantu dan boleh menyumpah orang. Kebanyakkan orang tidak sanggup melihat mukanya kerana bimbang akan disumpah oleh Sawako. Walaubagaimanapun, dia tidak seperti yang disangkakan. Dia hanya seorang gadis yang comel, terlalu merendah diri dan ingin berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya.
Apabila pelajar popular di sekolah mula bercakap dengannya, segalanya berubah. Sawako menjadi diri sendiri dan berusaha membuat kawan di sekelilingnya dengan bantuan nasihat dari Kazehaya. Lama-kelamaan, cinta antara mereka pun mula bersemi walaupun banyak halangan mendatang.


Watak-watak



Sawako "Sadako" Kuronuma
Seiyuu : Mamiko Noto (Pernah memegang watak Ai Enma dalam anime Jigoku Shoujo)


- Sangat pemalu dan baik hati
- Sentiasa mencari peluang untuk berkawan dengan orang lain walaupun pada mulanya agak susah. Atas bantuan Kazehaya, dia mula mesra dengan orang-orang di sekelilingnya
- Disalah anggap sebagai Sadako, watak hantu dalam filem The Ring
- Berkawan baik dengan Ayane dan Chizu
- Mula meminati Kazehaya dalam diam apabila mereka semakin rapat
- berketinggian rendah seperti ayahnya (160 cm) dan boleh berlari laju masa dia mengambil bahagian dalam acara bola sepak masa hari sukan sekolah (smpai ada yang mengatakan dia ni boleh buat teleporting)
- Kazehaya pernah membuat pengakuan padanya yang dia sukakan Sawako, tetapi, Sawako salah faham dengan menganggap Kazehaya tidak membencinya
- Namun setelah mereka mula dating, ada yang mengatakan Sawako menggunakan guna-guna untuk bercinta dengan Kazehaya



Shota Kazehaya
Seiyuu : Daisuke Namikawa (Pernah memegang watak Fay D. Flourite dalam anime Tsubasa: Reservoir Chronicle dan Ulquiorra Cifer dalam Bleach)


- Rakan sekelas Sawako yang sangat peramah juga idola pada Sawako
- Dia begitu popular semasa sekolah menengah rendah sehingga pelajar perempuan yang membentuk kumpulan "Kazehaya is Everyone's"
- Lebih lama meminati Sawako, sejak pertemuan pertama mereka semasa mula memasuki sekolah menengah tinggi (sedangkan Sawako mula meminati Kazehaya sejak berkenalan rapat dengannya)
- Mudah rasa cemburu jika ada lelaki yang cuba mendekati Sawako (tidak Sawako juga menyukainya!)
- Begitu diminati oleh Kurumi
- Kawan baik kepada Ryu
- Selalu diusik oleh Pin kerana menyukai Sawako, tapi, dia dengan jujur mengakui dia meminati Sawako



Ayane Yano
Seiyuu : Miyuki Sawashiro (Pernah memegang watak Celty Sturluson dalam anime Durarara!! dan Saeko Busujima dalam anime Highschool of the Dead)


- Kawan baik Sawako. Antara rakan sekelas yang mula-mula berkawan dengan Sawako
- Sangat matang dan dia mempunyai teman lelaki di kolej (tapi akhirnya putus jugak)
- Ada khabar angin yang dicipta oleh Kurumi mengatakan dia pernah bermain cinta dengan 100 orang lelaki semasa masih di sekolah menengah rendah (tidak benar sama sekali!)
- Disebabkan dia ni seorang yang sangat matang, dia dapat meneka yang Sawako dan Kazeyaha saling menyukai dan Kurumi yang menyebarkan khabar angin buruk mengenai Sawako, dia dan Chizu
- Pantang kalau ada sesiapa yang melukakan hati kawan-kawannya terutama Sawako yang baru mula belajar berkawan (biasanya dia akan menendang seseorang atau mengeluarkan kata-kata kejam)
- Chizu biasa takut dengannya apabila dia marah (ada aura kejahatan hitam di belakangnya)


Chizuru Yoshida
Seiyuu : Yuko Sanpei (Pernah memegang watak Maki dalam anime Darker Than Black)


- Kawan baik Sawako. Antara rakan sekelas yang mula-mula berkawan dengan Sawako
- Rapat dengan Ayane
- Agak tomboy dan kasar
- Menganggap Ryu sebagai abangnya (Jiran yang rapat sejak dari kecil)
- Khabar angin yang dicipta Kurumi mengatakan dia pernah membelasah ramai orang semasa sekolah menengah rendah dulu
- Kadang-kadang dia agak emosional dan mudah menangis apabila hatinya tersentuh
- Berfikiran mudah dan lambat tahu tentang Sawako menyukai Kazehaya
- Jatuh cinta pada abang Ryu, Taro. Akan tetapi kecewa kerana Taro akan berkahwin dengan gadis pilihannya



Ryu Sanada
Seiyuu : Yuichi Nakamura (Pernah memegang watak Graham Aker dalam Mobile Suit Gundam 00 Movie dan Alto Saotome dalam anime Macross Frontier)


- Rakan sekelas Sawako, sangat pendiam
- Teman masa kecil Chizu juga jiran pada Chizu
- Mencintai Chizu sejak kecil lagi
- Rakan baik Kazehaya sejak sekolah menengah rendah (pernah menyertai pasukan baseball sama-sama)
- Sangat menyukai binatang


Kazuichi "Pin" Arai
Seiyuu : Yuuki Ono (Pernah memegang watak Zhao Yun (Cho Un) Gundam dalam anime SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors)


- Guru kelas Sawako menggantikan guru kelas lama mereka yang sakit
- Hanya Sawako yang memanggilnya secara formal "Arai-Sensei" tetapi pelajar yang lain memanggil dengan nama penggilannya, Pin
- Peminat sukan baseball, juga jurulatih baseball di sekolah tu
- Mengenali Kazehaya sejak dari kecil kerana pernah bermain baseball dengan ayah Kazehaya dulu
- Suka mengacau dan mengusik orang lain
- Takut bila dengar cerita-cerita hantu terutama semasa Ayane menceritakan kisah menyeramkan di kawasan apartmennya
- Selalu bertengkar dengan Ayane


Ume "Kurumi" Kurumizawa
Seiyuu : Aya Hirano (Pernah memegang watak Haruhi Suzumiya daalam anime The Melancholy of Haruhi Suzumiya)


- Peramah dan seorang gadis yang sangat sweet di mata orang lain
- Menyimpan perasaan cinta terhadap Kazehaya sejak di sekolah menengah rendah
- Tidak menyukai namanya, Ume kerana menganggapnya seperti nama orang zaman lama
- Sangat jeles dengan Sawako yang rapat dengan Kazehaya
- Menyebarkan khabar angin yang bukan-bukan tentang Ayane, Chizu, dan Sawako


Filem Live-Action
Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 25 September 2010 (esok!!) dengan tajuk yang sama, Kimi ni Todoke. Dibintangi oleh pelakon kegemaran aku, Haruma Miura!!! Haruma Miura sebagai Shota Kazehaya dan Mikako Tabe sebagai Sawako Kuronuma.





P/S : Kalaulah filem ni ditayangkan di sini, dah lama aku nak tengok!!! Tak sabar!!

0 doa buatku makin comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...