Reunion...Kiranya tentang perjumpaan semua kawan-kawan lama, betul tak?
Alkisahnya, pada hari Selasa, hari Raya kelima
Lan, si perancang utama Reunion kami
Menyuruh kami berkumpul di depan KFC Lumut jam 12.00 tengah hari
Tapi, disebabkan ada kawan kami yang ditimpa masalah, kami dapat berkumpul jam 2.00 petang
Bayangkan, ada kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa
Sampai ada yang tak kenal muka
Maklumlah ada yang dah tak jumpa 5 tahun, 3 tahun
Perubahan memang ketara la
Yang paling best sekali, jumpa ex bf dulu
Siap bawa gf dia lagi (sempat mengumpat ye)
4 dara pinggitan yang dah lama tak jumpa
Walaupun aku kelas lain dulu, tapi kami memang ngam sangat-sangat
Lepas berkumpul, kami beli KFC untuk makan tengah hari di Teluk Batik
Maklumlah semua lapar, tak makan apa-apa pun lagi
Perut dah berkeroncong lagu rock plak tu...Ngee~
Kami berkelah di Teluk Batik setelah puas mencari tempat duduk yang sesuai
Time to EAT!!!
Semua muka kebulur je...hahaha
Lepas makan, kami tangkap gambar!!
Kenangan ni perlu ditangkap dan disimpan!!!
Ntah macam mana, selepas makan, baru aku perasan
Ex bf aku dan gf dia dah tak ada!!
Dah balik kot, hehehe
Selepas tu, kami beransur ke Marina Island
Pertama kali sebenarnya aku ke sini selama aku jadi penduduk Manjung
Cantik tempatnya, tapi masih belum terbuka untuk pelancong lagi sebab masih belum siap
Kat jeti separuh siap Marina Island
Pantang nampak kamera, semua posing!!!
Happening sangat masa ni
Posing sopan gitu^^
Sakit masa baring kat padang rumput ni
Rumput tajam....hahaha
Posing sakan kawan aku sorang ni...hahaha
Muka ganas, tapi cikgu tadika dia ni
Kami dah jumpa Dragon Ball
Memang ada 7 biji semuanya
Tapi warna hitamlah...Ngee~
Paling suka pic ni!!!
Cantik!!!
Kami beransur pulang pukul 5.30 petang. Rasa kejap sangat perjumpaan ni
Kalau boleh adakanlah lagi, tak puas bila berjumpa hari tu
Pasni kita ajak kawan-kawan yang tak dapat datang hari tu
Makin meriah la jadinya
P/S :
Credit to Faiz, Azwa, Ijoi. Thankz for the pics. Lain kali kita jumpa ye. Hujung tahun ni plak^^
0 doa buatku makin comel:
Post a Comment