Kegemaran Sepanjang Zaman

Kawan-kawan selalu tanya, sejak bila Dyana minat dengan anime dan komik??
(soalan "favourite" bagi yang baru nak kenal aku)
Sebenarnya, kalau anime ni sejak kecil
Masa kecik-kecik dulu ada Sailormoon, Cardcaptor Sakura kan??
Suka tengok cerita yang cute2 macam ni!!!
Usagi bertukar menjadi Sailormoon, Sakura dengan tongkat saktinya
Baju cantik2 tau, sampai berangan-angan nak pakai baju macam Sakura pakai

Antara impian masa kecik2 dulu:

Nak ada kuasa macam Sailormoon, hahaha
Masih ingat lagi trademark Sailormoon
"Dengan kuasa bulan akan menghukummu"
(dalam bahasa jepun tak tahu la..=.=")

Nak ada bf yang encem macam dia ni...ahakz

Ha...ni lagi satu impian yang tak boleh blah la...
Nak ada kucing yang bercakap macam Luna ni
Dahla comey...kan3??

Nak pakai rollerblade masa nak ke sekolah macam Sakura
Kawan yang baik macam Tomoyo...

Nak ada baju yang cantik2 macam ni!!!
Really love it!!!


Baju ni pun nak gak!!!!
Pernah gak berangan nak ada rambut macam Sakura ni...ish3...

Tu semua masa kecik dulu, sekarang ni tak berangan camtu dah...
Sebenarnya, masa sekarang ni aku dah makin serius...Makin dah tak tertanggung dah
Sampai ada yang respek...LOL
Budak perempuan yang minat anime?? Mana nk jumpa kan?? 
Sebenarnya, aku dah jumpa ramai perempuan yang minat anime cuma kebanyakkannnya kawan-kawan Cina
Budak lelaki ni toksah cakap,berlambak yang minat anime dan komik
Siap ada yang sanggup beli figura...

Aku minat secara serius sejak Tingkatan 4 sebenarnya
Bermula dengan Arena Komik, berjinak-jinak membaca Gempak
Alkisahnya sebab aku sangat2 tertarik dengan komik Tsubasa Reservoir Chronicle



Nak pakai baju macam ni gak...Gorgeous!!!
Tak kiralah macam Syaoran atau Sakura

Bermula dengan Tsubasa Reservoir Chronicle sampailah sekarang, aku takkan berhenti
Wah, semacam semangat plak
Sebab aku tak boleh minat wat benda lain
Mesti baca komik, tonton anime, downlod anime baru
Tu jela keje aku sekarang ni...

Kena marah?? Hurm pernah jugak
Kena perli?? Pernah juga..
Masa mula-mula minat dulu, mak dan abah selalu cakap
"Macam budak kecik tengok cerita cartoon"
Yelah, masa tu dah sekolah menengah, dah besar panjang
Susah sikit nak minat benda-benda macam ni

Bila dah masuk belajar kat Poly, baru aku sedar, bukan aku sorang yang mengalami perkara sebegini
Aku jumpa ramai yang kaki anime, kaki komik, kaki download
Bila bercerita, mesti takkan lari dari topik anime, komik, games
Bob, Adik, Ching, Ling Ling, Fatin..
Semuanya sekepala dengan aku
Dan aku jumpa juga 1 lecturer yang giler anime, tapi dia giler anime type MECHA dan KAMEN RIDER
Sampai baca blog orang Jepun, lebih hebat pengetahuannya dari aku
Tabik spring sama dia!!!

Target aku sekarang ni nak cari bakal suami yang macam tu juga
Janji sekepala dengan aku, boleh berkongsi minat
Boleh layan anime sama2...hahaha
Berangan lagi Dyana ni...isk3

3 doa buatku makin comel:

kaizen said...

ade tu....

Halusinasi said...

siapakah? masih tercari-cari~

kaizen said...

xtaw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...