Semalam aku baru je hbs bce novel A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia.
Bce dlm masa 2 hari...pecah rekod!!!
Selalunya aku amik masa yg agak lama untuk bce novel2 tebal mcm ni..hehehe
Novel ni aku pinjam kat Perpustakaan Poli je...
Novel ni adalah karya Ramlee Awang Murshid...
Bergenrekan thriller....
569 muka surat...(tebal gler novel ni!)
Diterbitkan pada tahun 2001
Diterbitkan juga dalam Bahasa Inggeris - Personal Justice
Sinopsis di belakang novel:
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu..
ADAM – Aku Darah Anak Malaysia, berkisar tentang perihal seorang sharp shooter dalam Polis DiRaja Malaysia PDRM yang terperangkap dalam satu konspirasi melibatkan Presiden Amerika Syarikat. Jalan cerita yang thriller membuatkan membacanya seolah aku sendiri yang menjadi sharp shooter yang menembak Presiden US tersebut.
Pd pendapat aku, novel ni wajib dibaca bg org yg inginkan kelainan. Unsur cinta pun kurang, xmacam novel lain yg hnye ada unsur cinta je. Sesuai dgn jiwa aku. Novel ni memg best. Gabungan pelbagai Unsur, aksi, kasih sayang, kehidupan, politik, psikologi dan sebagainya. Dh nama pun novel genre thriller kn? Sehingga ak sendiri terbawa-bawa ke situasi yg diceritakan dlm novel tu...
Masa aku bce, aku bygkan kalau cte ni dijadikan drama bersiri. Wow! mesti best...Tapi, Malaysia tak sampai lagi ke tahap tu..Xpe2, Malaysia Boleh!!!
P/S : Sape ada novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta??? Teringin sangat nk baca!!
3 doa buatku makin comel:
love this novel, ADAM....
p/s : sy da bce sume novel tu..but yg ade dlm simpanan sendri just cinta sang ratu and hijab sang pencinta je...dia ada smbungan lagi tau...cinta sufi tajuknye..<3...mybe awk da bce kot..coz awk post ni pun da lme kan..
hehe...semua dh baca kecuali cinta sufi...tak sempat lagi nak baca...
haha..ok..nanti try la cri...sy ni mmg peminat novel ramlee awang murshid...tp xdpt nk bce sume novel dia lg..nk bli tp skrg xbpe nk ade duit lg..tgklah nnti klu da kje..hehe
Post a Comment