Review Anime : Kuroshisuji II

# Klik di sini untuk ketahui tentang Kuroshitsuji



Kuroshitsuji II
Genre : Misteri, supernatural
Tema : Bishonen, hitam, komedi
Episod : 12 episod


Sinopsis
Dalam lewat abad ke-19, satu tahun dan 3 bulan selepas konklusi dramatik dalam musim pertama, Kuroshitsuji II memperkenalkan tuan dan butler yang baru. Alois Trancy yang sentiasa ceria itu pernah mengalami zaman kecil yang amat menakutkan. Ketika masih bayi, dia diculik dan dipaksa bekerja sebagai hamba di sebuah kampung. Pada suatu hari, kampung tersebut mengalami bencana. Semua meninggal dunia dalam bencana tersebut kecuali dia. Dia kemudiannya kembali ke rumah asalnya akan tetapi sikapnya mulai berubah. Dan paling mencurigakan, dia kembali dengan Claude Faustus, seorang yang tidak beremosi (hati kering).


Review
Hebat! Walaupun pada pertengahan cerita aku sedikit keliru, tapi jalan cerita memang sangat mengkagumkan. Tak pernah mengecewakan aku. Aku pun sentiasa menanti-nantikan episod seterusnya. Pada mulanya, aku ingat Ciel Phantomohive tidak akan kembali. Tapi sangkaan aku salah. Watak Ciel dan Sebastian masih ada lagi! Dan mereka yang akan memberhentikan segala rancangan jahat Alois.

Dalam anime ini, kita juga akan ketahui bagaimana Alois boleh bersikap sangat-sangat kejam. Alois juga sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Ciel. Akan tetapi, sesuatu yang tidak terduga terjadi pada akhir cerita ini. Nak tahu? Kenalah tonton anime ini.

Aku bagi 5/5 bintang untuk anime ini. Berbaloi-baloi untuk ditonton!


Soundtrack
1.   Shiver - The Gazette (OP)
2.   Bird - Yuuya Matsushita (ED1)
3.   Kagayaku Sora no Shijima ni wa - Kalafina (ED2)
#Shiver dan Bird adalah lagu kegemaran aku!

Aku suka sangat-sangat lagu ini
Shiver - The Gazette

Apa pendapat korang?

P/S : Anime akan datang - Kuragihime @ Tegami Bachi (Season 2)

4 doa buatku makin comel:

Kei Seichi said...

macam menarik je..nak cari tapi tak tahu bile sempat nak tengok..hehe..

Halusinasi said...

mesti sempat punya! hehe, cepat2 cari tau^^

Hannani said...

uwaah~! suke sangat siri nie ! tapi susah nak tgok online D:

Anonymous said...

ak tgk yg 1st season. mmg menarik. yg 2nd x de masa coz bz sgt. kiranya ciel kmbali la dlm 2nd season? ak ingat dia dh mati kna ngap dgn sebastian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...