Alhamdulillah, dapat juga aku ke Stadium Indera Mulia setelah selesai masalah di kampung. Kecemasan telah terjadi. Hurm, apa-apa pun kawanku telah roger, suruh datang ke Karnival Upin Ipin ni cepat sebab dah ramai orang. Aku pun dengan kelam kabutnya menuju ke destinasi. Setelah sampai, aku lihat tempat parking masih banyak lagi. Ceh, kawan aku tipu rupanya.
Apa-apa pun, sila lihat gambar di bawah. Tak larat nak cerita sebenarnya. Sebab hari ini aku terlalu penat. Macam-macam perkara perlu diuruskan.
Adik aku bergambar dengan si kecil molek, pelakon suara Upin Ipin, Asyiela Putri
Ha! Dari kiri, pelakon suara Mail, Ehsan dan Ijat
Ini semasa nak masuk ke Rumah Opah versi sebenar
Memang ramai sangat-sangat
Sampai kami perlu beratur
Ini versi dalam animasi Upin Ipin
Ini versi sebenar!
Sampai sudah kami di Rumah Opah
Ramai manusia kat sini, traffic jam berlaku!
Inilah rupa Rumah Opah dari tepi
Boleh dikatakan memang serupa dalam animasi Upin Ipin
Comey je rumahnya!
Makan time!!
Aku tengah on call, tak dapat fokus kat kamera
Makanan depan mata, tak dipedulikan
Padahal, masa ni sangat-sangat lapar
Lihat! Ramai yang berkunjung ke sini!
Bukan kanak-kanak je yang hadir, orang dewasa pun ada
Di tempat jualan cenderahati
Banyak pilihan dengan harga yang amat berpatutan
Inilah Kak Ros. Sempat jugak jumpa sebelum balik
Ini yang aku copy dari Kelab Upin Ipin
Buat pertama kalinya Karnival Upin & Ipin bakal berkunjung ke negeri Perak. Karnival Upin & Ipin yang disatukan bersama Karnival ICT Perak di bawah penganjuran K-Perak bakal menggegarkan warga Ipoh pada 3 hingga 5 Jun 2011 di Stadium Indera Mulia.
Seronok tau kawan-kawan. Nak tahu kenapa? Salah satu sebabnya ialah kawan-kawan boleh melihat rumah Opahyang sebenar di karnival ni. Rumah Opah bersaiz sebenar ni lengkap dengan ruang tamu, bilik Upin & Ipin, dapur, bilik Opah dan juga Kak Ros. Bolehlah kawan-kawan lihat apa yang ada dibilik-bilik ni nanti. Manalah tahu boleh jumpa dengan Opah. Ha, seronokkan?
Selain itu, keunikkan karnival ini ialah persembahan Multimedia mengenai Upin & Ipin di angkasa lepas. Klip animasi ini belum pernah ditayang dimana-mana lagi dan eksklusifnya dihasilkan untuk karnival ini saja. Kawan-kawan bakal menyaksikan animasi ini di dalam inflatable dome terbesar. Wah, canggihkan? Nampakpun karnival ICT, mestilah canggih.
Bukan itu saja yang menarik. “Perarakan Animasi” yang penuh warna warni juga bakal dianjurkan secara besar-besaran yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Ipoh. Peserta akan berarak dengan berpakaian seperti watak di dalam siri Upin & Ipin mengikut pelbagai tema yang disediakan.
Macam-macam lagi acara menarik yang telah diatur. Jadi, kawan-kawan jangan lupa nak ajak emak dan ayah datang sekali nanti tau.
Kawan-kawan, jomlah meriahkan Karnival ICT Perak dan Upin Ipin ni!
12 doa buatku makin comel:
mcm best
ala g x ajak pn
Entry Terkini: Siapa Sini Blogger Perak? Jom Ke 'Blogger Perak Outdoor Activities' di Teluk Batik!
macam best je..
KAK ROS!!hehe...
Admiral : memang best...huhu...erm, td pun tergesa-gesa jugak nak pergi..huhu
Kei seichi : hehe, jomlah datang cni...^^
karnival ICT ?
ada jualan ke kt sne?
ada jugak dik^^
wahh!! best tol...
makin hebat industri upin ipin ni
mst ramai gila kannn . waa mmg best boleh bercamwhore dkt rumah opah .
cuci moto dari berkhlawat
kegiatan bermoral dlm kereta
mr bean yg kacak
sinis terkenal
tu r nk g gk~ ^^
kaizen : memang best^^
saizauan : betul..dr karnival mcm ni dapat tahu pengaruh Upin Ipin sangat kuat d negara kita^^
Una : haha, tula, mcm2 orang, macam2 ragam kat cni terutama budak kecik..semua kata, nak g rumah Opah^^
Faridz : hehe, dh hbs dh karnival ni^^
cntik la umah opah tu..ramai nye yg pergi..mujur xruntuh umah tu..hehe =]
haha, tula pasal...takot gak kalau runtuh...nasib baik kukuh...
Post a Comment