The Devil Wears Prada : All About Fashion!

Beberapa minggu lepas, aku menonton movie kat TV2. The Devil Wears Prada! Kempunan kot dulu nak tengok cerita ni. Muka teruja bukan main.

Antara sebab-sebab aku nak tengok sangat filem ni :
Pertama, movie ini berkenaan dengan fesyen
Kedua, ada Anne Hathaway. Adore her so much! 


Sangat suka baju ni. Cantik sangat2

Simple is better!

Ayunya! Masa ni lagilah aku puji dia. Cantik sangat!

Nak baju macam ni jugak!

Lihat make up yang sangat plain. Ada sesiapa reti buat make up macam ni?
Ajar kita^^

Pertama kali berubah menjadi lawa! Stailo!

Rambang mata aku bila tengok baju yang cantik-cantik dalam filem ni. Aku pun berangan nak pakai macam tu juga. Tetiba mak tegur, " Baju macam tu orang putih je boleh pakai, kita tak boleh. Seksi! Lagi satu, nak pakai lawa-lawa ke mana? ". Adeh, tak sempat nak berangan kejap dah kena tegur. Betul jugak. Aku ni kalau pakai lawa-lawa pun tetap tak cantik jugak. Lebih baik simple je. 

P/S : Aku seorang yang sangat simple dan dress up macam lelaki. Jaket, T-shirt, Jeans straight cut, Baju yang ada hoodie, Seluar banyak poket dan bertali banyak (macam budak keje bengkel). Tapi, aku mahu juga memakai pakaian yang cantik-cantik. Aku tak pernah memakai dress. Kempunan nak pakai dress cantik. make up pun tak reti lagi. =_="

2 doa buatku makin comel:

Fahmi Mahat said...

betul2... yana yang saya kenal adalah orang yang simplish in style~ hehe.. =)

yang selalu perhati,
Fahmimahat

Halusinasi said...

haha, Fahmi selalu perhatikan Yana ke? adeh, sorokkan muka ni laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...