Genre Anime Yang Patut Anda Tahu


Sebagai peminat setia anime, mesti ada genre2 yang anda suka kan? Aku pun tak terkecuali. Aku sukakan genre  shoujo, shonen, adventure, comedy dan aksi. Yang memang sentiasa menjadi pilihan untuk mencari anime terbaik untuk ditonton. Kat sini, aku nak terangkan genre2 anime yang patut anda tahu

Action - genre yang berunsurkan aksi, perlawanan 2 pihak atau lebih.
Contoh anime : Soul Eater, Fairy Tail

Adventure - genre yang berunsurkan pengembaraan. Kebiasaanya ada aksi.
Contoh anime : Fullmetal Alchemist Brotherhood, Macross Frontier

Comedy - genre yang berunsurkan lawak, komedi
Contoh anime : Kuragehime, School Rumble

Drama - genre yang berunsurkan kehidupan suka duka. Kebiasaannya, jalan ceritanya serius
Contoh anime : Vampire Knight, BECK

Ecchi - genre yang berunsurkan nakal, separuh bogel
Contoh anime : (Aku taknak bagitahu! Hehe)

Fantasy - genre yang berunsurkan fantasi, bukan ada di alam nyata. Kebiasaannya, ada pari2, sihir, ada juga dimasukkan unsur mitos, lagenda
Contoh anime : Spice and Wolf, Cardcaptor Sakura

Harem - genre yang hampir serupa dengan Ecchi. Kebiasaanya, ada dimasukkan unsur fan service, cinta tiga segi, fantasi
Contoh anime : School Days, Gakuen Heaven

Horror - genre yang berunsurkan seram, hitam, ketakutan
Contoh anime : Tokko, Trinity Blood

Josei - genre yang lebih fokus kepada wanita, remaja perempuan. Dikenali sebagai "ladies genre". Hampir sama dengan shoujo
Contoh anime : Paradise Kiss, Nodame Cantabile

Mahou Shoujo - genre yang berunsurkan remaja perempuan yang mempunyai kelebihan luar biasa, melawan orang jahat dan menyelamatkan Bumi
Contoh anime : Sailor Moon, Magical Girl Lyrical Nanoha

Mecha - genre yang berunsurkan robot yang dikendalikan oleh pilot. Kebiasaannya berunsurkan aksi.
Contoh anime : Gundam UC, Neon Genesis Evangelion

Mystery - genre yang berunsurkan misteri, tidak diketahui puncanya
Contoh anime : Death Note, Darker Than Black

Romance - genre yang berunsurkan cinta, romantis
Contoh anime : Clannad, Ouran Hight School Host Club

Sci-Fi - genre yang berunsurkan sains fiksyen, berdasarkan fakta semata-mata
Contoh anime : Appleseed, Ghost In The Shell

Seinen - genre yang lebih fokus kepada lelaki, remaja lelaki. Hampir sama dengan shounen
Contoh anime : Gantz, Akira

Shoujo - genre yang berunsurkan cinta, khas untuk perempuan. Jalan cerita yang simple dan ringan
Contoh anime : Kimi ni Todoke, D. N Angel

Shounen - genre yang berunsurkan aksi, khas untuk lelaki. Jalan cerita yang berat
Contoh anime : Bleach, One Piece

Slice of Life - genre yang berunsurkan kehidupan seharian. Kadang kala, tentang kisah benar masyarakat
Contoh anime : Winter Sonata, Kaleido Star

Yuri / Shoujo Ai - genre yang berunsurkan cinta sesama perempuan. Atau dikenali sebagai lesbian
Contoh anime : Strawberry Panic!, Maria Holic

Yaoi / Shounen Ai - genre yang berunsurkan cinta sesama lelaki. Atau dikenali sebagai gay
Contoh anime : Junjou Romantica, Loveless


Amacam? Dah tahu genre pilihan? Aku nak tahu jugak apa yang korang suka...^^

2 doa buatku makin comel:

Kuchiki EnnaMoon said...

wah!!! tahu semua anime!! hebatnya!! jarang nak jumpa orang yg macam ni.. heheheehr

Halusinasi said...

hehe...tahu sikit2 je...masih menambahkan ilmu tntg anime ni^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...