Berdebar-debar Dengan Keputusan Esok

Esok adalah ketentuan. Esok adalah hari penentu segalanya. Esok juga adalah hari di mana adik2 akan tahu jalan apa yang perlu ditempuh selepas bertungkus lumus, berjuang pada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun lepas. Semestinya, mereka ingin wajah2 macam ni kan?


Adik2 sayang semua dah buat yang terbaik masa peperiksaan SPM hari tu kan? Harap2 adik janganlah terlalu cuak masa dapat keputusan nanti ye? Berdoa banyak2, tenangkan hati masa ambil keputusan nanti ye. 

Teringat masa ambil keputusan dulu, aku pakai baju kurung kegemaran aku. Bila ambil result aku berlari ke kereta, sebab terlampau cuak. Bila tengok keputusan, aku sangat hampa. Tak seperti yang aku harapkan. Huhu. Tapi aku telah mengambil jalan untuk sambung pengajian ke Politeknik, dan aku gembira kerana aku pilih jalan itu. Takkan sesekali aku kesal.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui, Kau tabahkanlah hati adik2ku, untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka esok, berikanlah mereka ketabahan dan bersyukur dengan apa jua keputusan yang mereka kecapi, Ya Allah. Amiin...Amiin...Ya Rabbal a'lamin...."

3 doa buatku makin comel:

aliarosli said...

amin

thanks doakan
em em cuak sampai tak leh tido nie

Blog Eazy Izzuddin said...

amin...

oh tahniah buat adikku...
xD

Halusinasi said...

eazy, adik dapat berapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...