Aku Ada Eye Bag Semulajadi Tau

Nampak tak macam mana mata aku tu, eyebag memang jelas kelihatan

Ni memang hakikat, eyebag ni memang jelas sangat2. Bukan sebab tak cukup tidur atau suka berjaga malam. Ha, kepada sesiapa yang ada mata macam ni, jangan malu tau. Jangan nak memandai je nak buat perbedahan plastik. Original itu lebih cantik. 

Sekarang ni kebanyakkan blog buat entri tentang kecantikkan kan? Cantik itu subjektif. Kita perlu terima diri kita seadanya. Ada yang kata dahi licin itu cantik, ada gak yang kata kurus itu cantik, ada juga yang kata ada lesung pipi itu cantik. Pandangan orang lain memang berlainan. Cuma janganlah kita ni terima pandangan orang tu bulat2. Tu bermakna orang tu tak menghargai diri kita seadanya. 


Aku teringat dialog antara aku dan ex-BF aku dulu :


Mr. X : Dyana, U akan lebih cantik kalau U pakai skinny jeans. Nampak lebih seksi.
Aku : Well, U know. I takkan pakai seluar itu. Sesekali takkan pakai seluar menampakkan aurat macam ni. I prefer Boot Cut. U tengok pun ok je kan?
Mr. X : Hurm...


Mr. X : Dyana, gigi U berterabur. Pakailah braces.
Aku : I suka gigi I sekarang walaupun gigi arnab. Comel apa?
Mr. X : Dear, ni bukan negara Korea atau Jepun. Kat sana orang anggap comel kalau ada gigi arnab tu.
Aku : (Weh, bak duit! Ingat buat braces tu murah ke? Aku pun bukan kerja lagi. Aku rasa kalau aku pakai braces, gigi aku akan makin teruk je)


Mr. X : Dear, U pakailah baju yang kecik sikit. Ini tak, U pakai baju besar2. Macam mak orang
Aku : What? I selesa pakai macam ni dari I pakai ketat2 macam perempuan depan U tu. Terseksa I tengok tau.


Mr. X : Kenapa dengan mata U yek? U ada eyebag. Macam tak cukup tidur je.
Aku : Eh, eyebag ni memang semulajadi la. Bukan I yang tak cukup tidur
Mr. X : Nanti U jagalah mata U tu. Macam tua je I tengok.
Aku : Ha??? (Ko ingat aku ni tua??? WTF!!!)


Sekali lagi aku katakan, kalau orang tu kata kamu tak cantik atau apa, pedulikan. Jangan ingat semua yang orang cakap tu betul. Pentingkan kecantikkan dalaman, bukan kecantikan luaran. Kalau kita cantik perangai (bak kata MatLuthfi) semua orang suka kita. Just ignore what people said to you. Kalau dia tolong kita untuk menjadi lebih cantik takpe juga. Ini tidak, komen komen dan komen. Kritik, kritik, kritik. Hurm, tak ke mana semua tu. Cakap perlu serupa bikin juga. 


Kepada yang mereka yang merasakan diri mereka tak cantik, tak comel, tak ayu, jangan sedih2 dah. Lelaki mungkin pandang luaran, tapi mereka akan pentingkan dalaman seseorang itu juga. Kerana kecantikan ni hanya sementara. Dah tua, berkedut juga.


P/S : Entri ini aku kreditkan pada kawan2 aku yang selalu merendahkan diri kerana merasakan diri tak cantik. 

13 doa buatku makin comel:

kaizen said...

awk da cukup cantik...

Syafiq Rosli said...

rupa paras yang diciptakan semuanya ketentuan dariNYA

~Kirin Selama Perak~ said...

kecantikkan hanya pinjaman sahaja
jangan terlalu mencari akan kecantikkan
:)

Halusinasi said...

wah yang komen kali ni semuanya lelaki...

Kaizen : Terima kasih awk^^

Syafiq : Setuju! Kalau cantik, anda perlu bersyukur.

Kirin : Yup! Kalau anda merasakan diri tak cantik, adakah anda cukup semua anggota? Tak cacat? Bersyukurlah...

kaizen said...

gegurlz jeles kot...huhuhu

Halusinasi said...

uishhh, jgn...kita saling kongsi idea^^

ZACK ENTRY said...

rasa diri tak cantik? cuba tunjuk muka mereka yang tak sempurna atau cacat..mereka lagi kesian..inikan kita yang sempurna ciptaan..

syairahmohdanuar said...

eh jeles kalau org xde eyebag :(

Halusinasi said...

zack : sebab tu dalam komen sy ada tulis,"bersyukurlah kalau anda tak cacat"

syairah : hehe, tapi kita perlu bangga yang kita ni berlainan dengan orang lain kan2...

azwaazliza said...

nasib baik dah clash ngn ex-bf tu...lau x makan ati je lau dah kwen...huhuhuh...
dia kata dyana seolah2 die menolak kejadian ALLAH...die x leh trima kebrukan kat seseorang tu..
heiii die perfect sgt ke???oppsss teremosional la plak...
cantik atau x tu sementara je lau tua kedut gak..yg penting ati ngn perangai...kan..kan...

Halusinasi said...

azwa : yup, haha, dh clash lama dah. bila ingat balik, dia ni sgt sukakan kesempurnaan. sedangkan diri sendiri pun kalau ditegur, tak nak ubah plak.setuju, yg penting cantik hati dan perangai.

-Faridz- said...

tu r. da ckup cntik da. ex awk tu x reti brsyukur.

Halusinasi said...

huhu...biarlah dia tu...dia bahagia bila sy cantik..tinggalkan sy bila sy selekeh...itulah lelaki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...