Media Memang Macam Ni Ke?

Klik imej di atas, untuk baca artikel tersebut

Bila aku baca artikel ni kat my Metro kejap tadi, terkejut tak terkira aku tengok paparan utama Metro ni. Aku menjadi SUPER DUPER DOUBLE TRIPLE GERAM dan MARAH!!! Anime lagi sekali lagi dipersalahkan. Hey, budak zaman sekarang ni memang terlalu ke expert sangatlah. Aku pun pernah gak muda dulu, tak ada pun buat benda bukan2 macam budak zaman sekarang. Rasa nak sepuk2 je budak ni.

Ok, berbalik kepada topik kita ni, aku rasa tak adil je medai Malaysia macam ni. Korang pernah tak main game The Sims?? Sekarang pun dah banyak kan? Sampai The Sims 3. Game ni memang kegilaan orang muda gak. Tapi tak pernah kena banned pun. Tak ada rampasan pun tentang game ni. Hey, game ni masih menggunakan konsep yang sama iaitu :

Dating => Datang ke rumah ambil hati ibu bapa kekasih => berakhir di ranjang!

Atau,

Flirt => Kahwin => berakhir juga di ranjang!

Anime ni macam2 jenis kalau korang nak tahu. Kalau tahap teruk adalah genre Ecchi dan Hentai.

Ecchi = Genre berunsurkan nakal, kotor. 
Hentai = Genre berunsurkan pornografi, lucah.

Saya sebagai peminat anime sangat2 marah artikel ini dikeluarkan. Macam tak buat kajian dulu. Kamu kena spesifikkan yang anime ni jenis Hentai supaya orang tak salah faham. Orang ramai perlu sedar yang anime juga boleh bawa kebaikkan tau. Bagi pendidikan secara tidak langsung. Sekarang, ibu bapa nak bagi anak tengok cerita anime atau cartoon pun takut dah.

P/S : Lepas ni jangan cakap aku yang ajar korang tengok anime ecchi dan hentai ni walaupun korang dah 18 tahun ke atas. Masing2 dah besar, ingatlah benda tu semua boleh bagi dosa. Faham2 sendiri ok?

Kalau nak join segmen ni, sila klik kat Black Kaizen.

15 doa buatku makin comel:

mykhalis said...

isu ni dah main lama dah..oleh metro jugak..tak silap 2003 masa khalis tahun 1 kat utm.. dah la kami suka naruto, bleach,, semua dipersalahkan.. kat low yat terus tak jual anime..mmg bengang gile..skrang wat lagi skli..cisss

hottest entry di blog khalis :
Pasar cari isteri yang wujud

videi rakaman yang tersebar

Halusinasi said...

tengok! semuanya nak salahkan anime. padahal anime ni boleh bawa kebaikkan kalau kita faham isi tersuratnya. Rasa budusss sungguh tau.

epy (jerr..) said...

sy sbg pminat anime pon bersetuju dgn anda... :)

raje carl said...

saya punn layan game sims nie ..
mmg saye akui laa game tuh ade aksi terlebih .. huhu semua bergantung pd diri sendiri .. sama ade nak anggap game tuh@anime sbg alat untuk ke jalan yg salah atau sbg alat permainan .. :)

Halusinasi said...

Epy : terima kasih^^

Raje Carl : Yup, jangan salah guna sudah. Anggap sebagai permainan, janganlah anggap sebagai percubaan untuk buat perkara yang tak senonoh.

d.e.e.n.a.YAYA said...

betul la isu ni da pnh kua kot....dowang patot siasat lbey terperinci..jgn teros nk salahkan anime jewk..

saidatul noor farhana said...

skrg ni kte x blh nk salah kn media or what..semua nyer depends on parent cmne nk control all dis...for teenagers n adult they should think it..da most important is education...:)

kaizen said...

tq 4 joining...yg lain xmo join ke?? meh laaa...meriahkn dgn pendapat korg lk...---> blogger picisan

Halusinasi said...

deenaYaya : alasan, sebelum ni pun Utusan dh keluarkan artikel macam ni. ni pun sekali lg ada...

saidatul : setuju! Ibu bapa sekarang suka tuding jari sana sini tanpa tahu kesalahn anak mereka. bila isu ni keluar, ibu bapa akan salahkan media juga sebab siarkan cerita yang kononnya anime itu teruk. tak sesuai untuk tontonan..hurm..

kaizen : ur welcome ^^, blogger2, apa lagi, luahkan apa yg kamu rasa jika kamu adalah peminat anime...

syairahmohdanuar said...

dahsyat lah macam nie!kenapa lah budak sekarang n media sekarang nie.haiyaaa :(

ZACK ENTRY said...

tak ada sesiapa boleh halang caye yang meminati anime naruto dan bleach! ^^,

Halusinasi said...

syairah : tula, bukan mereka ada buat kajian 100%. main belasah je buat artikel. yang budak2 ni pun 1 hal, buduss tak bertempat

zack : yup, setuju! artikel macam ni takkan menghalang kita meminati anime untuk selamanya!

Dzarief Zuhdi said...

touring ur blog..
stuju ngan entry nih.. anime sering disalahanggap sebagai elemen yang mmbwa kbrukan..
try baca entry nie.. Lebih kurang ler

http://zuhdifreak.blogspot.com/2011/05/tengok-kartun-salah-ker.html

Sori spamming yer..

Halusinasi said...

kan2...menyampah pun ada media wat mcm ni...sakit hati...

its ok...nanti sy singgah k?

Anonymous said...

btol2 ..sye suke anime yg memberi banyak pengajaran2 yg baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...