Review Anime - Samurai X : Trust & Betrayal


Pernah dengar anime Samurai X? Atau Rurouni Kenshin? Kalau anda seorang peminat anime atau manga, Rusouni Kenshin memang sepatutnya ada dalam senarai wajib tonton dan baca. Kerana ia sangat hebat dan tiada tandingan dengan anime lain. Its a legend! Dan bagi aku sendiri, rasa sangat gembira bila dapat tonton OVA ni. Maklumlah, ni adalah antara anime yang aku ikut masa kecil dulu. Masa tu, anime ni ditayangkan di TV2. Memang best walaupun tak faham. Aku paling suka dengan aksi-aksi lawan dalam anime ni. Ganas!

Seperti yang korang tahu, anime ni aku beli masa aku jalan2 di KL hujung bulan 1 hari tu di Suncomic. Petang tadi baru ada masa nak tengok anime ni. Ia amat berbaloi ditonton.


Samurai X : Trust & Betrayal
Genre : Chanbara (Samurai cinema), Aksi, Romantik, Drama
Episod : 4 (30 minit setiap episod)
Tahun : 1999


Review
Marvellous! Excellent! Aku bagi 10 bintang untuk anime ni. Bagi aku, anime ni memang wajib ditonton bagi semua peminat anime. Apa yang anda mahukan dalam anime? Jalan cerita, soundtrack, watak2 yang bagus, ini adalah anime yang terbaik! Kalau anda pernah baca artikel yang pernah aku tulis dulu, anime ni adalah anime terbaik untuk genre Aksi. Bagi yang tak sempat baca, klik di sini ya.
Kalau nak tahu, macam mana Kenshin dapatkan parut di mukanya, macam mana Kenshin boleh jadi samurai, macam mana dia boleh hebat sehingga semua orang takot dengannya, anime ni ada jawapannya.


Sinopsis
Kenshin telah diambil sebagai anak murid kepada pemain pedang handal, Hiko Seijuro setelah ibu bapanya meninggal akibat dibunuh. Setelah dewasa, dia mengambil keputusan untuk berhijrah dan ingin membantu orang lain yang teraniaya sepertinya. Akibat keputusannya itu, dirinya menjadi tidak berperikemanusiaan. Ketika dia menyempurnakan tugasan untuk membunuh, seorang wanita tiba2 muncul dan mengubah segalanya.

P/S : Suara Kenshin adalah suara perempuan! Percaya tak? Aku menangis tengok anime ni...Waaaaa

6 doa buatku makin comel:

udin said...

i like this anime.. also known as rurouni kenshin.. hehe.. ;)

Halusinasi said...

yup, memang suka sgt2...dulu mesti tengok anime ni...

Pendekar_Dodol said...

ada tgk angel beats?

Halusinasi said...

tak tgk lagi...best tak anime tu?

Pendekar_Dodol said...

for me best la. friendship + lawak. kalo ada masa try la

Halusinasi said...

ok! masuk dalam senarai muat turun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...