Working!!


Dalam beberapa hari yang lepas, aku telah menonton anime Working!! Best sangat2! Kalau ada sesiapa yang suka lawak sengal macam School Rumble atau Ouran High School Host Club, aku sangat2 rekemenkan anime ni pada korang untuk tonton. Memang berbaloi-baloi untuk ditonton. Aku habiskan 3 hari untuk tonton anime ni. Amik masa yang lama sebab aku ada banyak hal yang perlu diuruskan. Kalau aku tak ada kerja, mesti aku habiskan masa menonton anime tau. Jom2 kita review tentang anime ni^^


Anime : Working!!
Ditayangkan di Jepun : 14 April 2010 - 26 Jun 2010
Episod : 13 episod

Sinopsis
Souta Takanashi, pelajar yang berusia 16 tahun bekerja sambilan di restoran Wagnaria (macam McD, KFC etc) dengan pelbagai karenah pekerja-pekerja di restoran tersebut. Antara pekerja-pekerjanya ialah Poplar Taneshima, yang selalu disalah anggap sebagai pelajar sekolah rendah kerana sangat rendah dan Kyouko Shirafuji, pengurus yang tidak tahu nak buat kerja. Tahu makan je...

Watak-watak

Souta Takanashi
(Seiyuu : Jun Fukuyama - pernah memegang watak Lelouch Lamperouge dalam anime Code Geass - Lelouch of the Rebellion )
- Pelajar menengah atas yang berusia 16 tahun
- Bekerja sambilan di restoran Wagnaria setelah diajak oleh Poplar Taneshima
- Suka akan benda-benda comel seperti anak patung dan juga senior sekolahnya, Poplar (sangat2 comel!!!)
- Kadang kala terlepas cakap tentang perkara yang tidak sepatutnya. Pernah tidak diberi cuti kerana kata-kata pedasnya
- Anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Merupakan anak keempat dalam keluarga. 
- Seorang yang pernah dianggap perempuan semasa kecil. Maklumlah, dia sentiasa disolek oleh kakak2nya.
- Kerana permintaan Inami, dia terpaksa cross-dressing kerana ayah Inami melawatnya di tempat kerjanya dan diberi nama Kotori

Poplar Taneshima
(Seiyuu : Kana Asumi - pernah memegang watak Mel dalam anime Tales Of Phantasia : Narikiri Dungeon X )
- Pelajar menengah atas yang berusia 17 tahun. Senior pada Souta
- Sering disalah anggap sebagai pelajar sekolah rendah kerana ketinggiannya yang sangat rendah
- Juga pekerja sambilan di restoran tersebut. Seorang pekerja yang sentiasa bekerja keras tapi kadang kala cuai juga
- Diminati oleh Souta kerana kecomelannya
- Selalu tersalah sebut nama Takanashi dengan panggilan "Katanashi" walaupun dah banyak kali diperbetulkan

Mahiru Inami
(Seiyuu : Saki Fujita - seorang Vocaloid - Hatsune Miku )
- Juga berusia 17 tahun. Bersekolah di sekolah perempuan sahaja
- Juga pekerja sambilan restoran tersebut. 
- Sangat2 takot akan lelaki atau androphobia. Akan menumbuk mana-mana lelaki yang datang dekat dengannya kerana terlalu takut.
- Ayahnya yang menyebabkan dia mengalami androphobia. Brainwash anaknya supaya takut akan lelaki dan sentiasa menganggap lelaki adalah makhluk yang sangat2 jahat. Ayahnya juga telah melatih Inami untuk menjadi lebih kuat supaya tidak diambil kesempatan oleh lelaki (sangat kejam!)

Kyouko Shirafuji
(Seiyuu : Kumiko Watanabe - pernah memegang watak Sergeant Frog dalam anime Keroro Gunso )
- Pengurus restoran Wagnaria yang berusia 28 tahun
- Lebih suka makan daripada menbuat kerja
- Pernah menjadi gangster semasa sekolah. Juga telah menyelamatkan Yachiyo yang pernah dibuli semasa kecil
- Sangat sensitif tentang umurnya


Yachiyo Todoroki
(Seiyuu : Eri Kitamura - pernah memegang watak Saya Otonashi dalam anime Blood+ )
- Pekerja yang berusia 20 tahun. Sangat mengambil berat tentang Kyouko dan akan mengikut ke mana sahaja Kyouko pergi
- Membawa katana (pedang panjang) ke mana sahaja dia pergi.
- Sangat2 rapat dengan Sato tetapi Sato jatuh cinta padanya dalam diam tanpa memberitahunya. Malangnya, Tachiyo mengganggapnya sebagai kawan kerana mereka berdua pekerja lama di situ
Jun Sato
(Seiyuu : Daisuke Ono - pernah memegang watak Sebastian Michaelis dalam anime Kuroshitsuji )
- Bekerja sebagai chef di restoran Wagnaria. Lebih tua beberapa tahun dari Yachiyo
- Mencintai Yachiyo dalam diam kerana Yachiyo terlalu pentingkan Kyouko menyebabkan dia mengambil langkah untuk tidak menyatakan cintanya pada Yachiyo
- Seorang yang agak serius tapi sebenatnya seorang yang sangat baik hati
- Suka main dengan rambut Poplar. Kadang kala suka kelirukan Poplar (Poplar memang seorang yang naif)
- Apabila Souma cuba menolongnya untuk meluahkan cintanya pada Yachiyo, Souma selalu terkena pukulan kuali (Sebenarnya dia sangat2 segan, ahaks)

Hiroomi Souma
(Seiyuu : Hiroshi Kamiya - pernah memegang watak Nozomu Itoshiki dalam anime Sayonara Zetsubou Sensei )
- Rakan sekerja Jun. Juga chef bekerja di bahagian dapur
- Suka mengugut pekerja-pekerja lain apabila dia tahu rahsia pekerja-pekerja di situ. Menyebabkan dia selalu tak ada kerja sebab pekerja tu akan membuat kerjanya.
- Dapat mengugut semua pekerjanya kecuali Inami (tak sempat cakap dah kena tumbuk) dan Jun (selalu kena pukul dengan kuali)
- Seorang yang easy going dan ceria
 
Aoi Yamada
(Seiyuu : Ryo Hironashi - pernah memegang watak Kyo Fujibayashi dalam anime Clannad )
- Sangat2 misteri, yang tidak diketahui latar belakangnya. Berusia 16 tahun. Dijumpai oleh Otoo dalam perjalanan mencari isterinya
- Bekerja dan tinggal di restoran Wagnaria kerana tiada tempat untuk dituju.
- Bersikap kebudak-budakkan dan menginginkan keluarga yang sempurna (mangganggap Otoo sebagai ayahnya)

Hyogo Otoo
(Seiyuu : Joji Nakata - pernah memegang watak Alucard dalam anime Hellsing )
- Pengurus besar di restoran Wagnaria
- Selalu tiada kerana mencari isteri yang hilang (Kesian dia ni =_=")
- Selalu mengundang cemburu Yachiyo kerana dia suka membawa makanan yang sedap2 untuk Kyouko bila pulang dari mencari isterinya yang sesat


Original Soundtrack
Anime ni unik kerana semua seiyuu menyanyi untuk lagu2 opening dan ending untuk anime ni. Jom muat turun!!!
1. Someone Else - Poplar Taneshima, Mahiru Inami, and Yachiyo Todoroki (Kana Asumi, Saki Fujita and Eri Kitamura) (OP)
2. Heart no Edge ni Idomou Go to Heart Edge - Souta Takanashi, Jun Satou, and Souma Hiroomi (Jun Fukuyama, Daisuke Ono and Hiroshi Kamiya) (ED)
3. Golden Day - Mahiru Inami (Saki Fujita) (ED) 

Sesiapa yang inginkan hiburan atau gelak ketawa, anime ni sesuai untuk korang. Memang aku rekemenkan anime ni. Boleh kata setiap masa nak gelak je. Best2!!!
P/S : Menonton drama My Madonna. Episod 2 pun tak lepas lagi. Alahai...

2 doa buatku makin comel:

Anonymous said...

Working...kn best klau ade Ss3..nk tau jgk pe cite Inami ngn Takanashi

Halusinasi said...

kan2...comey betul la kisah diorg^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...