Aku tahu aku sangat sensitif walaupun tentang hal yang kecil-kecil
Sekurang-kurangnya aku masih waras untuk tidak memarahi seseorang secara melulu
Aku akan memikirkan kenapa aku perlu marah seseorang itu..
Aku akan marah:
1) Kalau orang tu tak menghormati orang tua dan orang lain
2) Menuduh aku melulu dan tak hormat aku
Alkisahnya tentang aku yang mencari peluang perniagaan
Aku cuba menghubungi kawan lamaku ni
Maklumlah dia lebih pandai dalam hal-hal perniagaan
Dan aku pun dapat tahu yang dia ni tengah mencari agen untuk menjual t-shirt bercetak
Tapi, memandangkan dia telah membuatkan aku marah
Terus aku cakap aku nak tidur dan malas nak memikirkan hal baju t-shirt bercetak tu
Atas sebab apa aku marah?
Atas sebab mengutuk aku yang tak pandai selok-belok perniagaan
Helo!!! Aku baru je nak bermula
Janganlah pula nak mengutuk aku hanya kerana aku ni baru nak bertatih dalam perniagaan
Terus-terus je nak pijak kepala aku, tolong hormat aku
Ada ke patut cakap macam ni dengan aku
"Bila susah cari orang, bila senang tak nak cari. Jumpa-jumpa ke"
Eh, tolonglah. Aku nak tanya tentang t-shirt, bukan nak berjumpa dengan ko
Aku tanya apa tu MOQ, nilah yang dia jawab
"Lorh nak meniaga tapi tak tahu makna singkatan-singkatan."
Memanglah aku tak tahu, aku hanya tahu istilah sekodi je. Tu pun belajar masa aku jual selendang
Panas hati aku bila fikirkan hal ni
Dahla lambat balas mesej kat aku
Aku hantar mesej waktu petang, dibalasnya tengah malam
Nak ajar aku pun dengan cara kasar
Kalau nak bergurau dengan aku biarlah bertempat
Nak ajar aku cara marah-marah
Ilmu pun tak masuk kat kepala ni
Macam manalah cara ko berniaga???
1 doa buatku makin comel:
ana sbar la yer..org mcm ni x bleh kiter mtk tlg..huhu
Post a Comment