Korang pernah baca tak statement macam ni kat mana-mana?
Sama ada kat flyers, laman web atau di Facebook?
KAWANKU YG SANGAT BAIK HATI BAGI INFO NI DAN BANYAK SANGAT TOLONG AKU...TENGOKLAH STATEMENT BONUS DIA FOR TODAY 30/6/10.> USD184.87 X 3.0 = RM554.61!!!!!!!
ALHAMDULILLAH, SYUKUR YANG AMAT2 SGT... AMIN.
Hari2 aku dpt tag photo cmni dr kwn2 FB, tak kenal pun.. mcm2 statement dia inbox aku, ckit pun aku xpercaya.. aku wat BODOH jek.. hehehe.. sehingga satu hari dia inbox aku " AKU X PAKSA KAU, KALAU NAK BUAT BUATLAH. LAGIPUN KO TGH CARI-CARI SESUATU UTK TAMBAH PENDAPATAN. DUDUK PENING2 CMNI PUN SATU APA PUN X JADI ".
malam tu aku xleh tido la plak, pikir punye pikir aku nekad buat jek..
mana tau menjadi. Esoknye aku terus register.. pendekkan cite, lepas 3 HARI aku buat biz ni mcm x percaya dalam akaun bank aku dah ada RM1000!!!!!.
Macam nak mengalir air mata aku. lepas buat mcm2 baru skrg merasa hasilnye.. sejak tu aku x toleh belakang lg, belasah jek.. Bukan susah sgt pun, ikut je yg diarah, so dapat lah!!!! sumenye bersistem, xyah pening cmne nak buat.. so, apa tunggu lg????????????????????????
cmfrm blh buat duit kaw2!!! kalau berminat ADD AKU OR PM INBOX K!!!

Kalau pertama kali baca statement macam ni, aku percaya korang pun boleh cair gak kan?
Aku pun kalau boleh nak daftar masuk dalam sistem yang dia cakap tu
Siapa yang tak nak duit yang banyak dengan beberapa hari je?
Siapa yang tak nak kaya kan?
Tapi, bila difikirkan semula, apa sistem yang dimaksudkan?
Duit tu datang dari mana?
Apa kerja yang perlu buat untuk dapat duit sebanyak tu??
Jadi, aku pun sempat ber"YM" dengan kawan lama aku semalam, Abang Fairuz Sulaiman
Aku bertanya pada dia sama ada sistem ini boleh dipercayai atau tak
Dia menjawab sistem ini adalah HARAM
Ibarat macam skim cepat kaya
Senang-senang je kita boleh kaya, dalam masa yang sama akan mendapat dosa
Apa sistem yang dimaksudkan?
Sistem yang dimaksudkan adalah sistem DOWNLINE
Iaitu sistem mencari seberapa ahli yang boleh dan mendapat duit atas angin
Duit atas angin tanpa perlu bekerja
Boleh percaya ke?
Allah S.W.T pun menyarankan kita supaya berusaha untuk mendapat rezeki yang halal
Jika menjadi ahli akan mendapat produk yang mahal-mahal dan mendapat keistimewaan
Produk yang mahal-mahal? Produk apa tu? Keistimewaan?
Yang aku pernah dengar, produk muka dan makanan kesihatan
Aiseh, semua tu boleh beli kat kedai
Tak payah nak bayar mahal semata-mata nak beli produk yang belum tentu dijamin elok
Contohnya, Kopi Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, RM500++....MAHALNYA!!!
Hanya dapat 3 paket je
Kawan-kawan, berpijaklah di bumi yang nyata ini
Korang boleh beli lebih dari tu, RM500 bukanlah sikit, BANYAK!!!
Korang boleh beli macam-macam lagi selain kopi macam tu
Ini tak, membazir duit namanya
Korang pun boleh buat modal untuk menjual barang
Jadi usahawan atau peniaga yang berjaya
Apa salahnya kan?
Sedarlah, sekurang-kurangnya kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu
Kalau buat duit atas angin ni, budak sekolah pun boleh buat
Tak payah belajar tinggi-tinggi sampai masuk ke menara gading
Ini tak, yang terjebak dalam sistem macam ni biasanya orang yang terpelajar
Bila dah kena tipu, heboh kat surat khabar, tv, radio, majalah
Tak malu ke makan duit HARAM macam ni??
Jangan sesekali masuk dalam sistem macam ni. Contohnya UNSTOPPABLE, VOC, LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT. Merugikan diri sendiri. Duit itu lebih baik simpan dalam bank je untuk kegunaan masa-masa tertentu sahaja.
0 doa buatku makin comel:
Post a Comment