Nodame Cantabile


Kali ni, aku nak cerita anime yang baru aku tengok dalam minggu lepas...
NODAME CANTABILE!!!
Akhirnya aku tengok juga anime ni setelah sekian lama memuat turun pada bulan 3 yang lalu...
Aku memang tabik spring kat anime ni sebab membuatkan aku minat nk dengar muzik klasik yang agak memboringkan sebenarnya...
Ceritanya pun best sangat2!!! Suka tengok watak Nodame dengan perangainya yang gila-gila dan Chiaki sempai yang smart tapi ego!!!
Cerita ni adalah daripada komik dan diadaptasi kepada anime. Komik ini diinspirasikan daripada kisah sebenar dengan nama yang sama! Tomoko Ninomiya (pengkarya komik Nodame Cantabile) terjumpa dengan Noda Megumi (pada masa itu masih lagi seorang pelajar muzik) yang memaparkan biliknya yang bersepah secara kebetulan di laman web Ninomiya.

Sinopsis
Noda Megumi, atau "Nodame" adalah pelajar jurusan piano di Kolej Muzik Momogaoka. Seorang yang sangat berbakat dalam bermain piano tapi mempunyai impian untuk menjadi guru tadika. Dia lebih suka bermain piano dengan mendengar not muzik daripada membaca. Seorang yang selekeh dan tidak teratur, dan suka makan.

Noda Megumi

Chiaki Shinichi pula top student kat Kolej Muzik Momogaoka. Dilahirkan dalam keluarha muzik, dia berbakat dalam bermain piano dan violin dan bercita-cita ingin menjadi konduktor muzik. Seorang yang ego dan pernah tinggal di luar negara di kota muzik, Paris. Dia juga mengalami fobia untuk menaiki kapal terbang dan laut sejak kecil lagi.
Chiaki Shinichi
Mereka berjumpa secara tidak sengaja, Nodame cepat jatuh cinta kat Chiaki namun, Chiaki pula sebaliknya. Hubungan mereka semakin hari semakin berkembang. Kerana Nodame, Chiaki dapat menjadi ketua orkestra pelajar dan mulai menghargai bakat-bakat pelajar. Kerana Chiaki, Nodame dapat mengatasi ketakutannya untuk memasuki pertandingan piano.
Selepas tamat pengajian, Nodame berjaya menyembuhkan fobia Chiaki dan mereka berpindah ke Paris, Perancis di mana Nodame menyambung pengajiannya di Conservatoire de Paris. Sementara itu, Chiaki pula memulakan kariernya sebagai konduktor. Di Eropah, mereka bertemu dangan kawan-kawan dan pesaing baru tetapi masih berhubung dengan kawan lama di Jepun.

Siri Anime
Ada 3 siri anime Nodame Cantabile ni:
1) Nodame Cantabile
    - 23 episod
    - Ditayangkan di Jepun, 11 Jan 2007-28 Jun 2007
Nodame Cantabile

2)  Nodame Cantabile:Paris
     - 11 episod
     - Ditayangkan di Jepun, 9 Okt 2008 - 18 Dis 2008
Nodame Cantabile:Paris

 3) Nodame Cantabile:Finale
     - 11 episod
     - Ditayangkan di Jepun, 14 Jan 2010 - 25 Mac 2010
Nodame Cantabile:Finale

Drama live action Nodame Cantabile
Nodame Cantabile telah diadaptasikan ke drama televisyen sebanyak 11 episod yang ditayangkan pada 16 Okt 2006. Kemudian diikuti pula dengan 4 jam sambungan drama televisyen iaitu, Nodame Cantabile New Year's Special in Europe.



Hiroshi Tamaki sebagai Shinichi Chiaki
Juri Ueno sebagai Noda Megumi
Tengok diorang ni, sweet couple!!!

P/S : Tak sabar sangat nak download anime Nodame Cantabile : Finale!!! Nak tahu sangat perkembangan kisah cinta diorang selapas kat Paris...Aku sangat syorkan cerita ni kat korang untuk tengok...Berbaloi-baloi!!!


1 doa buatku makin comel:

muiz ilusinasi said...

waaa!!!! nk sgt2 tgk citer ni..huhu
nnt bg la yer citer ni..da kmpunan sgt2 nk tgk citer ni..rmai kwn2 bg suggest tgk citer ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...