Review Filem : X-Men First Class Memang Gempak!

Terbaca review rakan-rakan blogger yang lain mengatakan filem ini mengecewakan mereka. Jadi, aku buat keputusan untuk menonton sendiri filem ini semalam. Mengecewakan? Sudah tentu tidak! Filem ini perlu diberi pujian. Gempak wooo!


Memandangkan aku lewat seminggu untuk tonton filem ni, jadi taklah berebut nak beli tiket. Dan kurang orang. Maklumlah panggung wayang di Sitiawan ni masa hari pertama dan kedua je panggung penuh, pastu beransur kurang. 

X-Men First Class, filem yang amat berbaloi untuk ditonton. Jalan cerita yang sangat kuat. Tapi, memang jalan ceritanya panjang. 2 jam 10 minit. Tapi bagi aku, mungkin filem ini sebagai pengenalan, jalan ceritanya akan panjang sedikit. 

Banyak scene yang menarik dalam filem ini terutamanya Magneto dan Xavier mencari mutan yang sama seperti mereka. Terjumpa pula Wolverine. Rindu dengan watak dia. Lawak bila mereka baru nak perkenalkan diri kena halau pula. Lagi satu semasa Xavier rekrut budak-budak mutan ni. Menarik! Ada lawaknya. Ada juga scene yang menyentuh perasaan seperti scene Magneto dipaksa menunjukkan kuasanya pada pencipta dia, Shaw. Hampir menitis air mata masa tu.

Alamak, aku bagi spoiler plak. Tapi, apa-apa pun, filem ini takkan mengecewakan. Wajib tonton!

Aku bagi 5 bintang untuk filem ini. ^^

Apa pula pendapat korang?

P/S : Tak sabar nak menonton Green Lantern dan Transformer 3.

7 doa buatku makin comel:

kyrul said...

besh xmen ni, lg2 kt pub, hehe

Fahmi Mahat said...

hmmm~ x meng kali ni mmg tak byk action mcm dlu. byk main story line + emotion. untunglaaa~ :D

yang suka,
FahmiMahat

J said...


bestttttttttttttttttt !!!!!!! hahaa

Entri Terbaruu : XMEN: First Class best gilaa, aku bagitaw kau!

Pisyek K said...

Aku pun dah tengok, best. tapi malas la nak buat entri. haha.

Entri terkini: Aku bukan blogger Korea - Pisyek

HaNa Hani said...

alo
nak tgk nak tgk
>_<

Halusinasi said...

kyrul : pub? masa jumpa angel tu ke?

Fahmi : memang sangat untung...best woo

jackieKoh : yup!

Pisye : si lesung pipit ni...watla entri^^

Hana Hani : cepat2, jgn terlambat^^

kaizen said...

byk gler movie x tgk lg..nur kasih pon x tgk lg.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...