Suzy terbaring di atas katil. Meringkuk. Dia mulai rasa bersalah atas kesalahannya merampas Fairuz daripada Mira. Walaupun hatinya puas kerana dapat meluahkan kata-kata kesat ke atas Mira, dia tetap rasa menyesal. Menyesal melukakan hati kawan baiknya sendiri. Dia terkenang kembali akan perbualannya dengan Fairuz pada minggu lepas.
“Apa yang kita buat ini adalah suatu kesilapan”
“Tipu! Tipu! Tipu! Ini semua tidak benar! Sanggup awak kata macam tu kat saya. Saya ini tak baik ke? Awak jelah yang saya ada, Fairuz. Hanya awak je yang saya ada sekarang ini. Tolonglah Fairuz”
Suzy menekup mukanya. Berkali-kali dia memujuk Fairuz tetapi Fairuz tetap dengan pendiriannya. Tak mahu bersamanya lagi.
Suzy melihat telefon bimbitnya. Melihat mesej lama kiriman Fairuz.
“Saya nak jumpa awak”
“I don’t want to hold back any longer”
“You’re the one I want, Suzy”
Suzy menangis….
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Mira menelefon Fairuz. Hanya peti suara yang menjawab. Mira menelefon lagi, tak puas hati selagi Fairuz tidak menjawab. Tapi, hanya peti suara yang mengangkat telefonnya. Mira rungsing.
Kenapa Fairuz tidak mahu berdepan dengannya, bercakap benar tentang hubungannya dengan Suzy? Kenapa dia tidak berterus terang sehingga kini? Ke mana lelaki ini menghilang? Pengecutkah dia?
Mira hanya mahukan kebenaran. Dia tidak mahu buntu tanpa sebarang jawapan.
Sudah seminggu sejak pertemuan antara dia dan Suzy. Mira termenung jauh. Raut wajahnya kelihatan sedikit cengkung. Matanya bengkak. Langsung tidak menampakkan keceriaan. Mahu lihat senyumannya juga amat payah. Dalam fikirannya hanyalah Fairuz, Suzy dan kandungan Suzy. Kusut bila difikirkan semua itu.
Kini, Fairuz menghilang tanpa khabar berita. Tiada mesej mahupun panggilan telefon dari dia. Dicarinya Fairuz di kolej. Mira bertanya pada kawan-kawan yang dikenalinya, tetapi dia hampa. Fairuz sudah beberapa hari tidak datang kelas.
Mungkin Fairuz tak mahu pedulikan dia lagi. Agaknya Fairuz memang tengah berseronok dengan Suzy sekarang ini. Dia merasakan selama ini telah mengacau hubungan mereka berdua. Mira kecewa. Dia terlalu bodoh kerana percayakan kata-kata manis dari Fairuz.
“Abang, di manakah Abang selama ini? Saya hanya mahukan penjelasan dari Abang sahaja. Janganlah diam diri begitu sahaja”
Mira menangis...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Fairuz kembali ke kelas seperti biasa. Lega kerana Suzy tidak mencarinya sepanjang kehilangannya. Mulutnya bersiul riang. Di kepalanya hanyalah teringatkan Mira. Dia berharap Mira memaafkan dia kerana menutup telefon bimbitnya. Beberapa mesej dari Mira naik di skrin telefon bimbitnya. Fairuz senyum. Ingin sekali dia menemui Mira, membelai rambut Mira, mengucup tangan Mra. Ah…dia terlalu merindui Mira.
Sedang dia berjalan ke kelas, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Suzy!
“We need to talk. It is ok? Perkara ini sangat penting. Saya nak kita berkahwin. Anak kita perlukan seorang bapa”
“Suzy, janganlah main-main”
“How can I possible lie or joke something like this? Saya tak pernah buat dengan lelaki lain selain awak, Fairuz. Hanya dengan awak sahaja, Fairuz!
Orang sekeliling melihat mereka berdua. Terkejut dengan suara tinggi Suzy.
“So, are you saying its mine?”
“Dah tentulah bukan lelaki lain selain awak, Fairuz.”
“Tapi kita masih lagi pelajar”
“Itu betul, tapi…”
“Takkan tak ada cara lain selain itu?”
“That’s what I wanted to talk to you about! Ini anak awak yang saya kandungkan, Fairuz. Think seriously, godammit!
Tekak Suzy terasa loya. Tak dapat ditahannya, dia muntah hadapan Fairuz. Fairuz panic Suzy pengsan di hadapannya. Dia dukung Suzy ke klinik berhampiran.
Mira kaget dengan kejadian itu. Sudah sahlah yang Suzy memang mengandungkan anak Fairuz. Terdengar cakap-cakap sekeliling dia.
“Eh, itu bukan ke pelajar popular dari kelas Kejuruteraan Mekanikal? Tak sangka dia buat perkara macam tu”
“Memalukan je sekelas dengan dia”
“Bukan ke dia tu boyfriend Mira? Dia dah putus dengan Mira ke”
“ Playboy rupanya Fairuz ni”
Mira berlalu pergi. Air matanya tak henti mengalir. Tak sempat dia bertemu dengan Fairuz. Hatinya remuk.
Bersambung...
Bersambung...
3 doa buatku makin comel:
alaaaaaaaaaaaa...sambung lagi....=(
habiskan je la..suke bagi suspen..hehe
hehe, tggu part 3 plak yek...
..nak masuk part3 ni..
Post a Comment