Anime Apakah Yang Menyebabkan Anda Terus Meminati Anime?

Jom2 kita bincang, apakah anime yang menyebabkan anda masih meminati anime sehingga sekarang? Ini poll yang aku dapat melalui Anime News Network. Aku senaraikan antara anime popular yang menjadi pilihan penonton.

Sailormoon
Mesti ingat ayat ni, "Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!"

Dragonball
Ha, ni wajib tengok masa kecik2 dulu. Setiap pagi hari Sabtu dan Ahad

Robotech
Baru tahu anime ni, genre mecha!

Pokemon
Hoh, aku minat anime ni masa kecil2 dulu. Semua pertukaran comel2 belaka!
Ingat tak anime ni disiarkan pada waktu malam kat NTV7?

Akira
Siapa yang tengok cerita ni, aku respek sangat2. Jalan cerita yang sukar difahami

Gundam
Sekali lagi genre mecha. Popular hingga kini!

Neon Genesis Evangelion
Genre mecha lagi! Ramai yang syorkan tengok anime ni. 

Tenchi Muyo
Erkk, yang ni pun ada gak? Best ke?

Ranma 1/2
Yang ni pun best! Tapi pasangan tunang ni asyik gaduh je

Cowboy Bebop
Ramai gak yang syorkan anime ni. Ada sesiapa nak kongsi tak?

Inuyasha
Ha, yang ni pun best! Tapi banyak sangat episod
Pasangan dalam cerita ni pun kuat gaduh gak

Vampire Hunter D
Baru tahu tentang anime ni
Suka stail lukisannya
Vampire + Gothic + Hitam!
Fuh...Ganas2!

Star Blazers / Space Cruiser Yamato
Tak sabar nak tunggu live action cerita ni!

Rurouni Kenshin / Samurai X
Fuh, kegemaran masa kecil2 ni. Wajib tonton setiap minggu. 

Digimon
Kenapa bila bertukar, mesti jadi lagi ganas yek? Asalnya semua comey2...
Kegemaran masa kecik dulu

Bagi aku sendiri, antara anime yang mula2 aku tengok Sailormoon, Dragonball, Pokemon, Digimon, Cardcaptor Sakura dan lain2 yang aku dah lupa.

P/S : Korang pula macam mana? Kongsi2la cerita kat sini^^

2 doa buatku makin comel:

Ahmad Syarif said...

saya paling suka.
"dengan kuasa bulan, akan menghukummu! "

heheh

Halusinasi said...

ha, tidak dinafikan lelaki pun tgk anime Sailormoon!

hehe, suka jugak^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...