Review Anime : Tsubasa : Reservoir Chronicle


Mari2 ke sini, aku nak cerita kat korang anime kegemaran aku sepanjang zaman, Tsubasa : Reservoir Chronicle. Anime inilah yang menyebabkan aku addicted dengan anime sampai sekarang ni dan akhirnya menjadi anime freak sampai sekarang. Wah, ada banyak permintaan dari kawan2 suruh aku review anime kegemaran korang. Tunggu tau, nanti aku cuba buat. Cuma makan masa sikit. Nantikan tau!

Tsubasa : Reservoir Chronicle
Genre : Fantasi, Romantik, Supernatural
Tarikh Ditayangkan : 9 April 2005 - 4 Nov 2006
Episod : 26 (Season 1) dan 26 (Season 2)
OVA : Tsubasa Tokyo Revelation, Tsubasa Shunraiki, The Princess In The Birdcage Kingdom

Review
Anime apa paling banyak crossover? Jawapannya Tsubasa : Reservoir Chronicle! Semestinya anime ni. Bayangkan watak2 hasil karya CLAMP macam XxxHolic, Chobits, RG Veda, X, Cardcaptor Sakura disatukan dalam satu anime. Ternyata 1 idea yang sangat hebat! Suka karya CLAMP sangat2. Aku bagi 10 bintang untuk anime ni. Jalan cerita, soundtrack, perkembangan watak2 sangat amazing. Tambahan pula costume dalam anime ni sangat menakjubkan. Cantik2 belaka. Bagi yang suka anime yang mudah difahami, tak terlalu rumit, komedi, aksi, cinta, ternyata anime ni untuk anda.

Sinopsis
Siri anime ini bermula apabila Syaoran, seorang arkeolog muda menyiasat kerosakkan di Clow Kingdom, Sakura, puteri di Clow Kingdom dan merupakan anak kepada Raja Clow Reed. Apabila Sakura melawat tapak arkeologi yang dikaji Syaoran, tiba2 sayap yang banyak keluar dari badan Sakura dan hilang ke dimensi lain. Yukito, penasihat di Clow Kingdom menyedari bahawa semua sayap itu adalah memori Sakura, tanpa sayap itu, Sakura akan mati. Yukito menghantar mereka berdua ke Ahli Sihir Dimensi, Yuko Ichihara, di mana Syaoran merayu untuk menyelamatkan Sakura.

Sebagai ganti, segala-gala memori Sakura mengenai Syaoran akan terhapus sama sekali. Bersama mereka, Fai D. Flowright, Kurogane dan Mokona merentas dimensi untuk mendapatkan semula semua sayap@memori Sakura semula.

Watak-watak
Syaoran
Seiyuu : Miyu Irino (Pernah memegang watak Daisuke Niwa dalam anime D.N Angel)
- Penduduk Clow Kingdom, juga seorang arkelog muda yang menyiasat kerosakan di tapak arkelogi
- Jatuh cinta dengan Sakura dan sanggup buat apa sahaja demi cintanya
- Anak angkat kepada Fujitaka
- Mengembara ke beberapa dimensi bersama Fai dan Kurogane demi mencari sayap ingatan Sakura
- Sebagai ganti untuk mencari sayap ingatan Sakura, dia terpaksa mengorbankan memori Sakura bersamanya (Sakura takkan mengingati apa2 sahaja tentang Syaoran) T_T

Sakura
Seiyuu : Yui Makino (Pernah memegang watak Misaki Nakahara dalam anime Welcome to NHK!)
- Puteri di Clow Kingdom yang berkawan dan mencintai Syaoran sejak kecil lagi
- Semasa melawat tapak arkeologi, Sakura telah ditarik kuasa yang sangat kuat sehingga sayap muncul keluar dari badannya dan hilang ke dimensi lain. Sayap2 tersebut adalah ingatannya.
- Demi menyelamatkan nyawanya, dia dan Syaoran dihantar kepada Yuko. Yuko memberikan Mokona sebagai pertukaran ingatan Sakura mengenai Syaoran, segala-gala memori Sakura mengenai Syaoran akan terhapus sama sekali.
- Bertambah kuat jika mendapat semula sayap ingatannya
- Dalam pengembaraan itu, Sakura kembali rapat dengan Syaoran. Akan tetapi dia mnyedari dia kehilangan seseorang dalam ingatannya

Fai D. Flowright
Seiyuu : Daisuke Namikawa (Pernah memegang watak Ulquiorra Cifer dalam anime Bleach)
- Ahli sihir di negara Seresu
- Mengembara menemui Yuko selepas menidurkan Ashura o of Celes. Dia tak ingin kembali ke negaranya
- Menyerahkan tatu di belakang badannya kepada Yuko untuk mendapatkan Mokona
- Seorang yang sangat ceria, suka mengusik Kurogane, dan sangat2 positif akan apa yang berlaku sekeliling

Kurogane
Seiyuu : Tetsu Inada (Pernah memegang watak Ioryogi dalam anime Kobato)
- Ninja yang kasar dari negara Jepun yang dihantar oleh Puteri Tomoyo kepada Yuko
- Ninja yang hebat di negaranya tetapi sangat kejam. Puteri Tomoyo telah meletakkan sumpahan di atas dahinya untuk mengurangkan kekuatannya jika dia membunuh orang
- Menyerahkan pedangnya, Ginryu sebagai pertukaran dengan Mokona
- Selalu diusik oleh Fai dengan pelbagai nama panggilan

Mokona
Seiyuu : Mika Kikuchi(Pernah memegang watak Arika Yumemiya dalam anime Mai Otome)
- Makhluk bertelinga arnab dicipta oleh Yuko
- Diberikan kepada kumpulan Syaoran untuk mengembara ke dimensi lain
- Bertanggungjawab untuk mengetahui lokasi sayap ingatan Sakura dan selalu akan menyebut "mekkyo" apabila hampir dengan sayap ingatan tersebut

Soundtrack
1) Blaze - Kinya Kotani (OP Season 1)
2) Loop - Maaya Sakamoto (ED Season 1)
3) Aerial - Kinya Kotani (OP OVA The Princess In The Birdcage Kingdom)
4) Amrita - Yui Makino (ED OVA The Princess In The Birdcage Kingdom)
5) It's - Kinya Kotani (OP Season 2)
6) Kazematchi Jetto - Maaya Sakamoto (ED Season 2)
7) Synchronicity - Yui Makino (OP OVA Tsubasa TOKYO REVELATIONS)
8) Saigo no Kajitsu - Maaya Sakamoto (ED OVA Tsubasa TOKYO REVELATIONS)
9) Sonic Boom - Maaya Sakamoto (OP OVA Tsubasa Shunraiki)
10) Kioku no Mori - FictionJuction Yuuka (ED OVA Tsubasa Shunraiki)
11) You Are My Love - Yui Makino (featured song)

P/S : Kipas susah mati anime ni. Sanggup ulang banyak kali anime ni. Termasuk OVA nya sekali! Kagum dengan anime ni sangat2. Aku akan cakap tak berhenti kalau bercerita tentang anime ni, percayalah!
P/S/S : Masih mencari Syaoran di dunia ini. Saya menunggu kamu, Syaoran
P/S/S/S : Sangat menyukai karya CLAMP walaupun watak2 semuanya kaki dan tangan panjang. Unik sangat2 bagi aku.

4 doa buatku makin comel:

rezza effendi said...

waah, minat betul dengan Vampire Knight.. taknak jadi cosplayer dengan watak anime tu? anyway, panjang gak merepek tu.. haha..

Halusinasi said...

memang minat sangat2! tapi hajat nak jd cosplayer memang tak kesampaian. sbb sy ni bertudung. Tau takpe, memg byk merepek plak...huhu
Asalnya nak buat video 5 minit jadi 10 minit...huhu

rezza effendi said...

tapi takpe. memang seronok kalau kita cerita tentang minat sendiri.. haha~ saya pun bila bersembang dengan kawan pasal anime pun jadi panjang lebar..
haha~

Halusinasi said...

hahaha...btol2...kalau boleh nk beritahu detail lg...hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...