Review Anime : Kaichou wa Maid-sama!


Hoho, siapa suka lawak sengal, angkat tangan! Haa, ada anime lawak sengal khas untuk anda semua. Confirm anda boleh gelak gembira, boleh lupakan masalah yang lain. Percayalah! Kaichou wa Maid-sama! adalah anime yang sesuai untuk anda yang suka bermuram. Tak mahu masam2 muka, chill out k? Be happy always, tu adalah rahsia untuk awet muda macam aku, haha. Eh, apa lagi, jom ikuti review tentang anime ni^^

Cuba korang bayangkan seorang gadis juga ketua sekolah yang sangat3 tegas bertemu dengan si jejaka yang sangat3 nakal? Mesti kecoh kan? Macam tula yang berlaku dalam dunia anime Kaichou wa Maid-sama. Semuanya bertambah kecoh apabila si jejaka mengetahui rahsia si gadis ni. Apakah rahsia tersebut? Ha, kenalah tonton sendiri anime ni!

Kaichou wa Maid-sama!
Episod : 26 episod
Tarikh Tayangan : 2 April 2010 - 24 Sept 2010
Genre : Komedi, Romantik, Shoujo



Review 
Aku bagi 4.5 bintang untuk anime ni. Setiap masa kalau boleh nak gelak je. Tapi, kalau ada masanya, aku boleh terpukau dengan scene2 romantik antara Misaki dan Usui. Memang best dan berbaloi untuk ditonton. Seperti biasa, watak hero dan heroin adalah sangat perfect. Maksud aku, mereka ni sangat berkebolehan dalam semua perkara. Macam tak logik plak kan? OST best jugakla. Tapi aku paling layan lagu ending 2, Mugen Loop dari heidi..(memang ejaan band ni "heidi."). Mesti nak dengar berulang kali. Rocksss!

Sinopsis
Misaki Ayuzawa merupakan ketua sekolah perempuan yang pertama di sekolah hampir keseluruhannya lelaki. Dia memerintah sekolah tersebut dengan sangat tegas. Tetapi, dia mempunyai rahsia iaitu dia bekerja sambilan di sebuah maid cafe kerana masalah kewangan keluarganya. Pada suatu hari, seorang pelajar yang sangat popular dan terkenal dengan kenakalannya, Takumi Usui telah mengetahui rahsianya. Misaki dengan rasa terpaksa, membuat perjanjian dengan Usui supaya Usui tidak membongkar rahsia tersebut.

Watak-watak

Misaki Ayuzawa
(Seiyuu : Ayumi Fujimura - pernah memegang watak sebagai Niche dalam anime Tegami Bachi Reverse)
- Berumur 16 tahun, merupakan ketua pelajar Sekolah Tinggi Seika (Sekolah yang mempunyai 80% pelajar lelaki dan 20% lagi pelajar perempuan)
- Tinggal bersama ibu dan adik perempuannya. Ayahnya meninggalkan mereka kerana bebanan hutang yang terlalu banyak. Disebabkan sikap ayahnya, dia menjadi seorang yang sangat2 tegas dan amat bencikan lelaki.
- Bekerja keras untuk menjadi seorang ketua pelajar dan melindungi semua pelejar perempuan di sekolahnya. Bagaimanapun, dia mempunyai rahsia iaitu bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di sebuah maid cafe.



Takumi Usui
(Seiyuu : Ayumi Fujimura - pernah memegang watak sebagai Katsumi Toma dalam anime Uragiri wa Boku no Namae o Shitteiru)
- Berumur 17 tahun. Salah satu pelajar yang sangat2 popular di sekolah tersebut
- Jatuh cinta dengan Misaki
- Orang pertama yang mengetahui Misaki bekerja di Maid Latte Cafe tapi berhasrat untuk merahsiakan hal ni demi kepentingan diri
- Walaupun agak nakal dan suka kacau Misaki, dia masih melindungi Misaki dalam apa jua keadaan sekalipun (ooohhh, romatiknya!)
- Berkebolehan dalam apa jua sekali pun. Hebat dalam membuat kerja rumah, memasak, bermain alat muzik, handal dalam seni mempertahankan diri dan bijak dalam pelajaran (too perfect huh?!?)



Hinata Shintani 
(Seiyuu : Atsushi Abe - pernah memegang watak sebagai Kukai Soma dalam anime Shugo Chara!)
- Berumur 16 tahun, Rakan sekelas Misaki apabila pindah ke Sekolah Tinggi Seika.
- Kawan masa kecil Misaki dan menyukai Misaki sejak kecil lagi. Berpindah ke kampung mengikut keluarganya.
- Terlampau kuat makan. Asyik3 nak makan je kejenya
- Bekerja di stesen minyak



Satsuki Hyodo
(Seiyuu : Aki Toyosaki - pernah memegang watak sebagai Yui dalam anime K-ON!)
- Berumur 30 tahun. Pengurus restoran Maid Latte Cafe
- Ceria dan enjoy dalam kerjanya. Juga seorang yang memahami pekerjanya jika mereka mempunyai masalah



Aoi Hyoudo
(Seiyuu : Hiromi Igarashi)
- Berumur 14 tahun. Anak saudara Satsuki. 
- Pelajar sekolah menengah rendah yang gemar memakai baju perempuan.
- Sukakan benda2 yang comel dan suka menjadi perhatian.
- Juga dikenali dalam internet sebagai Aoi-chan (maklumlah cute internet idol)



Honoka
(Seiyuu : Kana Asumi - pernah memegang watak sebagai Popura Taneshima dalam anime Working!!)
- Berumur 20 tahun. Salah seorang pekerja Maid Latte Cafe.
- Diberi gelaran Black Honoka kerana sikapnya yang secara tiba2 berubah. Selalunya kritik Misaki tak tentu pasal. Tapi dia baik orangnya^^



Erika
(Seiyuu : Mariya Ise - pernah memegang watak sebagai Ringo Noyamano dalam anime Air Gear)
- Berumur 19 tahun. Pelajar kolej yang bekerja sambilan di Maid Latte Cafe
- Kagum dengan cara kerja Misaki dan tidak merasakan Misaki tu tidak muda darinya.



Subaru
(Seiyuu : Kana Ueda - pernah memegang watak sebagai Rin Tohsaka dalam anime Fate/Stay Night)
- Berumur 22 tahun. Juga pekerja di Maid Latte Cafe
- Juga kagum dengan Misaki yang bekerja keras demi menyara keluarganya



Sakura Hanazono
(Seiyuu : Kana Hanazawa - pernah memegang watak sebagai Hanato Kobato dalam anime Kobato)
- Rakan sekelas Misaki dan juga rakan baikknya di Sekolah Tinggi Seika
- Seorang yang peramah dan seperti kawan sekolah perempuan lain yang bergantung kepada Misaki jika mereka ditimpa masalah dengan pelajar lelaki
- Sangat2 meminati kumpulan UxMishi terutamanya Kuuga Sakurai, penyanyi utama band tersebut



Shizuko Kaga
(Seiyuu : Yu Kobayashi - pernah memegang watak sebagai Setsuna Sakurazaki dalam anime Negima!)
- Juga kawan rapat Misaki dan Sakura
- Nerd dan bijak dalam pelajaran terutamanya Math. Tidak aktif dalam sukan. 



Suzuna Ayuzawa
(Seiyuu : Kaori Ishihara - pernah memegang watak sebagai Koyomi Akejima dalam anime Planzet)
- Adik kepada Misaki. 
- Tidak menunjukkan emosi walapun suka atau sedih. 
- Menolong kewangan keluarganya dengan memasuki pertandingan dalam majalah atau surat khabar yang melibatkan hadiah. (Selalunya menang gak!)
- Hebat dalam memasak berbanding Misaki




Shouichirou Yukimura
(Seiyuu : Kazuyoshi Shiibashi)
- Penolong Ketua Pelajar
- Sangat2 enjoy dalam membuat kerjanya di Jawatakuasa Perwakilan Pelajar walaupun kadang kala takut akan Misaki
- Seorang yang lembut dan comel
- Takut tapi dalam masa yang sama menyukai Usui kerana telah dicium Usui kerana kerja kuatnya. Muka mesti merah padam bila ternampak Usui.



Soundtrack
1. My Secret - Saaya Mizuno (OP)
2. Yokan - heidi. (ED1)
3. Mugen Loop - heidi. (ED2)


P/S : Masih memuat turun anime Clannad. Ntah bila nak habis....

5 doa buatku makin comel:

Hanie_Dew said...

hai..cantik blog..tgh jalan jalan dlm blog terjumpe blog awak..saye pown suke anime juge...
dah tgk dah anime ni..kelakar xhengat...bole tau tak kat mane nak DL anime ni..slalu dpt link tu asyik tipuu jer..

Halusinasi said...

hye awk...wah, dh jumpa 1 geng ni^^
memang anime ni best gler! terutama watak usui, suka dia sgt2!

ha...apa kata donlod kat link ni...
www.anime-sensei.net

gerenti takkan kna tipu
mudah dan tak perlu password
direct donlod je...

Hanie_Dew said...

ehehehhe..beshnye kite satu geng...
link tu great..emang direct donlod...maceh...

La Ainaa~ said...

maid sama mmg best!! n ouran high skewl pn sme..lbey krg ctew dwe~~

Halusinasi said...

Hanie Dew : sama-sama...yup2 senang download...^^

La Ainaa : yup2...memang best sangat2...ni pun tgh donload cte yg best^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...